Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ramai gamer muda menerima gangguan siber semasa bermain dalam talian!

Maira by Maira
October 25, 2021
in Artikel, Berita, Game Online, Genre
0 0
0
Ramai gamer muda menerima gangguan siber semasa bermain dalam talian!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan dalam talian telah menjadi talian hayat sosial untuk kanak-kanak dan remaja semasa wabak pandemik. Malangnya, Anti Defamation League (ADL) baru-baru ini mengeluarkan kajian yang menunjukkan bahawa 62% gamer muda telah mengalami penderaan dan gangguan semasa bermain dalam talian, yang mewakili lebih 14 juta orang muda.

Menurut kajian itu, gamer berusia 13 hingga 17 tahun dilaporkan menghadapi penderaan dan gangguan paling banyak dalam permainan shooter multiplayer dan MOBA dalam enam bulan yang lalu. Kira-kira 89% daripada mereka yang pernah mengalami penderaan dalam Valorant dan 62% pernah mengalaminya dalam Rocket League.

VALORANT

Kajian ini juga menganalisis saluran dalam permainan di mana gamer muda menerima gangguan. Kira-kira 43% daripada mereka melaporkan diganggu semasa permainan itu sendiri, dengan meminta mereka mengorbankan diri sendiri dan disekat oleh gamer lain. Ramai juga mendakwa mereka diganggu melalui voice chat dan aplikasi lain seperti Discord.

Mereka juga melaporkan bahawa permainan yang menimbulkan persekitaran ini ialah Valorant (42%), Call of Duty (42%), DOTA 2 (37%), PUBG (35%), Fortnite (34%) dan League of Legends (34%). Disebabkan persekitaran toksik ini, mereka sama ada lebih berhati-hati semasa bermain atau terus berhenti main untuk mengelakkan lebih banyak gejala buli siber. Ramai daripada mereka menjadi begini semasa bermain Call of Duty, PUBG, Rocket League dan Minecraft.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Sumber: ADL

ADL menerbitkan kajian berkenaan dengan gangguan yang berterusan terhadap gamer dalam talian di Amerika Syarikat untuk tahun ketiga berturut-turut. Walaupun gamer dewasa adalah kumpulan yang sering ditinjau, Organisasi ini memutuskan untuk memasukkan remaja dalam penyelidikan tahun ini.

Gangguan yang diterima oleh remaja semasa bermain permainan dalam talian menimbulkan masalah yang sama dialami oleh orang dewasa. ADL telah membuat beberapa cadangan termasuk meminta syarikat permainan untuk meningkatkan usaha mereka memerangi kebencian dan gangguan dalam kalangan pengguna. Ibu bapa, guru dan orang dewasa yang lain juga harus memantau aktiviti dalam permainan yang dimainkan oleh remaja ini dan memastikan talian komunikasi mereka bebas dari gangguan itu.

Sumber: freepik

Kajian ini hanya meliputi remaja di Amerika Syarikat dan ia sudah menunjukkan betapa ramai gamer muda telah diganggu semasa mereka bermain. Sikap toksik seperti ini sungguh susah untuk dibendung lagi-lagi dalam permainan kompetitif. Pasti akan ada yang memberikan kata-kata kesat dan ini boleh menyebabkan pengalaman bermain kurang menyeronokkan. Apa pendapat anda tentang masalah ini? Adakah anda juga pernah mengalami gangguan seperti ini? Boleh kongsikan pengalaman anda bersama kami. Anda boleh membaca liputan lain dari kami melalui pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: buli siberGamer mudaonline gaming
Previous Post

Anime Boruto mengambil formula lama, Chunin Exam Arc sah bermula!

Next Post

Streamline & Epic Games membincangkan masa depan industri & sokongan untuk pihak studio indie!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Streamline & Epic Games membincangkan masa depan industri & sokongan untuk pihak studio indie!

Streamline & Epic Games membincangkan masa depan industri & sokongan untuk pihak studio indie!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd