Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Razer Enki: Kerusi gaming baru untuk geng bangsawan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 22, 2021
in Artikel, Berita, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review Razer Enki: Kerusi gaming baru untuk geng bangsawan!
Share on FacebookShare on Twitter

Enki adalah kerusi gaming terbaru dari Razer dan merupakan satu perubahan yang agak drastik dari rakannya, Iskur yang dilancarkan pada tahun lepas. Dengan reka bentuk yang berbeza, nampaknya Razer ingin tawarkan lebih banyak pilihan ke bahagian perabot gaming. Sama ada kasual atau serius, sesi gaming kita sepatutnya akan merasa selesa sepanjang hari bersama Razer Enki. Jadi tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk kerusi gaming Razer Enki!

Reka bentuk

Dari segi visual, Razer Enki mempunyai rupa seperti kerusi gaming premium dan boleh didapati dalam 3 warna iaitu: Hijau, Hitam, Quartz. Untuk review Razer Enki ini, kami menerima unit berwarna hitam.

Seperti kebanyakan kerusi gaming lain, Enki adalah kerusi hitam yang besar, dengan padding yang keras tapi selesa untuk punggung dan bahagian bawah badan. Selain itu, ia menampilkan reka bentuk simetri yang seolah-oleh “merangkul pengguna” dengan bahagian melengkung di bahu, dan bentuk segi empat di bahagian kepala. Terdapat corak bertema “criss cross” di kedua-dua tempat duduk dan sandar, bersama dua armrest hitam di bahagian sisi.

Bahagian kanan tempat duduk mempunyai “lever” atau tuil untuk mengubah sudut sandaran, kedudukan kerusi dan mekanisme sokongan lumbar. Di bawah tempat duduk adalah tapak yang hitam dengan lima roda, serta tuil untuk mengubah ketinggian. Hampir semua yang saya sebutkan dapat dicapai, dan mudah dibezakan dengan sentuhan. Akhir sekali ialah logo Razer di tengah-tengah kerusi.

Bagi mereka yang ingin kerusi gaming dengan reka bentuk dinamik, Razer Enki “mungkin” bukan lah pilihan anda. Kita kenal Razer sebagai syarikat yang visualnya memukau mata, tapi pelik jugalah kalau kerusi pun nak tambah lampu RGB, kan? Jadi ini lebih kepada reka bentuk minimalis yang sesuai untuk diletakkan di mana sahaja, tidak kira di dalam rumah atau di ofis.

Keselesaan sepanjang hari

Bak kata Razer, mereka selalu berusaha untuk menghasilkan produk yang mengutamakan para gamer dengan menyediakan teknologi terbaik dan produk yang membolehkan pemain teruskan sesi gaming pada tempoh masa lebih lama. Begitu juga dengan Razer Enki yang dirancang dengan prinsip yang sama! Dengan fokus pada keselesaan sepanjang hari, kerusi gaming ini adalah untuk pengguna di luar sana yang ingin bermain berjam-jam, tanpa perlu merasa letih duduk.

Bagaimana ia membuat kita selesa? Razer Enki direka untuk mengoptimumkan pembahagian berat badan dengan menggunakan “shoulder arches”; tempat duduk yang lebih luas; dan “built-in lumbar arch”. Untuk memudahkan anda semua faham, rangkanya yang lebih besar dan melengkung menyokong badan pengguna dan mengurangkan aksi membongkok.

Secara tidak langsung, ini mendorong kita untuk duduk dalam postur yang betul dan melegakan tekanan pada bahagian belakang supaya anda merasa kurang letih pada jangka masa yang panjang. Bukan itu sahaja yang memainkan peranan, kualiti bahan juga direka khusus untuk membantu bahagian punggung dan badan bawah. Tempat duduk kini lebih lembut manakala tempat kita sandar juga lebih keras untuk sokongan yang lebih kukuh.

Ini pastinya adalah salah satu kerusi gaming paling selesa pernah saya gunakan. Highlight di sini pastinya adalah “lumbar support”, jadi jika anda jenis yang selalu sakit belakang setelah duduk terlalu lama, kerusi ini pasti dapat membantu anda. Boleh menampung sehingga maksimum 136kg, Enki berfungsi dengan baik untuk menyesuaikan diri bagi pengguna yang berbadan besar, tetapi mungkin akan menjadi masalah bagi mereka yang berbadan kecil. Itu hanyalah pendapat saya, di mana anda masih boleh mengubah suai kedudukan kerusi untuk menepati citarasa.

Boleh diubah suai untuk semua posisi

Seterusnya, Razer Enki membolehkan kita mencari tahap keselesaan yang sesuai tidak kira bagaimana anda memilih untuk duduk. Penat main game tapi malas cari katil? Tarik sahaja “recline lever” dan baring sejauh mana yang anda mahukan sehingga 152 darjah. Dengan kecondongan yang reaktif, anda boleh bersandar dengan mudah dan membiarkannya mekanisme ini melakukan semua kerja payah semasa kita ber-gaming di kedudukan kegemaran sepanjang hari. Kerusi ini juga mempunyai mekanisme yang membolehkan anda mengubah suai jumlah kekuatan yang diperlukan untuk baring semasa duduk di Razer Enki.

Bersamanya, Razer Enki dilengkapi dengan bantal kepala yang direka untuk memberikan sokongan dan keselesaan semula jadi kepada bahagian kepala. Dengan bahan “memory foam padding”, ia serta merta menyesuaikan bentuknya dengan bentuk kepala kita semasa sesi ber-gaming. Seterusnya, armrest yang fleksibel direka untuk menyesuaikan diri kepada posisi tangan pengguna dan boleh dilaraskan ke atas dan ke bawah, ke hadapan dan ke belakang, kiri dan kanan, atau dipusingkan ke dalam atau ke luar.

Walaupun saya kata begitu, anda perlu ingat bahawa Razer Enki bukanlah kerusi jenis “duduk saja, terus selesa.” Kita masih perlu melakukan banyak “trial and error” sebelum jumpa posisi yang sempurna. Tetapi itu bukan masalah sebab keselesaan adalah keutamaan kita.

Pendapat

Secara keseluruhan, tidak banyak yang saya dapat katakan tentang Razer Enki selain daripada topik keselesaan. Kebanyakan kerusi gaming tidak menawarkan apa yang Razer Enki ada dan sentiasa memaksa saya untuk berdiri sebentar, atau cari kerusi yang lebih selesa. Ini bukan isu untuk Razer Enki yang agenda utama memang adalah keselesaan, lagi-lagi jika anda jenis gamer yang suka bermain sesi panjang.

Bukan setakat selesa duduk, malah Enki akan menyokong cara kita duduk. Kita sebagai manusia tidak akan duduk dalam posisi atau kedudukan yang sama selama berjam-jam, jadi Razer Enki menyelesaikan masalah ini dengan baik dengan memberi beberapa konfigurasi yang membuatkan pengguna merasa selesa tidak kira betapa peliknya cara mereka duduk. Sekiranya anda memang pengguna tetap Razer, yakinlah bahawa Enki adalah upgrade yang ketara kepada Iskur.

Itu sahaja untuk review saya bagi kerusi gaming Razer Enki! Jika berminat, Razer Enki kini boleh didapati sekarang pada nilai harga RM1899, manakala versi “lite” Enki X tersedia pada harga RM1399. Anda dapat membeli kerusi gaming ini di laman web rasmi Razer atau pengedar yang sah. Untuk segala liputan kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Grand Theft Auto 3 – Permulaan baru buat Rockstar dan siri GTA!

Next Post

[Razercon 2021] Razer Kraken V3 – Headset gaming dengan teknologi Haptics!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
[Razercon 2021] Razer Kraken V3 – Headset gaming dengan teknologi Haptics!

[Razercon 2021] Razer Kraken V3 - Headset gaming dengan teknologi Haptics!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd