Hari ini, Capcom telah mengumumkan tarikh keluaran untuk Resident Evil 4 Remake versi iOS, yang membawakan pengalaman seram yang sama kepada iPhone dan peranti Apple lain pada Disember ini.
Diumumkan melalui halaman Twitter rasmi, Resident Evil 4 Remake secara khususnya akan dilancarkan di peranti Apple seperti iPhone 15 Pro, iPad dan Mac pada 20 Disember 2023. Keluaran RE4 Remake merupakan projek terbaru oleh Apple selepas Resident Evil Village baru-baru ini dikeluarkan untuk iPhone 15 Pro dan iPad terbaru pada 30 Oktober 2023.

Buat masa ini, pre-order untuk Resident Evil 4 Remake telah dibuka secara langsung di Apple App Store, di mana game penuh akan bernilai sekitar RM244.90 bersama bonus. Jika berminat, anda juga boleh memperoleh Extra DLC Pack yang berharga RM80.90.
Mengikuti format “Play Before You Buy”, pemain dapat memuat turun dan bermain bahagian awal permainan secara percuma. Hanya dengan membuat pembelian sahaja baru lah anda dapat mengakses permainan penuh dengan bonus-bonus lain.

Bagi mereka yang risau, tarikh keluaran yang dipaparkan di Apple App Store (31 Disember 2023) masih belum dikemas kini setakat artikel ini ditulis. Tarikh pelancaran rasmi masih berlangsung pada 20 Disember 2023.
“Resident Evil 4 ini adalah remake kepada game yang sama pada 2005 di mana pemain akan mengawal ejen Leon S. Kennedy, yang mesti menyelamatkan Ashley Graham, anak perempuan presiden Amerika Syarikat, daripada kultus Los Illuminados yang misteri. Remake ini mempunyai plot yang dikemas kini, visual baharu, watak, pelakon dan gameplay yang diperbaiki. Selepas pelancaran, Resident Evil 4 menerima pujian positif dan menjual 4 juta unit dalam dua minggu pertama, menjadikannya salah satu game terlaris Resident Evil .”

Dapatkan segala berita kami tentang Resident Evil 4 di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post