Final Fantasy ialah antara siri paling popular dalam industri gaming, dan sehingga hari ini, masih diakui sebagai salah satu francais RPG paling hebat dalam sejarah. Kini datanglah Final Fantasy XVI buatan Creative Business Unit III, entri seterusnya yang ingin menceritakan kisah lebih perit dan serius berlatarkan dunia berinspirasikan zaman pertengahan bernama Valisthea.
Sebelum pelancaran rasmi Final Fantasy XVI pada 22 Jun, kami sempat mencuba game ini buat kali terakhir melalui acara media. Apakah info baharu yang kami belajar? Adakah FFXVI sama mengasyikkan seperti pendahulunya? Inilah preview kami!
Harap Maklum: Preview ini berdasarkan versi khas yang dibuat untuk media, jadi kandungannya mungkin berbeza daripada versi akhir.
Jalan cerita lebih gelap, lebih serius

Final Fantasy XVI berlangsung di Valisthea, sebuah dunia yang dibahagikan antara enam negara yang memegang kuasa melalui akses kepada Crystal dan Dominant, manusia yang bertindak sebagai hos kepada Eikon bagi setiap negara. Semua menjadi huru-hara apabila sejenis wabak yang digelar Blight mula memakan dunia itu. Protagonis, Clive Rosfield, menyaksikan kerajaannya musnah dan meneruskan usaha membalas dendam dalam mengejar Eikon jahat bernama Ifrit.
Sebagai Clive Rosfield, kita akan bermain sepanjang pelbagai peringkat dalam kehidupan Clive, dari zaman remajanya hingga pertengahan umur. Dalam demo, kami dapat melihat perjalanan Clive melalui dua peringkat hidupnya: sebagai seorang remaja yang berlatih untuk menjadi pelindung adiknya, Joshua serta perjalanannya pada awal 20-an puluhan.

Walaupun kami dapat memainkan beberapa jam pertama dalam sesi, saya tidak akan banyak berkongsi tentang jalan cerita kerana takut memberi spoiler. Namun, apa yang saya boleh kata adalah kisahnya memang cukup hebat setakat ini, dan pasti lebih gempak selepas saya dapat tahu pengakhirannya dalam game rasmi.
Sebaliknya, saya ingin menceritakan tentang Eikon. Merupakan tokoh/penjaga penting kepada setiap negara ialah Eikon, yang lebih dikenali oleh peminat siri Final Fantasy sebagai “Summon” dalam entri sebelum. Eikon ini merupakan pusat pertahanan negara, dan individu tertentu yang dipanggil Dominant boleh menggunakan kuasa mereka. Sebagai contoh, Grand Duke dari Rosaria dapat menggunakan Phoenix Eikon manakala Hugo Kupka dari Dhalmekia dapat menggunakan Titan.

Menariknya, saya terkejut dengan cara masyarakat melayan para Dominant tersebut dalam Final Fantasy XVI, terutamanya apabila anda menganggap watak-watak ini memegang peranan penting dalam dunia game. Contohnya, Grand Duke boleh menjadi pemimpin politik dan dihormati oleh masyarakat Rosaria tetapi kerajaan lain seperti Iron Kingdom menganggap Dominant sebagai raksasa, dan sanggup membunuh Dominant mereka sendiri atas alasan “ia hanya alat perang”.
Lebih banyak tentang kisah FFXVI akan diceritakan dalam review penuh tetapi buat masa ini, itu sahaja yang saya boleh berkongsi.
Sistem pertempuran yang dramatik

Sejujurnya, sorotan Final Fantasy XVI adalah pada sistem pertempuran, lagi-lagi kerana kita juga dapat mengawal kuasa Eikon. Clive, walaupun bukan Dominant pilihan Phoenix, masih boleh menggunakan kuasanya dalam pertempuran, serta mengawal Eikon lain yang diperoleh melalui perjalanannya.
Sesi pertempuran pun terasa fast-paced dan mencolok mata di mana Clive perlu sentiasa bergerak untuk bertahan hidup sambil melancarkan serangan sihir pada jarak jauh atau datang dekat untuk membunuh musuh menggunakan pedang. Walaupun pemain boleh sahaja mudah “spam” butang, terdapat banyak hal yang lebih mendalam tentang sistem pertempuran. Dengan mencampurkan serangan magic dan melee, ia boleh mencipta kombo yang cukup dahsyat.

Keadaan menjadi lebih seronok apabila kita menggabungkan kuasa Eikon Clive dengan betul. Skil seperti Phoenix Shift , boleh merapatkan ruang dengan cepat dan melakukan damage, manakala Rising Cyclone dapat melancarkan musuh dengan serangan api yang mengandungi banyak damage. Beberapa skil Eikon turut boleh digunakan untuk AOE, seperti Scorching Cyclone, yang melepas gelombang api di sekitar Clive.
Sepanjang demo, Clive diteman oleh dua rakan di sisi, tetapi malangnya mereka dikawal oleh AI. Walaupun mereka tidak boleh dikawal, Clive boleh memberi arahan kepada anjingnya, Torgal, semasa pertempuran, seperti menyuruhnya menyerang musuh untuk sambung lakukan kombo, atau meminta diri disembuh apabila diperlukan.

Daripada sistem progression, Clive dapat membuka kebolehan baharu dalam ruang Skill Tree yang besar. Kebolehan ini boleh dilengkapkan pada Eikon lalu digunakan semasa pertempuran. Jika kuasa itu tidak sesuai, jangan risau kerana anda boleh reset Skill Tree ini pada bila-bila masa untuk bereksperimen dengan lebih mendalam. Ini membenarkan banyak pendekatan pada pertempuran mengikut playstyle pemain.
Saya tidak sabar untuk mencuba lebih banyak playstyle berbeza, terutamanya selepas lebih banyak Eikon dibuka untuk Clive cuba. Satu lagi hal saya tidak ingin lupa sebut adalah Titanic Clash di mana dua Eikon akan bertembung antara satu sama lain. Pertarungan ini sudahpun dibincangkan dalam preview lama kami, jadi anda boleh baca di SINI.
Selamat kembali Cid

Sebagai watak ikonik, saya seronok dapat Cid akan kembali . Di dalam versi ini, Cid ialah seorang askar yang sedang membina tempat persembunyian untuk pengguna sihir yang dianiaya supaya mereka dapat mencari perlindungan dan menjalani kehidupan dalam aman. Memandangkan dunia dikuasai oleh sihir, ramai yang ditandakan sebagai Bearer dan dipaksa bekerja sebagai hamba di beberapa kerajaan. Hamba dan Dominant yang berasa diri mereka teraniaya boleh mencari ketenangan di tempat persembunyian Cid.

Tempat persembunyian ini a.k.a “The Hideaway” berfungsi sebagai pusat di mana Clive boleh menyelesaikan quest dan tugasan lain, serta mendapatkan bekalan di kedai Charon, serta memperbaiki perisai dan senjata di kedai berdekatan. Dalam demo, saya tidak dapat menghabiskan banyak masa di Hideaway, jadi saya tidak sabar-sabar untuk menerokainya dengan lebih lanjut dan berkenalan dengan pelbagai orang yang menetap di sana.
Pendapat

Secara jujur, saya kagum dengan kecemerlangan Final Fantasy XVI dalam semua aspek, walaupun ini hanya demo. Preview ini hanyalah sebahagian kecil daripada game penuh, dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana kisahnya terungkap.
Ada banyak elemen dalam game ini yang anda perlu alami sendiri supaya dapat memahami – dan saya minta maaf jika tidak dapat menerangkannya dengan lebih mendalam tanpa memberi spoiler. Yang saya pasti, jalan ceritanya jauh lebih gelap, lebih ganas dan juga lebih intim. Memandangkan majoriti game Final Fantasy sentiasa mengelak topik sebegitu, ia amat menarik untuk melihat FFXVI akhirnya mencuba tema “taboo” ini.
Nasib baiklah, versi demo dalam perjalanan. Kita pun tidak perlu menunggu lama kerana game akan dilancarkan pada 22 Jun di PS5.
Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post