Total War: Pharaoh baru sahaja diumumkan pada bulan Mei yang lepas dan akan dilancarkan pada bulan Oktober 2023 di PC melalui Steam dan Epic Games Store. Bersempena dengan pengumuman game ini, kami telah diberikan peluang untuk mencuba Total War: Pharaoh terlebih dahulu.
Namun, kami hanya mendapat versi demo sahaja dan kami akan memberikan serba sedikit tentang gambaran keseluruhan game ini. Jadi, mari kita mulakan dengan pengenalan game ini.
Pengenalan

Total War Pharaoh berlaku di Kerajaan baharu berikutan berakhirnya pemerintahan Firaun Merneptah, dan permulaan Keruntuhan Zaman Gangsa yang menyaksikan berakhirnya banyak Empayar Mediterranean yang berkuasa kerana ketidakstabilan politik dan ekonomi.
Tidak kira siapa yang anda mainkan, tugas anda adalah untuk membuktikan kesahihan anda di atas takhta, mengatasi kegawatan sosial dan melawan kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai Sea Peoples.
Apa yang lebih menarik di sini adalah anda bukan sahaja mengawal Ancient Egypt tetapi terdapat 3 puak yang berbeza dan 8 ketua puak yang berbeza untuk anda mainkan. Mereka masing-masing mempunyai playstyle dan kelebihan yang unik. Berikut adalah puak-puak yang anda boleh mainkan:
The Egyptian
Puak ini mengenakan pakaian berperisai dan mereka sangat terlatih. Namun, taktik utama puak ini sangat memfokuskan kepada hit-and-run di mana ianya sangat bagus dengan menggunakan kereta kuda dan pemanah. Untuk puak The Egyptian, mereka menyediakan sebanyak 4 ketua dan berikut adalah maklumatnya:
- Seti, pewaris sah takhta Merneptah. Playstyle yang digunakan adalah dengan mengumumkan peperangan dan berkembang ke tanah baharu. Jika anda ingin memfokuskan kepada pertempuran, Seti adalah pilihan yang bagus.
- Amenmesse, dia adalah pewaris yang ditolak takhta dan tidak akan berhenti untuk mengganggu pewaris Seti.
- Tausret ialah anak perempuan Merneptah, seorang wanita yang bijak dan licik yang ingin bangkit dari bayang-bayang abangnya dan mengambil takhta untuk dirinya sendiri.
- Ramesses, seorang anak ajaib yang mempunyai darah diraja dan ciri- ciri seorang pemimpin yang semula jadi.
The Hittites
Hittites of Anatolia (Turki moden) adalah pakar dalam metalurgi dan mampu mencipta perisai yang kuat untuk askar demi melindungi tanah mereka. Walaupun mereka tidak pantas tetapi puak ini mempunyai kekuatan yang baik dan keupayaan untuk menjadi pertahanan. Pemimpin puak mereka ingin menakluk Mesir tetapi menghapuskan satu sama lain untuk menjadi pemerintah tunggal:
- Kurunta adalah seorang pengganti yang dahagakan kuasa dengan kecenderungan psikopat. Dia percaya bahawa dia adalah tuhan dan tidak dikenali kerana belas kasihan kepada musuhnya.
- Suppiluliuma ialah sepupu Kurunta dan pewaris sejati takhta Hittite. Dengan kerajaan yang sedang merosot, dia ingin memulihkan Empayar Hittite kepada kegemilangan dan menjadi raja yang adil.
The Canaanites
Saya boleh katakan yang Penduduk Canaan adalah puak underdog di rantau ini. Semasa New Kingdom Period, mereka adalah koleksi kecil Smaller Kingdoms dan City States yang terperangkap di antara Empayar Mesir dan Het yang lebih besar. Ini telah mengajar mereka untuk menjadi lebih fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam pertempuran.
- Bay adalah manipulator utama yang telah naik melalui barisan Mesir untuk menyemai rasa tidak puas hati. Dia memberi tumpuan kepada diplomasi dan penipuan.
- Irsu adalah penceroboh yang lebih agresif dan percaya bahawa satu-satunya cara rakyatnya akan bertahan bukan melalui tadbir urus tetapi melalui penaklukan.
Pertempuran

Sistem pertempuran Total War: Pharaohs memfokuskan kepada peperangan zaman gangsa dan ia sangat berkesan. Walaupun saya bermain dalam versi demo, pertempuran yang ditampilkan di dalam game ini sangat tegang sehingga susah untuk survive di dalam peperangan dan secara tidak langsung menjadikan pertempuran ini sangat menarik.
Bagi yang sedang mencuba Total War dan masih mencari siri yang mempersembahkan gaya sejarah klasik dan sistem pertempuran yang terkini, Total War: Pharaoh adalah satu game yang lengkap dengan kedua-duanya. Walaupun pelbagai watak sedang bertarung, model karakter nampak lebih realistik dan terperinci.
Rentak keseluruhan pertempuran adalah lebih perlahan dan secara tidak langsung memberikan pemain lebih banyak peluang untuk membuat pelbagai keputusan strategi semasa di medan perang. Anda perlu menjejaki semua unit yang berbeza kerana mereka mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap “terrain” tertentu serta berat dan keletihan yang perlu anda ingat.

Untuk membantu mengatur pasukan anda, terdapat tiga “Base Stance” yang boleh anda letakkan unit semasa pertempuran. Yang pertama ialah Advance di mana unit anda akan menolak ke hadapan menentang musuh. Yang kedua adalah Hold di mana unit akan cuba untuk mengekalkan kedudukan. Akhir sekali adalah Give Ground yang akan mempunyai unit perlahan-lahan bergerak ke belakang semasa masih berhadapan dengan musuh.
Secara jujurnya perkara ini adalah sangat berguna dan membolehkan anda mengatur strategi yang lebih kuat. Banyak lagi Base Stance yang akan dibuka semasa anda membuat progress di dalam game ini.
Cuaca dan Terrain

Terdapat juga sistem dinamik baharu dengan kesan cuaca berbeza yang boleh mengubah arus pertempuran. Di dalam versi demo ini, saya telah diberikan beberapa pemanah yang sangat berkesan dan boleh saya gunakan tetapi apabila ribut pasir melanda dan mula menghalang penglihatan mereka, saya perlu memikirkan semula taktik saya.
Kesan lain termasuk ribut hujan yang merendahkan julat unit peluru berpandu dan menghalang kebakaran bermula. Manakala ribut petir akan menurunkan semangat tentera, dan gelombang haba pula akan meningkatkan keletihan kepada semua unit daripada melakukan sebarang aktiviti. Tetapi apabila saya cuba menghalang daripada menambah keletihan, kemungkinan untuk hutan terbakar akan meningkat.
Bercakap tentang kebakaran, unit pemanah boleh menyalakan anak panah mereka, dan membakar kawasan hutan atau bangunan boleh menyebabkan banyak kerosakan. Ini boleh dimanipulasi lagi oleh angin untuk menghantar api ke arah musuh.
Pillars of Civilisation

“Pillars of Civilisation” yang bertujuan untuk memberikan pemain pengalaman yang lebih mendalam tentang Keruntuhan Zaman Gangsa dan mewakili keseimbangan kosmik yang dilihat oleh orang Mesir Purba. Berdasarkan 3 peringkat ini, terrain dan map akan bertukar mengikut kestabilan yang ditetapkan.
- Prosperity: Dunia aman dengan landskap yang lebih cerah dan bersemangat. Peristiwa semula jadi mungkin berlaku untuk meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan sumber.
- Crisis: Apabila Kemerosotan Zaman Gangsa berlaku, dunia akan kelihatan lebih gelap. Bencana alam akan menjadi lebih berleluasa dan kumpulan seperti Sea People akan menyerang dengan lebih kerap.
- Collapse: Tamadun telah runtuh dan kegelapan telah memakan tanah. Ketidakstabilan di seluruh rantau akan berada di kemuncaknya. Walau bagaimanapun, masih ada harapan untuk mengatasi mereka yang mengancam empayar anda.
Mengumpul Mahkota

Dengan menyelesaikan objektif tertentu, setiap pemimpin akan membuka beberapa mahkota dan akan diberikan skil baharu yang membolehkan anda membentuk Mesir dan mengubah peraturan tadbir urus. Ini berdasarkan idea bahawa Pharaoh akan mempunyai mahkota yang berbeza yang akan dipakainya untuk menguatkuasakan lagi legitimasi mereka sebagai pemerintah.
Terdapat lima kuasa yang boleh anda pilih daripada menggabungkan puak lain, memaksa penghijrahan pekerja atau mengalih keluar sekatan bangunan di wilayah. Terpulang kepada pemain untuk memilih apa yang mereka ingin buka dan pakar.
Setelah anda membuka gelaran Pharaoh atau King, anda juga boleh memilih untuk mengikuti warisan purba daripada raja terdahulu. Mekanik ini membolehkan pemain menyesuaikan lagi bagaimana kerajaan mereka akan maju. Ini boleh melibatkan strategi mereka untuk memberi tumpuan kepada peperangan, pembangunan, agama, dan aspek kehidupan yang lain.
Kesimpulan

Sebagai salah seorang yang sangat berminat dalam sejarah Mesir Purba, saya sebenarnya agak teruja untuk melihat apa yang akan dibawakan oleh siri Total War dengan latar belakang Firaun. Walaupun saya telah bermain demo, saya rasa tidak puas untuk menantikan game ini keluar dan mengetahui lebih banyak perkara tentang itu.
Bagi saya, peta dan watak yang ditampilkan di dalam siri Total War kali ini adalah sangat tepat dan sangat terperinci. Pemilihan tempoh masa juga yang sangat menarik di mana ia adalah salah satu masa paling penting di Mesir Purba.
Nantikan Total War: Pharaoh pada bulan Oktober 2023 di PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk mendapatkan lebih banyak review mengenai game, filem atau teknologi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post