Two Point Campus adalah game simulasi pengurusan yang berasaskan pembinaan dan pengurusan kampus. Ianya dibangunkan oleh Two Point Studio dan diterbitkan oleh Sega. Sama seperti game sebelum ini, Two Point Hospital yang menggunakan genre yang sama cuma berbeza konsep. Ianya akan tersedia pada 9 Ogos 2022 di PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Untuk pengetahuan korang, saya bermain di versi Press Build dan bukannya versi penuh. Tanpa membuang masa, jom baca review jujur kami mengenainya!
Visual

Sama seperti Two Point Hospital, mereka menggunakan gabungan grafik gaya kartun yang nampak begitu kasual. Saya boleh katakan bahawa grafik yang digunakan adalah sangat sesuai dengan aura yang terdapat dalam game ini.
Satu perkara yang berbeza di Campus adalah watak yang mempunyai banyak animasi dan ianya nampak sangat bagus. Pada pendapat saya, bahagian yang terbaik dalam game ini adalah animasi pelajar kerana mereka mempunyai banyak perkara yang berbeza dan mempunyai animasi tersendiri serta ianya diperlukan untuk bermain main.

Walaupun mereka hanya berlegar-legar, mereka masih kelihatan unik sehinggakan tiada diantara mereka mempunyai animasi yang sama. Saya boleh katakan semua kelakuan yang dilakukan oleh pelajar sangat berbeza. Selama saya bermain game simulasi, saya perasan dalam 3/10 watak akan membuat perkara yang sama. Saya amat kagum dengan kerja yang dilakukan oleh pasukan developer.
Selain itu, setiap level akan mempunyai reka bentuk dan tema yang berbeza. Bukan setakat itu sahaja, setiap kursus yang berbeza mempunyai reka bentuk unik mereka sendiri juga dan sudah pasti setiap pelajar punya level mempunyai reka bentuk yang berbeza.

Dengan UI yang ditampilkan adalah lebih tersusun dan sangat mudah untuk digunakan jika dibandingkan dengan Two Point Hospital. Kalau anda tidak tahu mana nak cari apa yang diperlukan, jangan risau, saya pasti dengan UI yang ditampilkan adalah lebih mudah untuk dicari.
Mekanik Pembinaan

Sistem pembinaan adalah sama seperti game sebelum ini. Yang saya tidak minat adalah saya terpaksa membina di pada dinding luar bangunan yang telah dibina dahulu. Jika bilik mempunyai keluasan lebih satu blok daripada kawasan bangunan, satu-satunya pilihan adalah dengan membiarkan dinding itu menonjol sendiri seperti imej di bawah.

Selain daripada itu, saya tidak nampak mana-mana kecacatan yang lain. Saya sebenarnya suka dengan mekanik pembinaan yang diberikan oleh mereka. Ianya nampak sangat kemas dan anda boleh menggerakkan kawasan yang sama atau lebih besar lalu meletakkan segala barang yang diperlukan dan siap.

Jika betul anda malas untuk mengulangi langkah ini, jangan risau. Hal ini kerana mereka telah menyediakan langkah yang lebih mudah iaitu pilih bilik yang telah siap dibina dan salin keseluruhan reka bentuk lalu meletakkannya pada tempat yang anda inginkan.
Pengurusan Kampus

Jika dalam Two Point Hospital, satu-satunya yang anda ambil berat adalah untuk membuat duit sebanyak yang boleh tetapi ianya tidak diguna pakai kepada Two Point Campus. Cara bermain dalam Two Point Campus adalah sangat berbeza kerana anda akan peroleh duit dan terikat dengan apa yang anda belanjakan dan membuat banyak perkara lagi.
Situasi di Campus adalah sangat berbeza kerana anda menjaga pelajar yang akan tinggal di situ dalam tempoh masa yang lama bukannya mengawal orang masuk dan keluar. Perkara seperti ini akan membawa anda untuk membuat banyak perkara untuk pastikan mereka gembira.

Untuk memenuhi keperluan dan memastikan mereka gembira, anda perlu membina asrama, bilik mandi, ruang rehat pelajar dan lain-lain. Sudah lepas bina tempat-tempat tersebut, jangan lupa untuk menghiasinya dan menjadikannya lebih menarik. Hal ini menyebabkan pelajar gembira dan akan membayar yuran kerana daya tarikan sekolah adalah berkaitan kebahagiaan.
Kalau dalam Hospital, itu kita boleh cakap senang lagi. Ini kalau dah sampai nak kena menjaga dalam tempah masa yang lama, nampaknya pasukan developer amat serius untuk menaikkan level kesusahan pada Campus ini. Ianya tidak nampaklah teruk mana susahnya, walaupun saya terperangkap dalam level 3 kerana sekolah dilaporkan tidak cukup menarik dan saya terpaksa membuat pinjaman untuk meletakkan banyak dekorasi untuk menjadikannya lebih menarik.

Selepas tahun persekolahan tamat, terdapat pilihan untuk menambah kursus jika anda mahukan. Sudah pasti selepas menambah kursus, anda perlu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan. Jangan risau pasal duit kerana anda juga boleh perolehinya jika mempunyai ramai pelajar sekali gus akan dapat lebih banyak duit.
Di samping itu, dalam game pun tidak terlepas dengan bencana alam yang akan mengakibatkan pelajar dan kakitangan cemas buat sementara waktu. Yang teruknya adalah anda kerana anda perlukan bilangan yang ramai untuk petugas kebersihan untuk membersihkannya. Tetapi jika anda tidak mempunyai petugas kebersihan yang mencukupi, ianya akan mengambil masa yang lama dan seperti tidak pernah habis.
Pengurusan Pelajar

Samalah seperti di dunia sebenar, setiap pelajar mempunyai keperluan mereka sendiri dan mempunyai tahap pemahaman yang berbeza tentang subjek tertentu. Ada murid yang dapat markah tinggi dengan mudah dan sebaliknya.
Anda boleh lihat mereka yang mempunyai markah yang rendah dari yang ditetapkan di profil anda. Apa yang anda boleh bantu untuk meningkatkan prestasi akademik mereka adalah menghantar mereka ke kelas tambahan.

Menggunakan profil dengan cara yang betul dapat memudahkan urusan kita sebagai pemain mahupun urusan mereka sebagai pelajar yang ingin berjaya. Anda boleh susun mengikut markah, kegembiraan pelajar dan anda boleh melihat punca-puncanya. Dengan menggunakan cara yang betul, anda boleh mencuba dan menjadikannya lebih baik. Ini bukan sahaja dapat membantu pelajar tersebut tetapi membantu mengekalkan prestasi sekolah anda.
Pengurusan Kakitangan

Tidak banyak perbezaan yang boleh lakukan jika dibandingkan antara Campus dan Hospital. Tetapi sudah semestinya, anda perlu mengupah orang yang sesuai dengan kemahiran yang anda mahukan. Contoh, anda perlukan seorang guru Bahasa Melayu tetapi anda mengupah guru Pendidikan Jasmani. Tidakkah itu namanya lari bidang dan membuatkan pelajar anda murung?
Korang jangan risau, kalau korang upah guru Pendidikan Jasmani itu sekalipun, anda boleh susun jadual mereka dan memberikan mereka kerja yang bertepatan dengan bidang. Jika anda tidak tidak lakukan sedemikian, mereka akan mencari sesuatu untuk dilakukan dan masih tidak lari bidang dan yang paling penting adalah mereka gembira.


Selain itu, tiada kenaikan gaji kepada pekerja apabila anda boros dan tiada pemotongan gaji jika sekolah mengalami kemelesetan dan terpaksa membayar 10k sebulan sekalipun. Saya rasa ianya tidak begitu adil dan tidak sesuai dengan perkara ini.
Knight dan Wizard

Semasa saya bermain, terdapat hanya empat level sahaja iaitu level 1 (tema sains), level 2 (tema kulinary), level 3 (Knight) dan level 4(Wizard). Saya boleh katakan yang level 1 dan 2 adalah senang dan apabila masuk ke level 3 dan 4, ia terasa seperti susah yang mendadak.

Saya terperangkap di level 3 selama 3 jam tetapi ianya bukan pembaziran semata-mata. Saya dapat belajar untuk menaikkan prestasi dan mengekalkan kegembiraan sekolah dengan menambah dekorasi yang penting seperti pasu bunga, poster dan banyak lagi. Selama 3 jam itu juga, saya mengupah ramai janitor untuk sentiasa membetulkan segala kerosakan yang ada pada sekolah selepas berlakunya gempa bumi.

Jika nak dibandingkan dengan dua level pertama, banyak perkara yang perlu dilakukan dan ianya sangat berbeza. Saya ingin mengingatkan anda untuk fokus kepada suhu dan membina lebih banyak radiator dalam level 4. Mereka sebenarnya akan membenarkan anda untuk membuat pinjaman sebaik sahaja masuk dalam level 4. Dari sini, kita boleh nampak yang level 4 ini lebih serius untuk dimainkan. Bagi saya, ianya sangat mencabar kerana kadang-kadang kepala rasa kosong sampai tidak tahu nak buat apa tetapi ianya sangat menyeronokkan.
Pendapat saya

Dalam versi Press Build, hanya empat level sahaja yang boleh dimainkan dan sudah pasti akan ada level yang susah untuk lepas. Walaupun level 3 itu susah untuk lepas, ianya tetap menyeronokkan bagi saya. Bahagian yang paling suka adalah setiap kursus mempunyai gaya pelajar yang berbeza dan animasi setiap dari mereka dibuat dengan baik.
Walaupun UI yang diberikan pada Build ini masih diperbaiki, ianya dapat membantu saya mencari segala perkara yang diperlukan dengan mudah dan lebih seronok ketika bermain.
Two Point Campus dan Two Point Hospital adalah game yang berbeza walaupun ianya game simulasi pengurusan yang dibangunkan oleh studio sama. Dalam Campus, anda perlu berfikir dengan lebih panjang tentang cara membuat semua orang gembira supaya dapat mengekalkan prestasi sekolah. Manakala dalam Hospital tidak memikirkan tentang pesakit dan peroleh banyak duit.

Saya memang akan menantikan apabila game ini dikeluarkan nanti. Two Point Campus akan tersedia pada 9 Ogos 2022 di PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Kalau korang berminat, boleh letak dalam wishlist dulu dan saya memang recommend kepada peminat game simulasi. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime dan banyak lagi.

@gamersantaimy
Discussion about this post