Saya pernah bercakap tentang mod musim salji baru ini dahulu di artikel lama. Rupanya, ia masih dalam perancangan. Menurut posting media sosial oleh PUBG Mobile, “Cold Front Survival” akan datang ke game tersebut pada 16 April, yang hanya beberapa hari lagi.
Chicken Dinners for survival! ❄️ 🍗
Cold Front Survival arrives on 4/16! #PUBGM #PUBGMOBILE pic.twitter.com/gmu0d6XGlR
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) April 13, 2020
Maklumat khusus tentang mod ini tidak dikongsi oleh PUBG Mobile, tetapi teaser jelas menunjukkan mod musim salji yang dilihat pada versi beta Game For Peace (PUBG Mobile versi China).
Daripada apa yang telah kita lihat sebelum ini, ia lebih kepada mod di mana pemain bertarung dengan alam semulajadi. Cold Front Survival akan berlangsung di Vikendi dan pemain perlu bertahan dalam cuaca yang sangat sejuk dengan mencari kayu untuk membuat api serta memburu haiwan untuk untuk makanan atau untuk hangatkan badan. Pemasa akan ditambah dalam mod ini untuk memaklumkan pemain kepada ribut salji yang akan datang, supaya mereka dapat mencari perlindungan dan bersedia untuk bertahan hidup. Pemain akan berhadapan dengan kecederaan yang tinggi sekiranya mereka tidak berada di sekeliling api apabila ribut salji melanda.
Band together to survive 🌨️
Cold Front Survival is coming 4/16! #PUBGM #PUBGMOBILE pic.twitter.com/RJGK3ckPxW
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) April 12, 2020
Selain itu, salah satu daripada teaser juga termasuk dron yang mungkin akan ditambah ke dalam mod. Menurut beberapa rakaman permainan yang ditular, dron hanya akan digunakan sebagai alat pengawasan. Ia boleh digunakan untuk mencari musuh, senjata atau peralatan di sekitar peta.
Things are getting a bit…chilly here ❄️
Cold Front Survival is coming 4/16! #PUBGM #PUBGMOBILE pic.twitter.com/dbNdanzCDI
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) April 11, 2020
Adakah rancangan PUBG Mobile untuk menambah mode Cold Front Survival sebenarnya ditangguhkan dan kerana itu, ia dilancarkan pada bulan April? Lebih masuk akal jika mod ini ditambah pada musim sejuk lalu kan. Akhir sekali, dengan mana-mana update baru, Tencent juga akan membetulkan pelbagai isu yang ada di dalam permainan sekarang. Jadi saya berharap mod kali ini sangat-sangat seronok!

@gamersantaimy
Discussion about this post