Eurogamer baru-baru ni perasan yang PUBG untuk Playstation 4 dalam rating board game Korea. Ini tak lain dan tak bukan, almost mengesahkan yang PUBG akan keluar kat PS4!
PUBG ni boleh dikatakan bapak segala battle royale dimana pada satu masa pernah terdapat 3 juta players main serentak. Sebab inilah banyak game battle royale lain muncul nak tumpang sekaki genre ni. Game-game lain tu tak payah la aku sebut, korang tau kan 😉
Lepas release untuk PC masa Mac 2017, memang PUBG instant hit dan gila femes. Microsoft pun apa lagi..tarik la pegi Xbox One hujung tahun lepas. Setakat Julai 2018, dikatakan sebanyak 8 juta copies dah jual untuk Xbox One.
Masa baru keluar kat konsol, PUBG ni buggy sket; sebab ada masa-masa dia frame rate dia akan drop gila-gila punya sampai 1 digit. Serius eh 1 digit? Gila la baik takyah main. Tapi dengan release version 1.0 baru-baru ni, akhirnya performance dia almost sama dengan version PC. Kat konsol gak dapat 3 maps yang dilengkapi dengan dynamic weather.
Buat masa ni, tak tau la versi PS4 nanti akan dapat ke tak map-map ni, dan tarikh release dia maybe Disember ni; kalau kita nak kira Xbox One dapat hak ekslusif PUBG selama setahun la.
Leak kat Korea Game Rating Board ni most likely reliable, sebab sebelum ni penah keluar leak Fortnite untuk Switch sebelum pelancaran actual dia kat E3 masa Jun lalu.
@gamersantaimy
Discussion about this post