Tahun ini adalah tahun yang istimewa untuk francais Super Robot Wars, yang menyambut ulang tahun ke-30. Sempena itu, Bandai Namco telah melancarkan Super Robot Wars 30 yang telah kami ceritakan beberapa kali sebelum ini termasuk melalui sesi temubual bersama pasukan pemaju. Walaupun gameplay asas kebanyakan masih sama seperti entri-entri sebelum, game ini telah banyak berkembang dan membawa ciri-ciri yang tidak dijangka. Jika anda seorang peminat anime/mecha dan ingin tahu jika Super Robot Wars 30 dapat memuaskan hati atau tidak, jom lihat sahaja review kami di bawah!
Penambahan & perubahan baru berbanding entri lama

Salah satu bahagian terpenting yang saya yakin setiap peminat ingin tahu adalah perubahan apa yang dibawa ke Super Robot Wars 30 berbanding siri sebelumnya. Untuk ini, kami boleh mengesahkan bahawa permainan ini direka dengan gameplay yang lebih mantap dan menarik. Salah satu perubahan paling jelas adalah pada struktur kempen dalam permainan yang tidak mengikuti format jalan cerita linear. Kali ini pemain boleh memilih misi yang mereka mahu pergi, lalu membuka beberapa acara dan adegan berbeza.
Jika dibandingkan dengan entri sebelum ini, misi tertentu akan meminta kita untuk memakai unit atau juruterbang khas. Super Robot Wars 30 pula telah menghapuskan batasan ini supaya pemain mempunyai lebih kebebasan dalam memilih misi yang ingin mereka laksanakan. Ini menjadi sebab untuk kita bermain semula game ini walaupun sudah menamatkan kempen utama. Mungkin kita boleh cuba jalan cerita yang berbeza, mungkin kita boleh pakai unit lain pada misi lama -semuanya terpulang kepada kita.

Selain faktor kebebasan, game ini juga memperkenalkan misi “Front” yang muncul selepas kita berjaya menyelesaikannya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Misi ini membantu dalam proses “farming” bagi menguatkan juruterbang kerana mereka memerlukan jumlah “kill” yang khusus untuk mencapai tahap kuasa baru dan memperoleh bonus tambahan.
Jangan lupa pula tentang misi rahsia di mana anda boleh mendapatkan unit khas seperti Master Gundam dan lain-lain! Syarat untuk misi rahsia sebenarnya mudah terlepas pandang tetapi nasib baik lah kita diberikan tab istimewa pada panel misi yang memberikan maklumat tentang unit mana yang kekurangan kill supaya kita boleh senang pantau. Dalam siri sebelum, ciri ini tidak boleh ditambahkan kerana jalan cerita direka secara linear dan semua misi tidak boleh diulang.
Gameplay lebih cantik & pelbagai

Sama seperti siri lama, Super Robot Wars 30 hadir dengan gameplay RPG taktikal yang kompleks, di mana ia kelihatan seperti game yang simple secara luaran semasa saya menulis review ini. Ia tidak menawarkan apa-apa yang baru tetapi pengalaman permainan masih sangat bagus untuk peminat strategi.
Apa yang lebih memukau mata adalah animasi serangan yang bergaya apabila dua unit bertembung antara satu sama lain. Tahap butiran pada visual dan setiap serangan istimewa memang sangat cantik dan memang antara yang terbaik pernah saya lihat. Sudah tentu bila dah bosan, anda boleh melangkau animasi ini, tetapi apabila mendapat unit baru, sya sentiasa akan mengagumi adengan ini.

Selain daripada animasi yang ternyata gempak habis dan terasa seperti saya sedang menonton anime, terdapat juga soundtrack yang dipilih daripada pelbagai siri mecha. Lagu ini disesuaikan dengan unit di medan perang dan menimbulkan suasana permainan yang lebih imersif. Satu perkara yang agak sedih ialah musuh dan bos yang kita lawan biasanya hanya mempunyai satu atau dua serangan mudah, jadi mereka tidak memberi variasi seperti unit anda.
Buat pertama kalinya, kita kini diberikan pangkalan Battleship original yang dipanggil Dreisstrager. Sama seperti mecha, Dreisstrager boleh dinaik taraf melalui sistem AOS, di mana anda boleh memaksimumkan kelajuan pergerakan, kekuatan senjata, menambah slot untuk peralatan dan banyak lagi. Untuk memudahkan semua faham, anda telah diberikan satu senjata luar biasa dengan potensi yang dahsyat, tetapi untuk memanfaatkan potensi sebenar, kita harus bekerja keras melalui proses “grinding”.

Selain Dreisstrager, pilihan upgrade dalam game ini jauh lebih luas untuk mecha dan juruterbang, yang semuanya boleh diaturkan dalam sistem AOS. Semua sumber yang kita dapat daripada misi boleh digunakan untuk menaik taraf, tetapi lebih baik untuk kita memperuntukkannya kepada unit yang bagus dan kerap kita gunakan. Ini kerana apabila kita semakin jauh dalam jalan cerita, lebih banyak unit baru akan ditambah ke pasukan, jadi ia akan jadi agak serabut apabila kita tidak tahu mana satu untuk fokus. Sama seperti siri lama, lima level pertama selepas upgrade mecha akan menawarkan bonus Full Custom, di mana anda boleh memilih set bonus seperti peningkatan jarak serangan, mobiliti, penambahan ammo, dan sebagainya.
Tidak semua yang terpilih

Walaupun penambahan baru di atas berjaya meyakinkan saya bahawa Super Robot Wars 30 sebagai antara yang terbaik dalam siri, ia mungkin akan mengecewakan beberapa peminat mecha spesifik. Sebagai contoh, beberapa Gundam dalam permainan mempunyai peralatan berbeza di mana ia akan mengubah penampilan dan pilihan serangan mecha tersebut bergantung pada apa yang kita pakai.
Dalam game lama, Getter Robo boleh bertukar kepada pelbagai jenis bentuk dan serangan berbeza, tetapi memandangkan Shin Getter Dragon (salah satu transformasinya) berada dalam SRW30 sebagai unit berasingan, pilihan itu kini hilang. Satu lagi contoh adalah Gridman. Mecha itu pun boleh berubah bentuk, tetapi ia hanya akan tampil dalam bentuk serangan sahaja. Andai kata anda teringin nak kawal Gridman dalam bentuk lain, jawapannya tidak boleh.

Baru-baru ini, pek DLC 2 didedahkan dan menurut Bandai Namco akan menampilkan sembilan “playable unit” tambahan, termasuk watak Ultraman, Iron-Blooded Orphans dan siri SRW OG. Itu berita bagus tetapi banyak juga yang perlu dibuang pula
Walaupun Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack dan Gundam Narrative (memperkenalkan Gundam Phenex) ada dalam permainan, Gundam Unicorn, Sazabi, Double Zeta Gundam tidak ditambah masuk kali ini. Terdapat beberapa rujukan yang menghubungkan mereka dengan kisah universe di atas, jadi ada kemungkinan ia akan ditambah sebagai kandungan DLC baru.
Pendapat

Dengan menawarkan pengalaman gameplay RPG taktikal bercita-cita tinggi melalui kolaborasi dengan pelbagai siri mecha popular, Super Robot Wars 30 dicipta untuk memuaskan hati peminat yang ingin melihat mecha kegemaran mereka beraksi. Sistem laluan jalan cerita yang berbeza dan struktur misi fleksibel menjadikan game ini lebih boleh “replayable”, jadi memang banyak masa akan dilaburkan semasa kita mencari unit rahsia yang belum diperoleh.
Bab animasi dengan muzik? Memang mantap, tiada masalah di situ. Cuma, saya agak keliru dengan ciri Autoplay. Memang sesuai untuk grinding, tetapi selain itu? Ini bukan game idle, dan memang kita perlu memberi fokus 100% semasa bermain.

Pendek kata, pihak produksi menggunakan pengalaman yang mereka perolehi dan maklum balas daripada komuniti dan hasilnya adalah sebuah game yang saya anggap sebagai “yang terbaik dalam siri.” Sangat sesuai untuk peminat anime dan mecha, jangan ragu-ragu untuk mencuba Super Robot Wars 30 kalau berpeluang.
Itu sahaja untuk review ini, Super Robot Wars 30 kini tersedia dan boleh dimainkan di PlayStation 4, Nintendo Switch, dan PC via Steam. Untuk segala liputan kami tentang Super Robot Wars, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Super Robot Wars 30
Dengan menawarkan pengalaman gameplay RPG taktikal bercita-cita tinggi melalui kolaborasi dengan pelbagai siri mecha popular, Super Robot Wars 30 dicipta untuk memuaskan hati peminat yang ingin melihat mecha kegemaran mereka beraksi.
PROS
- Gameplay tactical RPG yang mantap
- Animasi serangan dan soundtrack yang gempak
- Ciri replayability yang tinggi
CONS
- Banyak IP lama tidak ditambah
- Musuh dan boss yang tidak mempunyai banyak variasi serangan
Discussion about this post