Makin panas market gaming phone ni. Asus dengan ROG nya, Xiaomi dengan Blackshark. Terkini, Nubia dah umumkan model terbaru gaming phone diorang, Nubia Red Magic Mars, running Snapdragon 845. Siap ada shoulder buttons tu, baru gaming phone kan?
Skrin 6 inci dengan display 2160 x 1080 pixel, LCD screen Full HD+. Fak. Kat sebelah kanan ada volume rocker dengan power button, ala macam standard button placements yang korang slalu jumpa kat typical Android phone, nothing big here. Tapi shoulder buttons dia touch sensitive. Phone ni jugak datang dengan haptic feedback 4D. Lepas tu, dah nama gaming phone kan, mesti ada teknologi cooling dia sendiri. Dual heat pipe convection cooling technology. Satu nama yang kompleks yang sangat sesuai digunakan nak up-kan harganya!
Bateri? 3800mAh. Siap dengan Android 9.0 yang ditepek dengan Red Magic OS UI. Kamera pulak tak canggih mana, belakang 16-megapixel dengan aperture f/1.8. Kamera nak facetime dengan awek (atau bini) 8-megapixel. OK la phone untuk gaming, letak semua high end terberak kau nak beli. Speaker dia gak support DTS 7.1.
Harga? 6GB/64GB (2699 Yuan, RM1622), 8/128 (3199 Yuan, RM1922) dan terpaling high-end 10/256 (3999 Yuan, RM2400). Kaler ada dua jenis korang boleh pilih; sleek and low profile (Meteorite Black) dan poyo and menunjuk (Flame Red). Lagi special edition pun ada gak; kaler camouflage yang datang sekali dengan fingerprint resistant coating. Tapi ketiga-tiga kaler ni ada RGB LED strip kat belakang sekali dengan decal yang unik.
Nak pengalaman gaming yang lebih sedap, tambah sekali optional bluetooth controller dia. Turut disertakan ialah microphone enabled headset sekali dengan satu kotak yang di design khas yang membolehkan pemilik phone ni charge phone kat USB-C sambil guna 3.5mm jack.
Aku tengok kat Shopee ada variant yang 8/128, dalam RM1699
Dewa gaming phone, Nokia NGAGE pasti akan merasa bangga dengan perkembangan ni sekiranya ia masih hidup…
@gamersantaimy
Discussion about this post