Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Tekken 8 (Season 3) – Lebih Pantas & Bahaya, Kunimitsu Kembali Ke Gelanggang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Fighting, PC, Preview, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Tekken 8 (Season 3) – Lebih Pantas & Bahaya, Kunimitsu Kembali Ke Gelanggang!
Share on FacebookShare on Twitter

Kunimitsu kembali secara rasmi dalam Tekken 8! Tapi ada sedikit kelainan… ini bukanlah pahlawan yang sama. Individu yang melangkah ke gelanggang kali ini ialah anak perempuannya, yang mengambil alih nama serta topeng ikonik tersebut selepas ibunya jatuh sakit.

Pada waktu siang, dia sekadar seorang pelajar sekolah menengah biasa di Mishima Polytechnical School. Namun di sebalik penyamaran itu, dia sebenarnya seorang ninja berbahaya yang mempunyai satu misi penting: mencari pedang Cursed Blade Yoshimitsu dan menggunakan kuasa pedang itu untuk menyembuhkan ibunya.

Gameplay

Jika anda gemar menggunakannya dalam Tekken 7, anda pasti akan terus rasa serasi. Dia masih mengekalkan kelajuan dan gaya permainan agresif yang membuatkannya cukup popular dalam game sebelum ini. Bahagian paling menarik? Dia sangat mudah dikawal.

Anda tidak perlu menghafal kombinasi butang yang rumit, menjadikannya pilihan ideal untuk pemain baru, namun masih padat dengan mekanik untuk dikuasai oleh pemain veteran.

Walau bagaimanapun, sifatnya yang mesra pemula ini datang dengan beberapa kelemahan. Dalam kebanyakan situasi, jangkauan serangannya agak pendek, dan dia agak lemah berdepan lawan yang gemar melakukan sidestep.

Combo damage miliknya juga sekadar biasa-biasa sahaja, jadi jangan harap anda boleh meranapkan health bar pihak lawan dengan hanya satu combo serangan.

Heat Mode & Stance

Aksi menjadi lebih rancak sebaik sahaja anda mengaktifkan Heat mode. Kunimitsu akan mendapat move set baharu dengan ‘reach’ yang lebih baik, malah dia bertukar menjadi sangat berbahaya jika berjaya menyudutkan lawan ke penjuru.

Dia juga mempunyai serangan hembusan api (jarak dekat) yang kebiasaannya digunakan untuk menjauhkan lawan yang terlalu agresif. Namun, pihak pembangun mengacah bahawa pemain yang gigih pasti akan menemui taktik luar jangkaan apabila serangan ini digunakan berhampiran dinding.

Selain itu, back-turned stance miliknya menawarkan pilihan combo yang berbeza berbanding Tekken 7. Pihak pembangun turut mengacah tentang mekanik balingan pisau ke atas yang memerlukan timing tepat… sesuatu yang pastinya patut diuji sendiri oleh para pemain.

Menguasai Katon

Salah satu penambahan baharu yang paling cool ialah abiliti “Katon”. Ia bukan sahaja nampak gah di skrin, malah benar-benar menyerlahkan vibe bahawa dia adalah seorang ninja sejati, dan bukannya sekadar watak berkostum.

Anggap Katon sebagai senjata mind-game. Ia tidak direka untuk digunakan secara rawak, sebaliknya harus dilancarkan apabila anda sudah berjaya membaca pergerakan musuh. Ini membolehkan pemain mengekalkan kelebihan momentum dan mengawal rentak perlawanan.

Jika serangan ini tepat mengenai sasaran, anda boleh memilih beberapa follow-up attack berbeza untuk sentiasa mengelirukan lawan.

Antaranya ialah “Veil of Night”, iaitu gerakan libasan pantas yang langsung tidak memberi ruang kepada lawan untuk bernafas. Pilihan lain pula ialah “Severing Snow”, satu serangan meletup sangat bergaya, yang memercikkan api ke seluruh skrin, dan secara automatik mencetuskan Heat state.

Sama seperti serangan hembusan api tadi, pihak pembangun percaya bahawa pemain yang banyak meluangkan masa berlatih pasti akan menjumpai wall combo tersembunyi menggunakan Katon.

Jalan Cerita Setakat Ini

Menyentuh tentang lore watak ini, dialog istimewa sebelum perlawanan sebenarnya banyak mendedahkan kisah di sebalik perwatakannya. Tindakan menyelinap masuk ke Mishima Polytech pada awalnya hanyalah satu misi perisikan biasa, tetapi keadaan menjadi rumit apabila dia bertembung dengan seorang lagi pelajar bernama Reina.

Dia juga mempunyai kaitan dengan Raven, seorang ejen G-Corp yang berkongsi sejarah peribadi bersamanya memandangkan kedua-dua adalah pengamal ninjutsu. Dan sudah tentu, Yoshimitsu tidak dilupakan; pemegang pedang sumpahan yang juga merupakan musuh ketat ibunya.

Misi mencari Yoshimitsu inilah punca utama mengapa dia menyertai King of Iron Fist Tournament sejak dari awal.

Pendapat

Secara keseluruhan, Kunimitsu dilihat bakal menjadi watak tambahan yang hebat untuk Season 3. Dia lincah, seronok dimainkan, dan penuh dengan pelbagai helah tersembunyi yang pasti akan membuatkan hardcore player sibuk berlatih.

Kunimitsu akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mei untuk semua pemilik Season 3 Character Pass. Bagi mereka yang tidak memiliki pas tersebut, anda boleh membelinya secara berasingan. Buat sesiapa yang masih belum melangkah masuk ke arena ini, Tekken 8 kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: previuTekken 8
ShareTweetSend
Previous Post

POCO Umum Smartphone Bajet C81 Pro & Tablet Pad C1 – Harga Promo Bermula RM389!

Next Post

Tekken 8 Season 3 – Produser Game Jelaskan Mengapa Kunimitsu 2.0 Lebih Bahaya Dalam Tekken 8!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi
Berita

Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi

August 25, 2026
Final Fantasy Resonance – Tambahan Vision & Superboss Termasuk Ultima Weapon
Berita

Final Fantasy Resonance – Tambahan Vision & Superboss Termasuk Ultima Weapon

August 25, 2026
Nexon & Pasukan Blue Archive Umum Fareidolia; Dulu Dikenali Sebagai Project RX
Berita

Nexon & Pasukan Blue Archive Umum Fareidolia; Dulu Dikenali Sebagai Project RX

August 25, 2026
Next Post
Tekken 8 Season 3 – Produser Game Jelaskan Mengapa Kunimitsu 2.0 Lebih Bahaya Dalam Tekken 8!

Tekken 8 Season 3 - Produser Game Jelaskan Mengapa Kunimitsu 2.0 Lebih Bahaya Dalam Tekken 8!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd