Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Resident Evil 4 Remake — Leon kembali beraksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Preview, Seram
0 0
0
Preview Resident Evil 4 Remake — Leon kembali beraksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 17 tahun sejak keluaran game original, Resident Evil 4 akhirnya dapat remake untuk platform moden! Kami sempat mencuba build awal untuk game tersebut (walaupun hanya sebentar), jadi berikut adalah preview awal kami untuk content yang semasa.

Pertama sekali dahulu, anda perlu memahami betapa pentingnya Resident Evil 4 bukan sahaja untuk Resident Evil, tetapi bagi game seram secara umum.

Sebelum RE4, genre “TPS (third-person shooter) over-the-shoulder” bukanlah sesuatu yang biasa pada zaman itu kerana kemunculan game ini yang mempopularkan genre tersebut. Siri RE selalunya terkenal dengan kameranya yang memening kepala dan Tank Control (pergerakan mengikut arah yang watak pandang, bukan mengikut kamera).

Muncul sahaja RE4, ia memberi nafas baru kepada genre – kini lebih mementingkan aksi, dan ia menyelaraskan reka bentuk game TPS sehingga game memberi ilham kepada satu lagi game seram hebat, Dead Space.

Atas sebab yang sama, RE4 Remake tidak begitu berbeza dengan RE4 – kerana reka bentuknya masih sama secara mekanikal. Di bahagian awal, beberapa musuh akan melemparkan kapak ke arah kita dan saya menembaknya keluar dari udara.

Apabila saya bertanya producer tentang aksi, dia memberitahu saya bahawa ia sebenarnya sudah wujud sejak game original. Pendek cerita, tidak ada banyak tambahan baru kerana game original memang sudah solid.

Walaupun begitu, masih ada beberapa “perkara” unik yang ditambahkan, terutamanya untuk aksi pisau. Dalam game sebelum, pisau sentiasa menjadi melee weapon default kita. Tetapi dalam RE4 Remake, mereka telah menambah mekanik baharu. Apabila ditangkap oleh musuh, anda kini boleh memilih untuk memecahkan pisau untuk melarikan diri dengan segera.

Ini benar-benar meningkatkan aspek seram bagi game kerana jika anda terdesak sehingga sanggup kehilangan pisau, maksudnya keadaan kita pasti dalam kecemasan. Walaupun masih hidup, kini anda tidak mempunyai pilihan untuk bertarung secara jarak dekat dan perlu bermain dengan lebih konservatif.

Selain itu, Leon kini mempunyai lebih banyak “finisher” stylo untuk lakukan. Bukan itu sahaja, Leon juga kini boleh bergerak sambil menyasar, yang membuatkan pertarungan terasa lebih seronok memandangkan kita tidak boleh melakukan aksi ini di game original.

Dengan kemajuan grafik dan animasi yang semakin canggih, versi Remake terasa lebih lancar dan responsif untuk bermain daripada segi pertempuran di mana kita boleh lebih agresif berbanding bersembunyi di sebalik objek dan hanya menembak.

Daripada segi visual, tak perlu kata – memang cantik sekali. Jika korang rasa game original sudah cukup seram, versi Remake menggandakan suasana seram itu ke tahap baru. Apabila Leon pertama kali datang ke kampung untuk cuba mencari anak perempuan Presiden yang hilang, visual keseluruhan memang terasa seperti filem seram yang kita selalu tonton di TV.

Ditambah lagi dengan model watak baru, Leon nampak lebih dewasa berbanding penampilannya di RE2 Remake yang menunjukkan peredaran masa sebenar di dalam game.

Jika anda terbiasa bermain game moden, mungkin anda tidak begitu kagum dengan Resident Evil 4 Remake sedangkan gameplay, mekanik dan visual ini nampak tipikal. Tetapi bagi peminat, anda pasti teruja melihat betapa jauhnya beza versi remake dengan original.

Secara keseluruhan, RE4 Remake membuat banyak perubahan besar pada sistem pertempuran dan pengurusan sumber, tetapi bermain bijak dengan mengekalkan banyak daya tarikan yang dimiliki game original. Bagi peminat game seram klasik yang membesar dengan siri Resident Evil, korang wajib cuba game ini.


Buat masa ini, Resident Evil 4 Remake akan dikeluarkan pada 24 Mac 2023 di PS4, PS5, Xbox Series dan PC. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Resident Evil, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Resident EvilResident Evil 4 Remake
Previous Post

Review New Tales from the Borderlands – Sekuel yang solid untuk penggemar naratif!

Next Post

Interview Resident Evil 4 Remake – “Elemen seram berganda dalam versi moden”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop
Berita

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop

June 24, 2025
Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Next Post
Interview Resident Evil 4 Remake – “Elemen seram berganda dalam versi moden”

Interview Resident Evil 4 Remake - "Elemen seram berganda dalam versi moden"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd