PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) bakal berlangsung woi! Ini bukan cobaan, ini betul-betul! Total prize pool dia RM60,000 ni!
Tournament ni dipersembahkan oleh Tencent dan ditaja oleh Vivo dan Yoodo. Korang bakal berentap di peringkat negeri menuju ke Grand Finals pada 26 Januari 2019 kat Sunway Velocity. Antara hadiah menarik lain yang ditawarkan adalah 16 unit telefon Vivo V11i dan langganan setahun percuma plan mobile dari Yoodo.
Acara akan bermula kat Johor (Aeon Tebrau City) pada 22 Disember, Sabah (Kompleks Karamunsing) 25 Disember, Sarawak (Emart Batu Kawa) 6 Januari 2019 dan KL (Sunway Velocity) 12 Januari 2019.
Tunggu apa lagi weh? Sampai bila nak main PUBG sambil naik LRT je? Buat duit sikit menarik gak. Better still, make it a profession!
Dah, pegi register team korang laju-laju kat PMNC punya site!
@gamersantaimy
Discussion about this post