Red Dead Redemption 2 akan memakan 105GB disk space PS4 Pro korang. So, sempena RDR 2 dah nak keluar ni, mohon clearkan space la ye. Kepada yang dah ada tambah external HDD 6TB tu maybe takde masalah (statement yang ditujukan khas untuk yang nak menjawab cynical “ek eleh PS4 boleh tambah storage la bro”)
Berdasarkan gambar kotak dari Rockstar Intel, ada nampak print kecik yang cakap HDD space requirement: 105GB. Ada gak info pasal multiplayer (2-32 orang) dan content exclusive PS4 yang misteri setakat ini hanya exlusive selama 30 hari.
Space requirement ni mungkin untuk PS4 Pro je sebab kat Pro mungkin ada high-res textures yang memang nak main kat TV 4K. Kalau kat PS4 marhaen dengan Xbox One maybe tak sama.
Tapi kalau fikir balik, game ni open-world kan. Korang by now mesti dah at least sekali tengok trailer dia. Epik gila dunia koboi. Slek takde Clint Eastwood je. Details game yang tersangat ekstrim, alam sekitar, binatang-binatang liar, berburu sampailah ke system conversation dia.
Aku memang dah tolak tepi bajet nak sambar game ni nanti masa keluar. Tapi takde la taksub sampai pre-order. Belum lagi tahap tu..
Actually tengok game apa. Kalau FF7 remake pre-order kot. hahaha
@gamersantaimy
Discussion about this post