Walaupun ramai yang sukakan genre “city builder”, mungkin ada di antara korang yang inginkan sesuatu baru tetapi masih dalam genre yang sama. Di sini, saya memperkenalkan Park Beyond, game management sim bertemakan taman hiburan oleh studio Limbic Entertainment dan Bandai Namco Entertainment, yang bakal dikeluarkan pada tahun 2023.
Sebagai seorang arkitek yang berwawasan, pemain akan memikul tugas membina dan mengurus setiap aspek tentang taman hiburan mereka. Berpeluang mencuba beberapa hari lebih awal, saya ingin berkongsi pengalaman bermain demo Park Beyond, yang dibahagikan kepada dua bahagian: Mission 1 dan Sandbox Mode!
Untuk preview eksklusif ini, saya bermain di PC melalui Steam menggunakan keyboard+mouse tetapi pemain controller tidak perlu risau kerana game rasmi akan menyokong mana-mana gamepad yang sah. Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah preview saya untuk Park Beyond!
Mission 1 – Prolog dan tutorial
Mission 1 memperkenalkan kita kepada proses penciptaan roller coaster melalui prolog serta pandangan pertama untuk “story mode”, termasuk pertemuan bersama Blaze dan Phil, dua ahli pasukan di pengurusan taman hiburan. Secara keseluruhan, Mission 1 hanya meminta saya untuk mengikut arahan dan membina roller coaster pertama serta berkenalan dengan kawalan, butang dan mekanik.
Tentang proses “building”, rupanya agak mudah untuk membina roller coaster (tidak terlalu rumit). Bagi saya, studio telah mengambil pendekatan yang “player-friendly” untuk bahagian editor di mana saya boleh mengubah apa-apa yang diletakkan secara fleksibel pada bila-bila masa. Berbanding game lain yang mempunyai lebih banyak limitasi, contoh: akan ada hukuman jika kita tersalah susun atau tersalah buat), Park Beyond tidak ambil peduli semua itu supaya pemain mempunyai lebih banyak cara untuk menghias walaupun membuat banyak silap.
‘Campaign Mode’ sebenarnya sangat menarik kerana dalam game building simulator, ia biasanya tidak mempunyai kempen atau jalan cerita yang besar. Berbeza di sini, mereka menggunakan Campaign Mode, terutamanya misi pertama, untuk memperkenalkan pemain secara perlahan ke semua fungsi berbeza dalam game dan membenarkan kita meluangkan masa belajar menggunakan alat tersebut. Memandangkan game secara khususnya mempunyai banyak mekanik dan gameplay, kedua-dua elemen ini digabungkan untuk mewujudkan mode kempen yang memfokuskan pada naratif.
Sebagai contoh, dalam Mission 1 kami banyak menumpukan perhatian pada bahagian penciptaan roller coaster dan asas-asas membinanya. Secara ringkas, saya mempelajari semua fungsi berbeza seperti bagaimana untuk membelok litar/laluan, menukar ketinggian, litar apa yang sesuai untuk bahagian apa, menambah modul seperti cannon (meriam) atau ramp (tanjakan) untuk “menembak” roller coaster kita, dan sebagainya.
Dalam demo ini, hanya 2 modul sahaja yang tersedia, iaitu modul cannon dan ramp. Modul cannon membantu roller coaster untuk melangkau dari satu titik ke titik lain dengan menembak roller coaster dari suatu tempat ke tempat lain seperti yang anda lihat dalam kartun.
Modul ram mempunyai fungsi yang sama seperti cannon tetapi daripada menembak, roller coaster kita akan akan “melompat”. Kita sebenarnya perlu memadankan jarak lompatan tanjakan dengan kelajuan roller coaster. Jika roller coaster terlalu perlahan, ia tidak dapat melompat dan jika terlalu pantas, ia akan melebihi laluan yang ditetapkan dan berlaku kemalangan.
Sandbox mode – Cipta taman hiburan sendiri!
Seterusnya, kami mendapat akses eksklusif kepada Sandbox Mode! Bahagian ini memberi saya gambaran ringkas tentang proses keseluruhan mencipta taman hiburan dan komponennya, sambil memperkenalkan kita kepada ciri-ciri di dalam seperti “perk rating”, “amazement level” dan ciri “impossification” yang unik.
Sandbox mode milik Park Beyond memberi dimensi serba baru kepada aspek customization dengan konsep “modular modular”. Di sini, kita boleh membina taman hiburan dari awal hingga habis, meletakkan jalan raya, permainan darat, kedai-kedai dan lain-lain. Ia sangat penting bagaimana taman hiburan itu disusun, kerana permainan darat harus berdekatan dengan kedai, di mana kita harus mengambil kira aspek lain seperti jarak dan susunan antara semua lokasi.
Itu kerana permainan tanpa jalan masuk atau keluar tidak boleh dibuka kepada orang ramai dan sebaliknya hanya boleh dipamerkan. Jika keadaan itu berlaku, bila kita akan mendapat hasil.
Satu lagi perkara penting untuk ambil tahu adalah semua permainan darat sebenarnya direka khusus untuk jenis pelawat tertentu seperti keluarga, orang dewasa dan juga remaja. Mengikut kehendak sendiri, anda boleh mencipta imej taman hiburan yang bersesuaian untuk melihat pelawat mana yang memberi keuntungan terbanyak.
Bagi proses membina taman hiburan pula, kita boleh mengakses keseluruhan aset yang terletak di tab sebelah kiri skrin untuk mencipta bangunan sendiri dan menghiasinya sepenuhnya mengikut citarasa anda. Secara keseluruhan, saya puji usaha pembangun kerana menyediakan jumlah aset yang banyak dan bervariasi untuk kita pilih. Aset ini boleh datang secara individu, atau digabungkan bersama sebagai prefab besar. Anda juga boleh mewarna objek untuk menepati tema yang dipilih.
Di samping itu, saya dapat mengalami bahagian pengurusan termasuk menguruskan harga tiket, kakitangan dan lain-lain. Malangnya, saya tidak kaji terlalu mendalam tetapi cukuplah untuk tahu bahawa sistem agak rumit dan kompleks di mana kita perlu menguruskan seluruh “micromanaging” dalam setiap aspek.
Mengenai topik Impossification – menurut studio, perkataan ini bermaksud “sesuatu yang kita tidak dapat alami dengan pergi ke taman tema biasa. Melalui impossification, kita boleh mengalami permainan yang lebih hebat daripada versi kehidupan sebenar di dalam game. Bagi Park Beyond, dengan ciri Impossification, apa-apa permainan atau kedai boleh “level up” lalu mendapat lebih banyak faedah. Lebih banyak daya tarikan dan penampilan bombastik bermakna lebih banyak hasil!
Akhir sekali saya dapat mencuba alat terraforming yang membolehkan kami mencipta gunung, bukit, sungai dan tasik. Ini juga satu kelebihan kerana kami tidak perlu mereka bentuk taman hiburan agar sesuai dengan persekitaran tetapi persekitaran kini boleh diubahsuai mengikut struktur taman kami.
Malangnya, sandbox mode masih perlu memperbaiki banyak perkara. Walaupun saya diberi akses kepada hampir semua ciri-ciri, masih ada banyak bug dalam mode ini termasuk sudut kamera, aset tiba-tiba glitch dan kebanyakan visual, terutamanya untuk interface, sangat kurang dan nampak basic. Tetapi ini pun sudah dipesan oleh Bandai Namco, jadi korang tidak perlu risau kerana studio akan mencantikkan dan menggilap semua bahagian sebelum pelancaran rasmi.
Pendapat
Untuk preview ini, kita banyak belajar tentang alat pengurusan dan pilihan kreativiti dalam Park Beyond serta dapat pandangan pertama untuk mode kempen/jalan cerita. Berbanding dengan game lain, rasanya Park Beyond mempunyai sistem pengurusan yang lebih mendalam dan juga satu kempen yang menghiburkan. Ini hanyalah misi pertama, jadi saya tidak tahu bagaimana kempen itu akan berkembang dalam misi-misi kemudian.
Pada masa yang sama, saya sebenarnya tidak begitu kerap bermain game jenis “building sim”, jadi saya menghargai apabila misi pertama membantu pemain memahami kawalan dan fungsi sedangkan banyak game simulator lain selalunya membiarkan pemain bereksperimen (yang mengakibatkan sesetengah orang mudah bosan apabila mereka tidak faham sesuatu perkara).
Semasa mencuba sandbox mode, memang banyak perkara berbeza untuk diterokai, dari segi kandungan dan alatan yang memberi kami peluang untuk membuat taman tema impian sendiri. Berbanding mode kempen, sandbox sudah tentu lebih berat dan kompleks kerana kita dapat mencuba semua ciri-ciri serta merta tetapi pada masa yang sama, saya juga kagum kerana ada banyak perkara yang boleh kita kawal sebenarnya dari bahagian bangunan hingga ke persekitaran sekeliling.
Maka, tamatlah preview saya untuk Park Beyond yang akan dikeluarkan pada tahun 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X/S dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post