Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Digimon Story Time Stranger – Kepulangan Penuh Potensi Yang Gabungkan Nostalgia dan Idea Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2025
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Digimon Story Time Stranger – Kepulangan Penuh Potensi Yang Gabungkan Nostalgia dan Idea Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu acara media anjuran Bandai Namco Entertainment Asia yang berlangsung baru-baru ini di Singapura, kami berpeluang mencuba Digimon Story Time Stranger selama 15 minit di PlayStation 5.

Walaupun sesi permainan singkat, ia sudah cukup untuk memberikan gambaran awal bahawa entri terbaru yang telah lama dinantikan ini berjaya menggabungkan unsur klasik yang dikenali peminat dengan pembaharuan menarik.

Akan dilancarkan pada 2 Oktober 2025, game ini tampak seperti satu penambahan yang hebat dalam siri Digimon Story. Berikut adalah previu pertama kami!

Eksplorasi dan Cara-Cara

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Antara perkara pertama yang akan menarik perhatian semasa meneroka ialah kepulangan Digivice, yang bukan sekadar alat nostalgia. Ia kini berfungsi untuk mengimbas kawasan sekeliling, membantu mendedahkan rahsia tersembunyi dan mengumpul maklumat tentang persekitaran anda.

Ciri ini memberikan elemen interaktif tambahan yang menjadikan dunia permainan terasa lebih hidup dan tetap setia pada semangat asal francais.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Game ini juga mengekalkan sistem parti yang sudah dikenali peminat, di mana anda boleh membawa tiga Digimon ke dalam pertarungan secara aktif, manakala tiga lagi disimpan sebagai gantian. Menariknya, anda turut boleh menunggang Digimon ketika menjelajah bandar, menambah satu lagi cara yang menyeronokkan untuk bergerak.

Namun begitu, tidak semua Digimon boleh digunakan sebagai mount – contohnya, Digimon peringkat Rookie tidak boleh ditunggang.

Digimon dan Elemen Penceritaan

Digimon yang menjadi rakan digital anda kini tampil dengan personaliti unik masing-masing, dan elemen ini nampaknya memainkan peranan dalam perkembangan mereka. Personaliti tersebut mungkin turut mempengaruhi syarat untuk proses digivolution, sekali gus menambah aspek strategik dalam pembentukan pasukan anda.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sistem digivolution masih mengekalkan asas yang dikenali peminat, namun kini disertakan dengan lebih fleksibiliti. Setiap kali Digimon anda digivolve, tahap mereka akan diset semula ke level 1 seperti dalam game sebelum ini.

Perbezaannya kali ini, anda tidak lagi perlu ke vendor untuk melakukan evolusi — ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Anda juga bebas bergerak naik dan turun dalam rantai evolusi, contohnya daripada Rookie ke Champion, atau kembali semula ke Rookie, bergantung kepada strategi yang ingin diterapkan.

Untuk mencapai evolusi yang lebih tinggi, pemain perlu memenuhi syarat tertentu, manakala evolusi jenis Armor memerlukan pencarian Digi-Egg yang sesuai terlebih dahulu.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sepanjang sesi demo, had level Digimon ditetapkan sekitar tahap 25, namun ini mungkin hanya khusus untuk versi pratonton. Ciri Digifarm turut kembali dalam versi ini, walaupun belum dipastikan sama ada fungsinya sama seperti yang pernah diperkenalkan dalam judul terdahulu.

Selain itu, terdapat juga permainan kad mini dalam game ini, tetapi kami masih belum mendapat gambaran jelas tentang bagaimana ia berfungsi.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dalam jalan ceritanya, kumpulan Olympus XII memainkan peranan yang besar, meskipun butiran lanjut tentang penglibatan mereka masih dirahsiakan. Apa yang sempat kami lihat ialah musuh yang digelar “Titans” – antaranya ialah Parrotmon gergasi yang membawa gelaran ini.

Mereka tampak seperti Digimon yang telah bermutasi atau dijangkiti sesuatu, namun apa sebenarnya yang menyebabkan mereka diberi gelaran “Titan” masih menjadi misteri.

Penambahbaikan dalam Sistem Combat

Sistem combat kali ini terasa lebih dinamik berbanding entri sebelum ini, hasil daripada beberapa perubahan ketara. Kini, anda boleh menukar Digimon semasa pertarungan tanpa mengorbankan giliran, memberikan lebih banyak ruang untuk strategi dan perancangan taktikal.

Kelebihan jenis masih dikekalkan seperti biasa — Vaccine menewaskan Virus, Virus menewaskan Data, dan Data menewaskan Vaccine.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Pertarungan menentang bos kini lebih kompleks, dengan beberapa fasa dan bahagian berbeza yang boleh disasarkan. Salah satu penambahan paling menarik ialah sistem Critical Point (CP). Bos boleh mengumpul CP untuk mendapatkan lebih banyak tindakan dalam satu giliran serta meningkatkan stats mereka.

Namun begitu, menyerang titik lemah mereka akan mempercepatkan pengumpulan CP ini, menjadikan pertarungan lebih mencabar. Sebaliknya, anda juga boleh membina CP pasukan anda melalui pelbagai tindakan untuk mengurangkan CP musuh dan menyeimbangkan situasi.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sistem kemahiran turut dikemas kini, dan kini terbahagi kepada dua jenis utama: Special Skill, iaitu serangan khas yang eksklusif kepada setiap Digimon, dan Attachment Skill, iaitu kebolehan umum seperti Wolkenapalm atau Critical Field yang boleh digunakan oleh mana-mana Digimon.

Attachment Skill boleh dibeli dari kedai dan dilengkapi kepada pasukan anda, dengan setiap Digimon memiliki empat slot yang boleh digunakan. Berdasarkan pengalaman dalam sesi previu, nampaknya tiada sebarang syarat khusus untuk melengkapi skil ini, jadi semua Digimon bebas mengakses mana-mana Attachment Skill yang tersedia.

Pendapat

Model Digimon dalam game ini jelas menunjukkan peningkatan ketara berbanding judul terdahulu, dengan rekaan yang lebih hidup dan butiran yang lebih teliti. Serangan Special Skill kini disertakan dengan animasi yang mengagumkan serta lakonan suara yang memberi impak dan menjadikan setiap serangan terasa lebih bertenaga.

Secara keseluruhan, persembahan visual dan audio permainan mencerminkan usaha bersungguh-sungguh pasukan pembangun untuk menjadikan makhluk digital ini lebih menarik dan dinamik.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sistem CP pula tampil sebagai pembaharuan paling menonjol dalam aspek combat, menambah lapisan strategi yang lebih mendalam berbanding sistem lama.

Pemain kini tidak lagi boleh sekadar bergantung kepada serangan paling kuat, sebaliknya perlu menimbang kesan jangka panjang setiap tindakan, menjadikan setiap pertarungan lebih mencabar dan berfikir jauh.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Meskipun sesi permainan kami hanya berlangsung selama 15 minit, Digimon Story Time Stranger sudah menunjukkan potensi besar sebagai satu kesinambungan yang bukan saja menghormati akar siri ini, malah membawa pembaharuan yang segar.

Gabungan sistem lama yang dikenali ramai dengan ciri baharu seperti CP menjadikan game ini menarik untuk peminat lama mahupun pemain baharu yang ingin menyertai dunia Digimon.

Digimon Story Time Stranger akan dilancarkan pada 2 Oktober 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan 3 Oktober untuk PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi mereka.

Tags: Digimon Story Time Strangerpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

[EKSKLUSIF] Gearbox Melangkah Lebih Jauh Dengan Borderlands 4 – Lagi Gila, Lagi Kreatif, Lagi Besar!

Next Post

Interviu Digimon Story Time Stranger – Meneroka Dimensi Masa Bersama 450+ Jenis Digimon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Interviu Digimon Story Time Stranger – Meneroka Dimensi Masa Bersama 450+ Jenis Digimon!

Interviu Digimon Story Time Stranger - Meneroka Dimensi Masa Bersama 450+ Jenis Digimon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd