Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 “custom” kini mula dijual! Untuk pengguna yang ingin konsol lebih menarik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2020
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
PS5 “custom” kini mula dijual! Untuk pengguna yang ingin konsol lebih menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Mahu PS5 yang berwarna hitam, merah, biru, camo, atau chrome? Jangan risau, kerana sekarang anda boleh mendapatkan PS5 idaman anda, melalui Plate Station. Semasa pelancaran, Sony hanya akan mempunyai satu versi PS5 iaitu konsol putih dan hitam standard. Pada saat penulisan, tidak ada kata rasmi jika ada PS5 serba hitam atau warna lain. Selanjutnya, Sony telah menunjukkan kecanggihan “face plate” (kemasan luar) PS5 mudah dicabut dan dipasang, tetapi belum mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan face plate edisi terhad, walaupun ramai yang mengandaikan bahawa ini akan berlaku tidak lama lagi.

Walaupun Sony lambat dalam hal ini, syarikat pihak ketiga sudah mula melancarkan produk mereka sendiri, dengan salah satunya Plate Station, yang kini mengambil pra-pesanan untuk face plate “custom” PS5 yang datang dalam warna matte black, jungle camo, chromatic, indigo blue, dan cherry red.

 

1 of 4
- +

Menurut Plate Station, tujuan mereka adalah untuk supaya setiap face plate dihantar keluar pada rumah setiap pembeli dalam tempoh dua minggu sebelum pelancaran PS5 pada 12 November. Walau bagaimanapun, sebelum face plate berwarna jungle camo atau cherry red tiba di depan pintu rumah, anda perlu membayar $39.99 (anggaran RM166.26) tidak termasuk caj luaran.

Seperti yang dinyatakan di laman web rasmi, ini adalah produk tidak rasmi dan tidak berafiliasi dengan Sony, PlayStation, atau PS5, yang bermaksud tiada satu face plate akan menampilkan logo PlayStation. Namun, mereka menjamin bahawa setiap face plate akan muat, dan jika tidak, duit anda akan dipulangkan semula.

Bagi face plate itu sendiri, ia dikatakan telah terbuat daripada plastik ABS keras yang tahan panas dan sesuai dengan “standard industri premium.” Selain itu, Plate Station menegaskan yang face plate ini sama dengan versi PS5 rasmi daripada segi bentuk, ukuran, dan ketebalan.

PS5 akan dilancarkan pada 10 November, tanpa pengumuman nilai harga rasmi. Daripada berita yang tertular di dalam talian, kemungkinan besar bahawa PS5 akan ditunda untuk negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Bagi pengguna yang berminat nak beli, jangan terlalu sedih kerana Sony berjanji untuk mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat. Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila klik di sini.

Sumber – Plate Station

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: face platePlate Stationplaystation 5ps5Sony
Previous Post

Kenapa rasa lebih seram ni? Ini pandangan pertama Demo Little Nightmares 2 kami.

Next Post

Sekiro: Game of the Year Edition & update percuma akan datang 28 October 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sekiro: Game of the Year Edition & update percuma akan datang 28 October 2020!

Sekiro: Game of the Year Edition & update percuma akan datang 28 October 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd