Valkyrie adalah satu francais game RPG yang dicipta oleh Masaki Norimoto dan telah mengeluarkan game pertamanya pada tahun 1999. Dan kini Soleil Inc. bakal mengeluarkan satu lagi game di bawah francais sama iaitu Valkyrie Elysium.
Diterbitkan oleh Square Enix, mereka telah memberikan kami peluang untuk mencuba terlebih dahulu game ini dalam versi demo di mana kami hanya bermain bahagian tutorial dan bab pertama sahaja. Jadi tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat preview Valkyrie Elysium.
Pengenalan
Dalam Valkyrie Elysium, korang akan bermain sebagai Maria, seorang Valkyrie yang dihantar oleh Odin untuk membersihkan jiwa orang mati untuk mengelakkan peristiwa Ragnarok.
Untuk bahagian cerita, tidak banyak yang kami boleh ceritakan tetapi ia akan berjalan sepanjang game. Kami hanya mendapat gambaran sepintas lalu tentang watak-watak yang besar kemungkinan akan membantu sepanjang jalan penceritaan game ini. Dalam bab pertama Valkyrie Elysium mereka sangat menyembunyikan perkara penting sehingga waktunya tiba nanti.
Berikutan dengan perkara tersebut, ia akan mempunyai kedua-dua positif dan negatif. Yang pertama adalah kekurangan watak dan disebabkan perkara ini, ia benar-benar menjadikan dunia lebih suram dan sunyi. Sepanjang bab pertama, korang tidak akan nampak benda lain selain Valkyrie, musuh dan runtuhan tamadun manusia. Ini menyebabkan anda rasa terasing dan dalam masa yang sama menyelami persekitaran yang suram.
Beralih kepada perkara positif, ia mempunyai ciri-ciri di mana korang boleh menjumpai bunga Soul Blossom melalui level yang mendedahkan pemikiran terakhir seseorang sebelum nyawa mereka tamat. Korang akan nampak mereka sedang berfikir tentang rakan, keluarga, ketakutan dan penyesalan yang pernah mereka lalui. Ia adalah pengenalan yang bagus bagi membina dunia awal yang turut membantu dalam membentuk dunia game.
Game ini bermula dengan Odin menghantar Maria turun ke dunia dengan mengatakan ayat ringkas iaitu “Pergi selamatkan dunia” dan selepas itu, dia mengambil alih sekumpulan musuh sehingga ke penghujung game. Bagi saya, persekitaran dunia nampak sangat menarik tetapi ia tidak mampu untuk membuat saya terikat dengannya.
Grafik game
Bercakap mengenai grafik persekitaran, mari saya ceritakan sedikit tentang grafik game. Dalam dunia Valkyrie Elysium, mereka mempunyai beberapa perkara yang sangat terperinci dan bagus tetapi ia juga mengingatkan saya kepada era PS3 dengan beberapa padang rumput yang kabur dan bangunan kelabu yang seram. Tetapi ia bukanlah perkara yang teruk ataupun buruk.
Semasa bermain game ini, ia mengingatkan saya tentang Nier original pada PS3 di mana ia hampir kelihatan menggunakan yang kelihatan suram. Dengan menggunakan warna yang kusam, ia telah menjadikan dunia “apocalyptic” berasa lebih sunyi. Tambah pula dengan banyak kawasan yang terasa suram dan kosong, ia betul-betul merasakan seperti sedang menghitung hari untuk mati.
Mungkin game ini tidak dapat menawarkan grafik tertinggi yang korang mahukan tetapi apa yang saya rasa itu adalah dunia yang mereka cuba untuk reka. Semasa bermain, saya tidak perasan yang game ini langsung tidak lagging dan bermain dengan sangat lancar tanpa sebarang masalah.
Bergerak kepada model karakter, ia kelihatan sangat baik pada sebahagian besar game tetapi saya perasan yang wajah Maria menjadi sedikit pelik di beberapa adegan cutscene. Dalam masa yang sama, ia tidaklah nampak terlalu ketara apabila dia melompat dan menyerang musuh.
Jika nak bercakap tentang suara karakter, kesemuanya didengari dengan cukup mantap setakat ini. Tambah pula dengan suara Maria yang mempunyai sedikit vibe lembut dan tenang, ia sangat sesuai untuk seseorang yang turun ke dunia untuk menyelamatkan dunia seperti Maria.
Pertempuran
Bergerak kepada bahagian gameplay, Valkyrie Elysium adalah game action RPG yang mengikuti level-based dengan mekanik “hack and slash”. Sebaik sahaja anda menyelesaikan setiap level, anda akan dipindahkan ke dunia hub di mana anda boleh memilih misi atau quest sampingan yang anda berminat untuk lakukan.
Apabila anda memasuki pertempuran, anda akan mempunyai saringan ringan, serangan berat, butang lompat dan “bodge”. Apa yang lebih menarik adalah anda boleh menggabungkan kesemua serangan untuk membuat kombo besar yang sekali gus memberikan damage yang besar. Begitu juga dengan level tutorial yang sangat baik dengan mengajar pergerakan asas dan penting.
Jika anda pernah bermain game seperti Devil May Cry, ia hampir sama cuma mereka mengubah kedudukan butang dan serangan yang berbeza dan bersambung diantara satu sama lain. Sebelum berpindah ke dalam dunia hub, anda akan mempunyai skrin skor di mana ia menunjukkan gred berdasarkan kehebatan kombo yang anda lakukan sepanjang level tersebut.
Tidak lupa juga, anda boleh upgrade skill di mana dalam game ini telah menyediakan tiga skill tree kepada Maria. Dengan adanya skill tree yang disediakan untuk Maria, anda boleh mendapatkan buff di mana serangan karakter akan menjadi lebih kuat daripada serangan biasa.
Untuk upgrade skill tree, apa yang anda perlukan adalah bahan (material) yang dijatuhkan musuh dan terdapat tiga jenis bahan yang anda perlukan iaitu “Offensive, Defensive” dan “Support”. Jadi, dengan adanya pelabgai jenis bahan yang dijatuhkan oleh musuh, anda boleh upgrade skill tree Maria mengikut play style yang korang mahukan.
Dengan upgrade skill ini juga, anda boleh membuka skill dan pergerakan baharu dan secara tidak langsung boleh digunakan semasa bertarung. Bukan sahaja karakter yang boleh di upgrade, senjata yang digunakan oleh Maria juga boleh di upgrade dengan menggunakan bahan yang berteraburan di atas level.
Magic and The Einherjar
Selain bertempur dengan menggunakan senjata, anda juga boleh menggunakan Einherjar dan Magic yang tersedia di dalam game seperti “Thunder, Fire” dan “Healing”. Magic ini bukan sahaja digunakan untuk menyerang musuh sahaja tetapi ia juga mempunyai kesan selepas menggunakannya di mana senjata yang digunakan mendapat pertalian elemen dan boleh digunakan kepada musuh.
Contoh yang saya boleh berikan di sini adalah jika musuh yang anda lawan lemah dengan elemen api, inilah masa yang terbaik untuk menggunakan elemen api dalam serangan anda. Magic juga boleh digunakan untuk stun musuh dan membolehkan anda mendapatkan kombo yang sangat besar. Ia adalah sistem yang menggembirakan dan secara tidak langsung, anda boleh menjadi kreatif semasa melakukan serangan.
Selepas serangan magic, kita ada lagi satu lagi serangan yang dipanggil Einherjar di mana Valkyrie boleh memanggil jiwa pahlawan yang telah mati untuk berperang bersamanya dan dikawal oleh AI. Anda tidak perlu bimbang tentang mereka kerana mereka telah pun mati.
Kalau nak bercakap tentang pertempuran mereka, ia juga boleh menyerang musuh tetapi bukan biasa-biasa punya tau. Mereka boleh menyerang, stun dan bermacam-macam lagi. Tidak kisah sama ada anda berlawan dengan sekumpulan mayat hidup atau bos besar, mereka akan membantu anda dan sentiasa berada di sisi anda.
Dalam masa yang sama, mereka juga mempunyai magic yang boleh digunakan untuk mengubah senjata. Untuk mendapatkan magic ini, anda perlu mengatasi teka-teki tertentu yang bersepah di seluruh dunia. Apabila menggunakan Einherjar, anda akan terasa seperti dewa yang sedang memanggil pasukan berkuda untuk membantu mengubah arus pertempuran.
Kesimpulan
Walaupun, saya langsung tidak pernah sentuh tentang francais Valkyrie, saya boleh katakan yang Valkyrie Elysium adalah game yang seronok. Pertempuran action RPG adalah sangat pantas dan kemas. Ia juga mudah difahami tetapi banyak cabaran yang perlu dilalui dan tanpa sedar menjadi sukar untuk dikuasai. Selain itu, saya juga suka cara magic dan Einherjar semasa pertempuran.
Tidak banyak plot yang kami nampak sepanjang bermain, tetapi progress perjalanan cerita nampak sangat lancar. Mereka juga menunjukkan karakter lain dengan sekilas pandang sahaja untuk memberikan pandangan yang luas mengenai game pada masa akan datang.
Tidak seperti Final Fantasy atau Kingdom Hearts yang mempunyai bajet yang tinggi tetapi Valkyrie Elysium boleh menjadi game terbaik diantara yang terbaik dalam kategori AA seperti Nier, Live A Live dan Neo: The Worlds Ends with You. Dunia Valkyrie Elysium menjadi gelap dan musnah tetapi ia berpotensi untuk mencapai Valhalla dan kami tidak sabar untuk melihat dengan lebih banyak lagi.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba action RPG yang mempunyai pertempuran pantas, saya sarankan anda untuk mendapatkan Valkyrie Elysium dan ia akan dilancarkan pada 29 September 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam.
Untuk dapatkan review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post