Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Dragon Ball: Sparking! Zero – Budokai Tenkaichi Yang Peminat Inginkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, PC, Preview, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Dragon Ball: Sparking! Zero – Budokai Tenkaichi Yang Peminat Inginkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball: Sparking! Zero merupakan ansuran ke-4 dalam siri Budokai Tenkaichi, yang datang selepas 17 tahun mendiamkan diri. Bakal dikeluarkan pada 11 Oktober 2024, Sparking! Zero akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC (melalui Steam), dan mempunyai senarai playable character paling banyak dan luas dalam siri Budokai, bersama tambahan watak baharu dan watak kegemaran lama.

Bandai Namco Entertainment Asia memberi kami peluang untuk mencuba Dragon Ball: Sparking! Zero melalui sesi hands-on eksklusif – jadi adakah ia masih menyeronokkan seperti entri-entri lama? Adakah game ini masih sama atau serba baharu? Teruskan membaca previu kami di bawah!

Episode Battle

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Episod Battle ialah mode single-player di mana pemain mengalami jalan cerita keseluruhan siri Dragon Ball yang dipadatkan dari perspektif salah satu daripada lapan watak termasuk protagonis Goku, dan Vegeta. Plot cerita merangkumi kisah Dragon Ball Z hingga ke Dragon Ball Super, dan khususnya akan tamat di saga Tournament of Power.

Berbanding game dahulu di mana kita harus berlawan dalam setiap pertarungan, Sparking! Zero sebaliknya memfokuskan kepada beberapa pertarungan penting yang mempengaruhi jalan cerita dengan besar, supaya pemain dapat memfokuskan kepada naratif dengan lebih mudah. Tetapi itu bukannya satu-satu perubahan, kerana pemain kini boleh melihat cutscene dari sudut pandangan first-person, untuk meningkatkan keasyikan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Satu lagi tambahan menarik adalah pemain boleh membuat beberapa keputusan semasa Episode Battle, yang secara langsung akan mengubah jalan cerita di mana kita boleh bermain senario alternatif di peringkat tertentu.

Secara am; jika pemain membuat pilihan yang sejajar dengan jalan cerita original, plot akan mengikut kisah asal. Walau bagaimanapun, jika pemain memilih untuk menyimpang dari jalan cerita yang semua orang tahu, game akan membentangkan naratif baharu yang dibuat khusus untuk game ini.

Custom Battle

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Ini merupakan mode “edit” istimewa yang baru sahaja ditambah ke francais, di mana pemain diberi kebebasan untuk memilih watak, adegan, situasi, aksi, dan juga dialog mengikut kesukaan mereka.

Sebagai contoh, jika mempunyai watak kegemaran, anda boleh memilihnya sebagai protagonis, melengkapinya dengan adegan, dialog, aksi dan lain-lain, lalu mencipta drama pendek sendiri. Selepas selesai, pemain boleh memuat naik hasil dan berkongsi karya bersama komuniti atau melihat hasil ciptaan orang lain.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Mode ini memang menarik, dan pasti akan dibincangkan secara lebih mendalam sebaik sahaja game ini dilancarkan. Kita mungkin jumpa drama pendek yang sangat kreatif atau situasi di mana watak kecil daripada siri original menjadi protagonis, yang menambah sedikit kelainan.

Split-Screen Battle

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sudah pasti Dragon Ball: Sparking! Zero akan mempunyai mode offline multiplayer, yang mengingatkan saya kepada memori semasa kanak-kanak bermain PS2!

Walaupun game ini direka bentuk untuk single-player dan online multiplayer, pihak pembangun ingin memastikan bahawa game ini memberi pengalaman Dragon Ball yang terbaik seperti dahulu kala, supaya para veteran dan pemain baru dapat bertarung antara satu sama lain di keselesaan rumah mereka.

VS Battle

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Ini ialah mode paling klasik dalam game! Seperti saya kata tadi, jumlah playable character dalam entri ini adalah yang terbesar dan paling komprehensif dalam siri Budokai.

