Game RTS baru yang dilancarkan oleh Ubisoft The Settlers: New Allies kini tersedia di PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store. Tetapi adakah ia sangat sesuai untuk pemain baharu yang ingin berjinak-jinak ke dalam game RTS atau mungkin ia sangat sesuai untuk menggemar game RTS?
Untuk mengetahui jawapan tersebut, mari kita mulakan review The Settlers: New Allies.
Grafik

Visual dalam The Settlers: New Allies boleh dikatakan sangat baik. Hala tuju seni yang ditunjukan di dalam game ini lebih kepada Barat dan ia sangat sesuai dengan temanya. Semua yang ditampilkan nampak sangat “vibrant”, terima kasih kepada warna-warna yang tonjolkan.
Tidak kira sama ada bangunan pencakar langit ataupun rumah paling murah, semuanya kelihatan sangat terperinci pada skala besar kerana tekstur yang disediakan di dalam game sangat bagus. Apabila anda cuba “zoom in” pada setiap bangunan, anda boleh melihat perkara kecil-kecil yang agak rumit dan terperinci.

Visual yang sangat indah juga dapat mempengaruhi mode kempen yang menampilkan pelbagai cutscene untuk menceritakan naratifnya. Semasa menonton cutscene, apa yang saya perasan adalah mereka juga menyediakan watak NPC yang dianimasikan dengan baik.

Grafik persekitaran dunia juga tidak kurangnya, semuanya nampak sangat natural. Terdapat pelbagai flora yang subur dan menghijau yang bertaburan di semua kawasan darat, laut sehingga ke kawasan pergunungan. Senang cerita, game ini nampak sangat cantik.
Artstyle 2D game juga kelihatan cantik. Anda boleh menemui karya seni dari menu dan skrin “loading” dan mereka mempunyai lukisan berwarna-warni yang saya fikir sesuai dengan estetika game dengan sangat baik.
Gameplay

Game ini adalah sistematik. Anda akan bermula dengan struktur hub utama yang dipanggil “Warehouse”, beberapa pekerja dan jurutera. Selepas itu bermulalah anda sebagai perancang bandar dengan membina pengumpulan sumber seperti kilang kayu dan kuari untuk mempunyai aliran bahan yang stabil. Semua bangunan perlu disambungkan melalui jalan ke Warehouse.
Masing-masing mempunyai kerja tersendiri dengan membuat lombong arang batu dan besi yang dihasilkan bagi menukarnya kepada sejata seperti busur, perisai dan kapak. Maka terhasilnya sekumpulan tentera dan berkembanglah wilayah yang anda bina.

“Gameplay loop” yang ada di dalam game ini boleh menjadi sangat berulang kali kerana apa yang anda lakukan sepanjang bermain adalah lebih kurang sama tanpa mempunyai banyak variasi. Game ini juga menampilkan tiga faction iaitu Elari, Maru dan juga Jorn. Cara mereka bermain adalah sama cuma perbezaannya adalah unit khusus dan beberapa bonus.
Selain menampilkan gameplay yang berulang, ia juga terasa sangat perlahan. Apabila membina mana-mana bangunan, pekerja anda perlu mengangkut semua sumber yang diperlukan dari “Warehouse” ke destinasi yang ditetapkan bagi bangunan anda. Dan itu tidak berhenti di situ, pekerja anda juga perlu mengangkut sumber tersebut sepanjang perjalanan kembali ke gudang anda.

Saya mengakui, keseluruhan proses itu sangat mengagumkan untuk dilihat pada mulanya, tetapi ia kehilangan daya tarikan itu dengan cepat. Terdapat beberapa cara untuk mempercepatkan masa perjalanan, di mana anda boleh membina jalan batu atau menaikkan “Donkey Carts” (yang boleh mengangkut sumber dalam kuantiti yang banyak), tetapi walaupun begitu, keseluruhan proses akan membebankan anda.
Memperluaskan wilayah anda juga mengambil sedikit masa. Apabila anda memulakan setiap peta, anda hanya diberikan jumlah tanah semula jadi yang terhad di mana anda boleh memulakan dengan bangunan yang penting sahaja.

Walau bagaimanapun, jika anda melihat sebidang tanah yang masih belum dilombong dalam kawasan yang diberikan, anda perlu menghantar jurutera untuk menuntut tanah sekali gus meluaskan kawasan anda. Semua perkara yang dilakukan di sini mengambil masa yang sangat lama.
Apa yang membuatkan anda lebih malang adalah, anda bermula di kawasan yang langsung tidak mempunyai sumber utama seperti arang batu dan besi. Ini boleh menyebabkan anda menggunakan sumber yang banyak semata untuk memindahkan sumber dari satu warehouse ke warehouse yang lain.

Pertempuran di Settlers sering berlaku tetapi ia perlahan dan kurang mendalam. Sebagai permulaan, pasukan anda datang sebagai unit individu dan bukannya sebagai kumpulan unit; yang bermaksud anda perlu merekrut mereka satu demi satu, jadi membina tentera berskala besar akan mengambil banyak masa. Untuk merekrut askar juga memerlukan pekerja anda untuk membawa sumber daripada “Warehouse”.
Mengikut nada yang sama, gameplay untuk Settler dianggap sangat asas berbanding game RTS/ City Builder yang lain. Sebaik sahaja anda telah menyediakan kebanyakan bangunan penting anda, tiada apa-apa lagi yang perlu anda lakukan dari segi perkembangan.

Tidak seperti game City Builder lain, anda tidak memerlukan bangunan pengeluaran makanan untuk memastikan penduduk anda gembira, makanan hanya diperlukan untuk mempercepatkan kadar pengeluaran dan bangunan yang berbeza mempunyai pilihan makanan yang berbeza seperti Tukang Besi yang memerlukan daging, Quarry yang memerlukan Ikan dan sebagainya.
Kekurangan kedalaman tentang strategik dan logistik boleh menyebabkan ramai veteran RTS yang mencari cabaran. Oleh disebabkan itu, saya boleh katakan yang game ini mungkin sangat sesuai untuk beginner bagi merasai genre RTS tanpa menyelam dengan sangat mendalam.

Game ini melakukan kerja yang baik dengan memperkenalkan pemain baharu dengan tutorialnya yang meluas, mendedikasikan ciri individu seperti pengeluaran, jurutera, logistik, ke dalam tutorial berasingan supaya ia tidak akan membebankan pemain baharu dengan terlalu banyak maklumat.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, The Settlers: New Allies ialah game yang sangat cantik dengan grafik berwarna-warni. Malangnya, “gameplay loop” yang sangat perlahan dan membosankan boleh menyebabkan penggemar RTS lari daripada bermain game ini.
Saya akui yang game ini boleh dinikmati dalam sesi pendek iaitu hanya bermain dalam dua atau tiga perlawanan. Tetapi ia kehilangan daya tarikannya apabila anda bermain game kerana satu perlawanan pertempuran boleh berlangsung sekitar dua jam.
Bagi saya, The Settlers: New Allies adalah sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin berjinak-jinak masuk ke dalam genre RTS. Manakala untuk yang telah bermain game RTS dalam tempoh yang sangat lama, saya tidak rasa yang game ini sesuai untuk anda. Apapun, anda boleh cuba dahulu.
The Settlers: New Allies telah dilancarkan pada 17 Februari 2023 di PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post