Korang boleh tambah Jordan ke senarai negara yang mengharamkan PlayerUnknown’s Battlegrounds. Menurut Roya News, Suruhanjaya Penyeliaan Telekomunikasi Negara telah mengharamkan PUBG pada minggu lepas, dan kini merancang untuk mengharamkan beberapa judul lain, termasuk Fortnite.
Sad to see decisions like this being made with no official research or studies. Bans like this hinder the growth of Esports in Jordan, home of some of best players in the world, as well as the entire MENA region. #EZFORVPNhttps://t.co/6NKvk4CSoj
— FATE (@FATEesports) July 10, 2019
Ban PUBG ini berkuatkuasa pada Khamis lepas, dan semasa hujung minggu, TRC mengeluarkan pernyataan yang menjelaskan tindakan itu muncul setelah menerima pelbagai aduan daripada masyarakat dan pihak berkuasa. Bagaimanapun, TRC berkata salah satu sebab utamanya untuk melaksanakan larangan ini ialah kajian oleh World Health Organization yang mengklasifikasikan PUBG sebagai permainan video ganas yang membawa kepada ketagihan dan pengasingan sosial, sambil menyatakan bahawa kanak-kanak yang bermain permainan video ganas lebih bahaya daripada rakan sebaya mereka.
https://t.co/VVnTZmvuwg#Jordan #videogames #PUBG
— Roya News English (@RoyaNewsEnglish) July 10, 2019
Penjelasan TRC tentang larangan ini menyebut bahawa China, India, Nepal, dan Iraq telah mengharamkan PUBG. Walau bagaimanapun, larangan India hanya sementara dan pada rantau sahaja, dan larangan Nepal telah diangkat oleh Mahkamah Tinggi Negara. Perkara sama berlaku di Malaysia juga. Ini adalah isu sebelum:
Pendapat Mufti, Syed Saddiq dan reaksi warga Internet mengenai game PUBG
Bagi China, ujian beta PUBG ditutup oleh penerbit tempatan Tencent selepas kerajaan enggan meluluskan monetization.
Sumber – Roya News
@gamersantaimy
Discussion about this post