Daripada watak utama kepada watak sampingan, malah transformasi berbeza dan watak sama zaman berbeza pun dianggap sebagai watak yang berasingan – masing-masing dengan kemahiran unik dan pergerakan istimewa. Satu pasukan boleh terdiri daripada tiga orang, sama ada tiga watak berbeza atau tiga watak yang sama tetapi bentuk berbeza.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dari segi grafik, tekstur 3D ternyata memang cantik digabungkan dengan gaya seni 2D Dragon Ball. Terdapat sembilan Battle Stage untuk kita bertarung, semuanya memaparkan lokasi ikonik daripada anime dan manga.

Setiap lokasi amat luas, dan direka dengan teliti untuk mencerminkan suasana berbeza, tidak kira di hutan, bandar ataupun planet berlainan. Lebih menarik lagi, setiap stage boleh dimusnahkan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sebagai contoh, bangunan bandar, gunung dan bukit di Rock Land, dan pokok di pulau semuanya boleh dimusnahkan. Jika anda membaling musuh dengan kuat, tanah turut akan pecah sekali. Untuk meningkatkan realisme, objek atau bangunan yang lebih kecil mudah dimusnahkan, manakala struktur atau objek lebih besar memerlukan serangan yang lebih kuat, seperti Kamehameha, untuk dirobohkan. Ternyata, ini meningkatkan lagi keasyikan, seolah-olah kita pun di dalam anime.

Kembali ke visual, efek daripada skil pun sama hebat. Kemahiran dan pergerakan istimewa setiap watak memang mengagumkan, yang mereplikasikan kehebatan, aura dan karisma mereka daripada anime. Impak serangan juga terasa tulen, di mana setiap tumbukan terasa padu dan memuaskan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Selain itu, Sparking Zero termasuk fitur auto combo, yang sangat mesra untuk pemain baharu, membolehkan mereka melakukan serangan kombo hanya dengan menekan butang serang berulang kali.

Pendapat

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Secara keseluruhan, saya memang seronok bermain Dragon Ball: Sparking! Zero. Mungkin penilaian saya pun dipengaruhi oleh rasa nostalgia yang besar, tetapi grafiknya cukup cantik daripada model 3D dengan visual 2D Dragon Ball, hingga ke saat kita melancarkan serangan ikonik setiap watak.

Bagi mode, semuanya pon lengkap. Episode Battle cukup komprehensif dan memadatkan jalan cerita dalam cara yang mudah hadam. Bukan itu sahaja, mereka juga menyiapkan naratif alternatif yang membawa banyak kelainan. Custom Battle ialah mode yang pasti digunakan oleh komuniti anime dan manga, memandangkan Dragon Ball ada pelbagai fan-art, fan-manga, dan lain-lain, saya yakin mode ini yang paling digemari oleh peminat.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Disebabkan jumlah watak pun banyak, kita pun tidak akan rasa bosan, kerana ada terlalu ramai orang untuk kita. Malah, ciri Auto Combat juga memudahkan pemain baru untuk memahami sistem kawalan dengan cepat.

Saya tidak sabar untuk mencuba Dragon Ball: Sparking! Zero apabila game itu dikeluarkan secara rasmi. Bagi mereka yang berminat, game ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 11 Oktober 2024.

Untuk pre-order, anda boleh tekan di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ball: Sparking! Zeropreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Manga ‘Gachiakuta’ Dapat Anime Rasmi Oleh Studio Bones, Akan Keluar 2025

Next Post

“Meningkatkan Budokai Tenkaichi Ke Tahap Lebih Tinggi” – Interviu Dragon Ball: Sparking! Zero Bersama Jun Furutani

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
Next Post
“Meningkatkan Budokai Tenkaichi Ke Tahap Lebih Tinggi” – Interviu Dragon Ball: Sparking! Zero Bersama Jun Furutani

"Meningkatkan Budokai Tenkaichi Ke Tahap Lebih Tinggi" - Interviu Dragon Ball: Sparking! Zero Bersama Jun Furutani

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd