Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Naraka: Bladepoint – Pertempuran shaolin versi multiplayer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 4, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Multiplayer, PC, Review, Steam
0 0
0
Review Naraka: Bladepoint – Pertempuran shaolin versi multiplayer!
0
SHARES
225
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan pada tahun 2021, Naraka: Bladepoint merupakan entri terbaru ke genre multiplayer battle royale. Apa yang membuatnya unik berbanding game lain ialah aksi menembak musuh sebenarnya kurang, dan kita akan lebih menggunakan pedang dan abiliti-abiliti istimewa untuk menukar arus pertarungan ke pihak kita. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat apa yang menarik, apa yang kurang dan apa yang betul-betul istimewa tentang Naraka: Bladepoint dalam review ini.

Fokus pada sistem pertempuran melee

Seperti yang dinyatakan di atas, sistem pertempuran adalah elemen utama yang membezakan Naraka: Bladepoint daripada kebanyakan permainan “battle royale” di pasaran. Seperti biasa, pemain akan dilemparkan ke sebuah peta besar yang memaparkan lokasi berbeza bersama dengan 59 pemain lain, di mana kawasan tersebut akan semakin mengecil secara berkala sepanjang perlawanan.

Semua pemain akan bermula tanpa peralatan, tetapi selepas meneroka peta, mereka boleh menemui pelbagai item, senjata (kedua-dua senjata jarak jauh dan jarak dekat), Souljade (item istimewa yang memberikan pelbagai bonus) dan Grappling Hook yang digunakan untuk: mencapai tempat tinggi, melarikan diri daripada musuh, dan menyerang pemain lain jika disasarkan dengan betul). Mekanik inilah bersama sistem parkour (memang merata korang boleh panjat) menjadikan Naraka: Bladepoint sebagai sebuah pengalaman pertempuran multiplayer -yang unik.

Walaupun Naraka mempunyai senjata jarak jauh, ia sebenarnya tidak sekuat seperti senjata jarak dekat. Semua senjata jenis jarak dekat, termasuk Longsword, Katana, Greatsword, Dagger, dan Spear, datang dengan serangan unik sendiri termasuk kombo dan serangan “charge” berbeza, yang menjadikan setiap pengalaman pertempuran amat bervariasi. Walaupun pemain lain boleh menghafal abiliti watak kita, itu tidak semestinya mereka boleh menghalang serangan kia. Setiap watak dan senjata boleh menggunakan kombo yang berbeza dan aspek ini penting supaya pergerakan kita tidak mudah diramal.

Mekanik parry pula membuatkan pengalaman lebih mendalam, dan membolehkan pemain menepis serangan dan membuat pihak lawan menjatuhkan senjata mereka. Timing menjadi fokus, jadi ia terpulang kepada cara pemain membaca tingkah laku musuh dan bertindak. Secara umumnya, sistem pertempuran terasa seperti siri game Dynasty Warriors oleh Koei Tecmo, jadi jika anda minat francais tersebut, kalian pasti akan menyukai Naraka: Bladepoint.

Memandangkan ini game baru, Naraka: Bladepoint masih tidak menawarkan banyak kandungan. Buat masa ini, terdapat 8 watak secara keseluruhan. Asalnya, kita akan mendapat 6 watak, tetapi anda akan memperoleh Yoto Hime jika membuat pra-pesanan pada permainan, dan Valda Cui jika membeli watak tersebut menggunakan mata wang dalam permainan atau membelanjakan wang sebenar. Pada masa yang sama, reka bentuk setiap watak boleh diubah suai (kecuali Yoto Hime kerana dia watak collab) dari bentuk muka hingga ke saiz badan.

Bagi watak yang boleh dimainkan, setiap kebolehan unik mereka boleh di-upgrade di mana kita harus menggunakan watak tersebut dalam perlawanan untuk memperoleh XP. Lagi banyak kita gunakan, lebih kuat lah kita.

Tiga mod berbeza untuk cuba

Mod juga terhad kepada mod solo, mod Trio dan mod ala-ala Deathmatch. Memang tidak banyak tapi masih seronok untuk cuba bersama kawan. Berikut adalah rumusan:

Battle Royale

Ini adalah mod utama (boleh main secara solo atau trio) untuk Naraka, tetapi sedikit berbeza dari segi mekanik. Seperti biasa, masih ada “sistem bulatan mengecil” yang mendorong semua pemain untuk mengumpul ke tengah di mana pemain terakhir yang bertahan hidup akan menjadi juara. Apa yang membuatkannya berbeza adalah kita boleh hidup semula sebelum bulatan pertama tamat.

Bloodbath

Ini ialah mod deathmatch untuk Naraka di mana anda bebas memilih antara semua watak yang sudah dibuka. Selain itu, semua jenis senjata dan perisai boleh dimiliki pada tahap tertinggi. Seperti namanya, semua orang akan bersaing sesama sendiri dan ini bermakna kita akan menjadi sasaran kepada lebih dari seorang pemain. Pada penghujung perlawanan, pemain dengan mata tertinggi akan menjadi juara.

Bloodsports

Ini adalah mod terbaru dalam permainan. Terdapat 16 pemain, dan kita harus bertarung dalam pusingan kalah mati. Semua perlawanan adalah Best-of-1 kecuali perlawanan akhir iaitu Best-of-3.

Dalam mod ini, anda tidak boleh memilih watak yang sama seperti pihak lawan, serta tidak boleh menggunakan abiliti Ultimate.

Aspek “monetisation”

Pertama sekali saya nak sebut ialah ini bukan permainan percuma. Kita sebenarnya perlu membayar RM65 untuk mendapatkan permainan asas. Bukan itu sahaja, Naraka menampilkan banyak kosmetik yang boleh dibuka melalui sistem Battle Pass, loot box dan mata wang dalam permainan.

Ini pastinya akan mengecewakan beberapa pemain, kerana konsep permainan lebih sesuai untuk permainan bergenre “free-to-play” seperti Genshin Impact, Apex Legends, dan sebagainya. Pada masa yang sama, UI yang serabut juga menyukarkan pemain untuk memahami cara-cara membuka item tertentu dengan cepat, dan ini boleh menjadi menjengkelkan.

Apabila membayar untuk sesebuah permainan, saya jangka akan mendapatkan SEMUA kandungan, melainkan jika ia DLC atau kosmetik tambahan Tetapi hakikatnya, tidak semua disediakan untuk pemain.

Prestasi visual

Satu lagi area yang Naraka: Bladepoint berjaya mengagumkan saya semasa menulis review adalah tahap visual. Watak dan lokasi-lokasi terang-terang diilhamkan oleh mitologi Cina dan semuanya kelihatan hebat. Namun, masih terdapat beberapa masalah seperti watak yang botak, muka tiba-tiba hilang dan sebagainya tetapi itu bukan masalah besar kerana isu-isu seperti ini akan diperbaiki dalam update seterusnya.

Pendapat

Dengan sistem pertempuran dan suasana shaolin yang unik, Naraka: Bladepoint adalah antara entri yang menonjol dalam barisan game action-adventure multiplayer. Walaupun pelaksanaan transaksi mikro kurang baik, inti gameplay sangat kukuh. Jadi dengan update dan kandungan yang betul, Naraka: Bladepoint pasti dapat bersaing dengan game mutliplayer popular lain di pasaran.

Jika anda sedang mencari game battle royale dengan ciri-ciri yang unik, maka Naraka: Bladepoint boleh termasuk dalam wishlist anda. Itu sahaja untuk review saya bagi Naraka: Bladepoint, untuk segala liputan kami tentang permainan termasuk ulasan awal untuk versi beta, sila tekan pautan ini.

Muat turun DEMO disini
NARAKA: BLADEPOINT
Release Date: 2021-06-12
Epic Games Store, PlayStation 4, Steam, Xbox One
NARAKA: BLADEPOINT adalah aksi 60 pemain Battle Royale yang menawarkan pemain mobiliti gila yang digerakkan oleh parkour dan cengkeraman, senjata besar jarak dekat dan senjata jarak jauh, dan watak-watak yang mempunyai kemampuan hebat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: multiplayerNaraka: BladepointPCreviewulasan
Previous Post

ASUS Memperkenalkan Vivobook 13 Slate OLED (T3300), Laptop Detachable Pertama Dunia

Next Post

Review Football Manager 2022: Memimpin kelab ke arah kemenangan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Review Football Manager 2022: Memimpin kelab ke arah kemenangan!

Review Football Manager 2022: Memimpin kelab ke arah kemenangan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd