Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rasa geram tak dapat selesaikan misi XCOM : CHIMERA SQUAD? Jangan risau, sini ada Tips & Tricks untuk bantu korang!

Nyny.A by Nyny.A
April 23, 2020
in Artikel, Berita, PC, Steam, Tips & Trick
0 0
0
Rasa geram tak dapat selesaikan misi XCOM : CHIMERA SQUAD? Jangan risau, sini ada Tips & Tricks untuk bantu korang!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami dah pun selesai bermain XCOM: CHIMERA SQUAD. Dan pada anda yang bakal membeli atau sudah membeli dan memulakan permainan ini pada 24 April ini, ini adalah Tips & Tricks yang kami akan kongsikan pada anda! Okay sebelum itu, pada anda yang nak lihat full review kami boleh rujuk semula artikel sebelum ini. Atau korang boleh tengok temuramah bersama Lead Designer mereka! Jujur lah kami nyatakan, pertama kali bermain agak payah sedikit kerana masih tidak biasa~ Tetapi sekali kami dah tahu jalan permainannya~ Ni lah kami tidak mahu kedekut ilmu dan akan kongsikan pada anda semua!

Tips Basic? Mestilah anda kena tahu!

Okay jom kita mulakan! Pertama sekali memang anda dapat 4 ejen utama pada setiap awal permainan. Jadi selepas anda mendapat peluang untuk merekrut ejen, pastikan baca betul-betul setiap kelebihan ejen. Sebab semua ejen ini ada kelebihan masing-masing untuk tugas-tugas tertentu!

Dapatkan pusingan Tranq untuk semua orang, terutamanya ketika anda baru memulakan permainan, ia murah dan sekarang anda dapat “subdue” semua orang tanpa perlu mendedahkan diri anda di luar perlindungan. Untuk setiap musuh yang anda tangkap, akan memberi anda 20% peluang untuk memperoleh 20 intel.

Intel pula adalah sumber yang sangat berharga semasa anda memulakan permainan, ia membolehkan anda membeli barang-barang yang bagus dari Scavenger Market dan juga merekrut serta meningkatkan pasukan lapangan untuk daerah-daerah yang seterusnya memberi anda lebih banyak Intel, Elyrium atau Credit. Jangan risau, anda boleh sentiasa menukar pusingan tranq selepas ini.

Kita dah ada Intel, apa pula Elyrium? Elyrium kurang berguna berbanding Intel atau Credit, satu-satunya masa yang anda akan habiskannya adalah untuk penyelidikan melalui “Assembly”. Selalu selidik dalam Assembly, sama ada dengan menghantar ejen atau tidak perlu. Boleh membuang atau menukar ejen tanpa sebarang penalti.

Kemudian Credit, Credit inilah untuk membeli pelbagai barangan termasuk utiliti, sampingan senjata, grenade, medikit dan sebagainya. Tips untuk Credit ini, anda perlulah membeli barangan yang betul-betul berguna terutama seperti Medikits!

Macam mana pula dengan watak? Apa kelebihan mereka?

Untuk membuat permainan menjadi lebih mudah dan senang, anda boleh selalu merekrut ejen yang meggunakan jenis senjata yang sama, jadi apabila anda membuat selidik “research”, seluruh skuad akan mendapat firepower yang tinggi! Contohnya seperti Axiom bersama Godmother, Torque dan Terminal, juga Blueblood bersama Cherub.

Jika ejen anda tiada akses untuk menggunakan frag grenade ataupun plasma grenade, gunakan ejen tersebut untuk memegang Medikits! Jangan risau, semua barangan utiliti tidak menganggu sebarang point aksi!

Penyelidikan keutamaan adalah meningkatkan kekuatan senjata api anda! (contohnya: meningkatkan shotguns) meningkatkan daya tahan (contohnya: meningkatkan perisai), meningkatkan slot latihan atau spec ops slots. Spec Ops adalah pilihan, jika anda tidak mempunyai cukup ejen ketika itu, ada baiknya jika anda melangkauinya.

Sentiasa sentiasa hantar ejen anda ke “Training”! Sebab ada antara kebolehan yang hebat dan awesome akan dibuka melalui sesi Training!

Yang paling OP lah bagi kami adalah Terminal! Awek ini boleh menyembuhkan pada setiap giliran, dapat memberikan tindakan kepada sekutu setiap 2 giliran dan dapat membuka “guardian” untuk latihan yang ke-3. Jaga dia dalam pasukan anda tidak kira apa pun terjadi. Dia juga satu-satunya penyembuh dalam pasukan. Jadi Terminal ini memang sangat hebat dalam menjaga disisi pasukannya, tetapi untuk serangan yang kuat hanyalah biasa-biasa.

Blueblood pula adalah salah satu agen penyerang terbaik yang boleh anda miliki. Memiliki aiming yang tinggi untuk mengatasi penalti aim Deadeye. Mendapatkan salah satu pistol epik yang memberikan keupayaan lightning hands akan meningkatkan kehadirannya yang menyakitkan lebih tinggi. Faceoff adalah salah satu kemahiran terbaik dalam permainan untuk membersihkan banyak musuh sekaligus.

Satu lagi pada pemain baru, terutama yang baru dalam siri XCOM, jangan pilih ejen Zephyr! Walaupun pada hakikatnya dia kebal terhadap root dan pelumpuhan senjata, kerosakannya sangat minimum. Ya, dia mungkin mempunyai kemampuan untuk menembusi baju armor ketika dia cukup di promosikan, tetapi masih tidak berjaya untuk menewaskan musuh dengan mudah. Jika anda tahu apa yang anda lakukan, anda boleh memilihnya sebagai salah satu dalam field teams anda, masalahnya ialah dia adalah hero yang agak niche~dan itu termasuk terlalu niche dalam semua situasi!

Dan yang terakhir, perhatikan Android dan musnahkan mereka dari jauh! Terutama apabila Android mengaktifkan alat pemusnah diri (self destruct) mereka! Giliran seterusnya, mereka akan menghampiri anda dan meletup, yang juga akan merosakkan titik perisai anda. Jadi berhati-hati dengan Android!

Itu antara Tips dan Tricks yang kami ingin kongsikan kali ini untuk XCOM: Chimera Squad. Paling penting dalam permainan ini adalah cara strategi anda sendiri sama ada untuk menyelesaikan setiap misi dengan mudah atau kepayahan yang mungkin akan efek kepada Anarki berlansung di City 31! Jadi, buat pilihan terbaik, selalukan “Training”, berikan utiliti terbaik pada pasukan dan jangan lupa “Promoted” ejen anda untuk menaik taraf level mereka! Sampai disini! Jangan lupa kongsikan pengalaman anda kat laman sosial media kami okay!

Beli XCOM: Chimera Squad disini gais!
XCOM®: Chimera Squad
Release Date: 2020-04-24
Microsoft Windows
XCOM: Chimera Squad menyampaikan cerita dan pengalaman tempur taktikal berasaskan giliran baru di alam semesta XCOM.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2ktipsTips & TricksxcomXCOM: Chimera Squad
Previous Post

Tengah hangat dengan XCOM: Chimera Squad, kami ambil peluang Temu Ramah bersama Mark Nauta!

Next Post

S Rank Second Armor X & peluncuran acara baru Mega Man X DiVE bermula!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
S Rank Second Armor X & peluncuran acara baru Mega Man X DiVE bermula!

S Rank Second Armor X & peluncuran acara baru Mega Man X DiVE bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd