Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Final Fantasy Resonance – Colosseum Uji Ketajaman Taktikal Pemain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Final Fantasy Resonance – Colosseum Uji Ketajaman Taktikal Pemain
Share on FacebookShare on Twitter

Kami baru-baru ini berpeluang meneliti mekanisme combat Final Fantasy Resonance secara lebih mendalam. Meneruskan pengalaman hands-on dahulu yang merangkumi bahagian prolog dan penerokaan dungeon, percubaan kali ini membawa kami melangkah terus ke dalam Colosseum.

Jika pratonton awal bertujuan membiasakan kami dengan mekanik asas, sesi terbaharu ini beralih fokus kepada pertarungan bos, perancangan taktikal, serta keupayaan menyesuaikan strategi mengikut corak unik setiap musuh.

Watak Klasik Final Fantasy Menyertai Pertempuran Memakai Sistem Vision

Sistem Vision bertindak sebagai salah satu tiang utama dalam Final Fantasy Resonance. Menerusi build ini, kami menemui kira-kira 26 Vision berbeza yang merangkumi 16 protagonis siri utama Final Fantasy, di samping tokoh masyhur seperti Sephiroth serta watak daripada judul sampingan seperti Final Fantasy Brave Exvius.

Walaupun Sephiroth belum boleh dikawal dalam sesi pratonton ini (kehadirannya dalam senarai roster tetap memberi khabar gembira buat peminat Final Fantasy VII), kami sempat menguji kehebatan serangan Ultimate milik beberapa tokoh tersohor lain seperti Cloud, Warrior of Light, Clive, dan Lightning.

Bagi peminat tegar, kehadiran mereka sudah tentu memberi keterujaan luar biasa. Tokoh-tokoh legenda ini tidak dihadirkan sebagai kameo kosong mahupun sekadar mengisi galeri arkib. Melalui sistem Vision, mereka sendiri menyertai “battle party”, lengkap dengan skil ikonik serta serangan Ultimate berdaya pemusnah tinggi.

Melihat Clive, Lightning, dan Cloud melepaskan jurus Ultimate masing-masing menambah rasa memukau. Rekaan serangan, estetika visual, serta persembahan setiap watak dihasilkansetia berpandukan game orginal… membangkitkan rasa ingin tahu tentang siapa lagi figura seterusnya yang boleh dibuka.

Lebih utama, Vision terjalin rapat ke dalam combat loop asas dan bukan sahaja trofi koleksi pasif. Pembentukan party memerlukan pertimbangan teliti tentang “ability kit” watak yang paling berkesan mengekang musuh di hadapan.

Gandingan fungsi sebegini menjadikan deretan watak crossover relevan secara langsung terhadap gameplay, melangkaui elemen “fan service”.

Ujian Sebenar Strategi Adalah Dalam Colosseum

Berlangsung sekitar 20 minit, percubaan di Colosseum menguji keupayaan kami menerusi dua pertarungan bos yang unik. Berbanding laluan dungeon yang sempit sebelum ini, gelanggang kali ini tersergam luas.

Mod ini turut menekankan aspek “nilai main semula”, mendorong pemain untuk mencuba dan bereksperimen dengan kepelbagaian kombinasi pasukan.

Rumusan kami daripada sesi ini sebenarnya sangat jelas Musuh gergasi mustahil ditundukkan secara melulu jika pemain bergantung pada “raw damage” semata-mata. Angka stats yang tinggi serta jurus kuat tetap memainkan peranan, namun amalan spam serangan terkuat secara membabi buta bukanlah formula yang berkesan.

Pemain sebaliknya perlu melihat situasi, memahami corak tindakan musuh, corak serangan, dan kelemahan spesifik mereka sebelum menyusun serangan balas. Menariknya, dua bos yang kami temui memerlukan pelan permainan yang berbeza sama sekali.

Bos 1: Ochu

Musuh pertama kami ialah Ochu. Cabaran menentang makhluk ini padal awal sudah payah, namun situasinya bertukar kucar-kacir apabila Ochu sanggup mengorbankan sebahagian HP sendiri untuk menyeru gerombolan Microchu ke gelanggang.

Pertarungan tersebut serta-merta bertukar daripada pertarungan satu lawan satu kepada ujian mengurus kawalan kelompok musuh.

Naluri awal mendorong kami memberi tumpuan kepada Ochu bagi menghabiskan health bar miliknya sepantas mungkin. Walau bagaimanapun, sebaik Microchu mula berpecah, membiarkan anak-anak buahnya terbukti mengundang padah.

Menentukan sasaran menjadi penentu hidup-mati terutamanya sebelum Ochu melepaskan Ultimate; jika Microchu gagal dikalahkan tepat pada masanya, party akan menerima padah daripada limpahan damage yang dahsyat.

Keadaan ini meletakkan kami dalam dilema berterusan iaitu untuk menimbang bila perlu memberi asakan kepada bos dan bila giliran konco-konco perlu disapu bersih.

Bos 2: Dark Fang & Wild Maneuverer

Aksi kedua menemukan kami dengan gandingan dua bos secara serentak: Dark Fang dan Wild Maneuverer. Kontras dengan Ochu yang memfokuskan crowd control, cabaran kali ini berpaksikan mencari serta eksploitasi titik kelemahan musuh.

Setiap bos mempunyai kelemahan berasingan, dan hanya serangan yang tepat ke atas titik itulah yang mampu memenuhkan Break gauge mereka secara efisien.

Pertarungan ini membuktikan Final Fantasy Resonance bukanlah combat yang mengumpul angka damage tanpa pertimbangan. Mengorbankan skill bertaraf tinggi tanpa sasar kelemahan musuh tetap menyusutkan HP lawan, tetapi kesannya terlalu perlahan.

Hanya apabila kelemahan tersebut ditekan hingga mencetuskan fasa Break, arus combat beralih memihak kepada kami.

Pendekatan ini merombak percaturan giliran pasukan.

Fikiran tidak lagi tertumpu kepada cara memaksimumkan angka serangan serta-merta, sebaliknya beralih kepada pemilihan skil yang menepati sasaran, menentukan pihak mana yang patut dikalahkan terlebih dahulu, serta pemilihan masa paling sesuai untuk melakukan Break bagi melancarkan burst damage.

Menyeimbangkan dua ancaman serentak memaksa kami mengawasi dua health bar dan merangka susunan “kill order” yang rapi… menjadikan pertarungan ini lebih mirip teka-teki taktikal daripada aksi hentam kromo.

Strategi Ultimate dan Visual Memukau

Bukan sahaja santapan mata, serangan Ultimate memegang fungsi taktikal penting dalam mencorak combat. Mutu animasinya terbukti antara aspek paling mengagumkan dalam game ini. Mencuba Clive dan Lightning—di samping Cloud serta Warrior of Light—menampilkan kelainan drastik kepada corak lawan masing-masing.

Malah bersama Nodius, Ultimate setiap watak dipaparkan menerusi gerak animasi khas yang dihasilkan dengan hebat, jauh daripada efek generik yang dikitar semula daripada pelbagai model watak dahulu.

Meskipun Sephiroth masih belum boleh digerakkan, menyaksikan wira-wira lain memperagakan jurus terulung mereka adalah antara sorotan utama demo.

Weakness dan Break Menentukan Aliran Combat

Gandingan mekanik Weakness dan Break juga memberi kesan besar kepada tempo combat. Walaupun secara teknikal pemain masih boleh mara menggunakan serangan asas dan skill damage tinggi, laluan itu jauh lebih berliku.

Membaca kelemahan musuh dan membalasnya menggunakan skil setimpal berupaya memenuhkan Break gauge secara drastik. Sebaik sahaja musuh rebah dalam fasa Break, pertahanan mereka roboh, lantas membuka tempoh emas untuk melipatgandakan serangan tanpa sebarang ancaman balas.

Kitaran ini membentuk combat loop yang intuitif: kenal pasti titik lemah, serang untuk menolak Break gauge, manfaatkan fasa lumpuh, dan nilai semuka situasi sebaik musuh bangkit semula.

Fasa inilah yang melenyapkan tabiat mengejar angka statistik semata-mata, lantas menjadikan setiap giliran sebuah persediaan demi menuai peluang keemasan pada fasa seterusnya.

Dua Bos, Dua Keperluan Berbeza

Beza pendekatan antara kedua-dua pertarungan ini membuktikan kepelbagaian reka bentuk combat yang ditawarkan. Ochu menguji kewaspadaan posisi dan kecekapan memilih sasaran bagi membendung ancaman Microchu sebelum Ultimate meranapkan pasukan.

Sebaliknya, gandingan Dark Fang dan Wild Maneuverer menduga disiplin pemain memadankan elemen serangan serta mengawal Break bagi dua ancaman serentak.

Kombo loadout berdaya damage tinggi yang cemerlang pada satu bos belum tentu menjamin kejayaan pada pertarungan lain.

Inilah iktibar paling bermakna daripada sesi kami di Colosseum. Game ini tidak mejaminkan kemenangan dengan aktiviti grinding bagi menaikkan stats, tetapi memerlukan kepintaran pemain memahami gerak-geri lawan dan membalasnya dengan bijaksana.

Peranan Colosseum dalam Game

Jika dibandingkan dengan ekspedisi dungeon biasa, Colosseum adalah gelanggang untuk menguji sejauh mana pemain mahir dalam selok-belok sistem combat. Aksinya berlangsung padat tanpa babak meleret, namun keunikan mekanik setiap bos memerlukan tumpuan yang tidak berbelah bahagi.

Akses pantas untuk mengulangi perlawanan membuatkan mod ini berperanan lebih daripada cabaran sampingan sekali lalu.

Andai percaturan awal tersasar, pemain bebas menguji komposisi party baharu, merombak sinergi Vision, serta mengemaskan langkah demi langkah. Buat komuniti yang minataktiviti theorycrafting dan pembentukan setup paling dahsyat, gelanggang ini berupaya menjadi salah satu ciri sampingan paling memikat dalam game.

Pendapat

Pengalaman meneliti sistem combat Final Fantasy Resonance membuktikan game ini tidak bersandarkan nostalgia. Pertarungan di Colosseum mengesahkan bahawa pendekatan “brute-force”, level tinggi, mahupun tekanan butang bertubi-tubi mempunyai batasnya.

Kemenangan terletak pada kefahaman terhadap hukum-hakam setiap combat. Seandainya pelancaran penuh boleh mengekalkan keharmonian antara kisah klasik Final Fantasy, modifikasi Vision, sistem turn-based, serta rekaan bos yang pintar, aspek combat pasti mekar sebagai tiang utama game ini.

Game ini akan keluar di PlayStation 5, Nintendo Switch 2, Nintendo Switch, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 22 Oktober 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

© SQUARE ENIX
LOGO ILLUSTRATION:© YOSHITAKA AMANO

Tags: Final Fantasy Resonancepreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Previu One Piece: Grand Gourmet – Masak, Hias & Berlayar Bersama Kru Topi Jerami

Next Post

Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition Tiba Oktober 2026 Dengan Sokongan 64-Bit & Lebih 50 Clan Baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition Tiba Oktober 2026 Dengan Sokongan 64-Bit & Lebih 50 Clan Baru

Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition Tiba Oktober 2026 Dengan Sokongan 64-Bit & Lebih 50 Clan Baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd