Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2025
in Artikel, Berita, Fantasy
0 0
0
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Share on FacebookShare on Twitter

SHIFT UP, studio di sebalik kejayaan besar Stellar Blade yang mendapat pujian meluas dan game mobile popular NIKKE, kini secara rasmi mengumumkan projek baharu mereka yang berskala besar, Project Spirits.

Sebelum ini dikenali dengan nama kod Project Witches, game pelbagai platform ini bakal menjadi IP utama baharu bagi syarikat tersebut, dengan pelancaran global disasarkan pada tahun 2027.

Kredit: SHIFT UP

Digambarkan sebagai “tajuk subculture” dengan tema “Fantasi Timur”, Project Spirits membawa visi untuk memberikan pengalaman gaming yang berkualiti tinggi, berasaskan kepakaran SHIFT UP yang terbukti dalam mencipta IP yang menarik.

Menurut penerangan rasmi di laman web SHIFT UP, “Project Spirits sedang dibangunkan sebagai game bertaraf tinggi dalam industri,” dengan matlamat untuk memperluaskan batas kreativiti dan keupayaan teknikal studio mereka.

Bersama pengumuman ini, SHIFT UP turut berkongsi karya seni watak baharu di laman rasmi mereka, memberikan gambaran awal tentang gaya visual permainan yang penuh fantasi.

Walaupun butiran terperinci tentang gameplay masih belum didedahkan, penekanan kepada tema “Fantasi Timur” memberi bayangan bahawa dunia game ini akan kaya dengan budaya dan mitologi Timur, khususnya Korea dan Jepun.

Kredit: SHIFT UP

Bagi menyokong pembangunan Project Spirits yang berskala besar ini, SHIFT UP telah membuka pengambilan untuk pelbagai jawatan penting, termasuk background artist, battle planner, character artist, lead content planner, level designer, monster artist, previsualization artist, dan screenwriter.

Keperluan yang dinyatakan merangkumi kemahiran dalam Unreal Engine 5, pengalaman bekerja dengan RPG Jepun atau gaya anime, serta kepakaran dalam membangunkan dunia open world, peta berskala besar, dan dungeon.

Ini menunjukkan bahawa Project Spirits bakal menjadi game dengan dunia yang luas, melawan mahluk fantasi ataupun mitologi, dan menawarkan pengalaman naratif yang menarik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi SHIFT UP.

Tags: Project Spirits
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

Next Post

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd