Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reverse: 1999 – Ingin Mengembangkan Naratif Ke Asia & Banyak Lagi [Interviu]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2023
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, Temuramah
0 0
0
Reverse: 1999 – Ingin Mengembangkan Naratif Ke Asia & Banyak Lagi [Interviu]
Share on FacebookShare on Twitter

Dilancarkan di PC dan mobile sejak 26 Oktober, Reverse: 1999 oleh Bluepoch menerima sambutan yang sangat tinggi dan positif di kalangan gamer. Sempena sambutan memberangsangkan itu, kami dapat menemu bual pencipta game ini untuk bertanya beberapa soalan tentang idea dan konsep game ini semasa menghasilkan dunia permainan dan watak.

Jika anda tertanya tentang reka bentuk watak, tema, gaya seni, update terbaru dan kandungan lain yang bakal dikeluarkan pada masa depan untuk Reverse: 1999, teruskan membaca interviu di bawah:

Barisan Watak Yang Sangat Variasi Memerlukan Kajian Mendalam

Kredit: Bluepoch

Satu aspek tentang Reverse: 1999 yang dipuji semasa pelancaran ialah lakon suara Inggeris, terutama kerana ia sangat natural bersama loghat watak yang berbeza. Kebanyakan watak dalam game adalah orang Eropah dan Amerika, jadi kami tertanya jika dialog Inggeris adalah sebahagian daripada rancangan awal.

Bluepoch jawab mereka memilih bahasa Inggeris kerana ia sesuai dan tepat dengan persekitaran dunia game. Mereka percaya bahawa lakonan suara Inggeris yang baik boleh menjadikan game lebih mengasyikkan, unik dan menarik.

Berkenaan loghat watak yang berbeza: ia berdasarkan personaliti dan identiti mereka. Mereka berharap semua watak dapat memberi gambaran orang sebenar seperti dalam kehidupan seharian pemain.

Kredit: Bluepoch

Oleh itu, reka bentuk watak perlu disokong dengan pelbagai fakta sejarah atau latar belakang. Semua watak mempunyai latar belakang yang mendalam, malah ada yang berdasarkan kisah dongeng klasik (seperti watak A Knight). Walaupun kecil, mereka mengesahkan bahawa loghat adalah bahagian penting dalam reka bentuk watak.

Satu lagi bahagian tentang Reverse: 1999 yang sering disebut oleh peminat ialah barisan watak yang pelbagai, terutamanya watak bukan manusia seperti APPLe, sejenis epal terapung yang bersikap gentleman; dan Pickles, anjing baka collie yang juga boleh melakukan magic.

Sudah tentu, kami tanya apakah inspirasi di sebalik watak-watak bukan manusia ini dan mengapa tidak memilih watak humanoid seperti game gacha lain.

Kredit: Bluepoch

Bluepoch kata; mengikut latar belakang, ahli Arcanist mempunyai keturunan berbeza. Contohnya, Ms. Radio ialah The Awakened, aliEn T ialah The Beyond, dan Arcanist seperti Druvis Ⅲ dan Sotheby. Mereka mahu melakukan sesuatu yang berbeza dan menarik dalam projek ini, dan sangat menyukai idea ini sehingga membuatkan pelbagai variasi untuk watak jenis ini.

Biasanya dalam game gacha, watak utama ialah “watak kosong”. Bagaimanapun, Reverse: 1999 mempunyai protagonis dengan latar belakang mendalam iaitu Vertin. Adakah Vertin memang direka menjadi protagonis sebegitu dan pernahkan mereka bimbang bahawa pemain mungkin tidak menerima watak itu?

Kredit: Bluepoch

Sebagai watak utama Reverse: 1999, Vertin mempunyai latar belakang dan reka bentuk personaliti tersendiri. Kami pernah bimbang ini boleh menjejaskan keasyikan pemain dalam game. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan lama, kami percaya bahawa personalitinya yang bebas dan unik adalah penting untuk jalan cerita.

Ia akan memberi kesan positif kepada keseluruhan naratif, memupuk hubungan yang lebih mendalam antara pemain dan jalan cerita. Oleh itu, kami memutuskan untuk mengekalkan reka bentuk Vertin, dan amat berharap pemain akan menghargai Timekeeper yang berani ini sambil menyelami cerita kami.”

Rancangan Untuk Kembang Ke Asia

Kredit: Bluepoch

Kisah Reverse: 1999 majoriti berlaku di Eropah dan Amerika. Kami harap ada kemungkinan game ini dapat meneroka rantau Asia, lagi-lagi kerana ada beberapa watak Asia dalam game.

Memandangkan Vertin seniasa menyiasat “the Storm,” dia dan ahli pasukan mungkin mengembara ke era dan wilayah berbeza, mengalami cerita baharu dan adat berbeza. Pada masa yang sama, ahli Foundation yang lain juga boleh mengembara ke pelbagai lokasi dunia untuk melaksanakan misi. Bluepoch mengesahkan pada masa depan, Vertin dan rakan-rakannya bukan sahaja akan menerokai Eropah dan Amerika tetapi juga di Asia dan lebih jauh lagi, kawasan yang lebih pelbagai.

Kredit: Bluepoch

Watak-watak pun banyak diilhamkan oleh sejarah dan filem klasik, dan Bluepoch pasti membuat banyak penyelidikan di sebalik tabir. Menurut mereka; dalam proses menulis cerita dan reka bentuk watak, penulis akan mencari dan mendapat inspirasi daripada pelbagai fakta sejarah dan karya klasik, termasuk tetapi tidak terhad kepada sejarah, mitologi, filem, rancangan TV, novel, game, dan sebagainya.

Untuk menambah lagi realisme, setiap watak dalam game mempunyai banyak butiran yang berkaitan dengan era dan tempat mereka tinggal.

Kredit: Bluepoch

Mesej Kepada Peminat Reverse: 1999

Kredit: Bluepoch

Terima kasih semua atas minat dan cinta anda terhadap Reverse: 1999. Versi 1.2 “A Nightmare at Green Lake” telah dikeluarkan pada 7 Disember. Sistem pertempuran automatik yang sangat dinanti-nantikan telah diperkenalkan. Anda boleh tebus sehingga 14 pull dalam game.

Pada masa ini, kami sedang mengusahakan kandungan baharu untuk versi masa hadapan, termasuk EP watak dan banyak lagi. Kami amat menghargai sokongan berterusan anda.


Baca segala berita kami tentang Reverse: 1999 di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

KOF XIII Global Match Bawakan Ciri Moden, Perkenalan Baik untuk Pemain Baru!

Next Post

Migration Review — Tebarkan Sayap, Terokai Dunia Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Migration Review — Tebarkan Sayap, Terokai Dunia Baharu!

Migration Review -- Tebarkan Sayap, Terokai Dunia Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd