Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Broken Blade: Prelude – Campak balik zaman SRPG retro! [BIC23]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2023
in Artikel, Berita, Indie, PC, Preview, Real time strategy, RPG, Steam
0 0
0
Preview Broken Blade: Prelude – Campak balik zaman SRPG retro! [BIC23]
Share on FacebookShare on Twitter

Pusing-pusing di BIC Festival 2023, kami tertarik untuk mencuba satu game SRPG bernama Broken Blade: Prelude. Dihasilkan oleh DakeCraft, game in hanya tersedia dalam bahasa Korea sahaja, tetapi apa salahnya mencuba alang-alang ditawarkan.

Jadi berikut adalah pengalaman kami bermain Broken Blade: Prelude:

Kredit: DakeCraft

Secara am, Broken Blade: Prelude ialah RPG taktikal simulasi ala fantasi di mana anda menjadi ‘Observer’ yang memerhatikan nasib dunia, dan harus bekerjasama bersama Camomile (bekas puteri kepada empayar yang hancur), dan rakan-rakannya untuk melalui mendapatkan semula keadilan di dunia dan mengatasi setiap cabaran.

“Midzel” merupakan tempat di mana manusia dan raksasa wujud bersama. Di sebelah barat benua adalah Empayar Kvazir, sebuah negara untuk manusia di mana World Tree terletak. Benua lain pula dihuni oleh raksasa pelbagai kaum dan ‘Kerajaan Eire’, yang ditubuhkan untuk menentang Kvazir.

Namun, Sigmond, raja kepada Empayar Kvazir telah dibunuh selepas ingin menyelesaikan masalah antara manusia dan raksasa. Sejak itu, nasib Midzel dan seorang gadis (watak yang kita bermain) telah berubah secara drastik.

Kredit: DakeCraft

Daripada segi gameplay, Broken Blade direka untuk menjadi RPG yang kasual. Memandangkan tahap kesukaran lebih rendah daripada SRPG lain, game ini turut disyorkan untuk mereka yang baru kepada genre SRPG. Sudah tentu, ada juga Hard Mode untuk pemain tegar.

Daripada apa yang saya faham, sistem pertempuran direka supaya mudah difahami dan tidak rumit. Strategi dan latihan merupakan elemen yang penting dalam SRPG, dan itu tidak terkecuali di dalam game ini di mana pemain boleh memilih pelbagai abiliti yang disediakan daripada setiap watak mengikut citarasa lalu mengasah kemahiran menggunakan sistem Skill Tree.

Kredit: DakeCraft

Untuk penggemara game sosial, pemain dapat membina ikatan dan hubungan lebih rapat dengan ahli parti melalui perbualan dan pertempuran.

Saya 100% ingin mengesyorkan tetapi malangnya, game ini hanya tersedia dalam bahasa Korea buat masa ini. Tetapi jika anda ingin mencuba, mereka menawarkan demo percuma di Steam sekarang.

Kredit: DakeCraft

Untuk info lanjut tentang game lain di BIC 2023, anda boleh melayari pautan di bawah:

<Info Busan Indie Connect Festival 2023>

  • Laman web rasmi: ​https://bicfest.org
  • Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
  • Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
  • Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
  • Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
  • Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
Tags: Broken Blade: PreludeindiePreview
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Vapor World: Over The Mind – Hero yang dibelenggu mimpi ngeri [BIC23]

Next Post

3 Game Indie Unik & Inovatif yang Kami Cuba di Busan Indie Connect Festival! [BIC23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
3 Game Indie Unik & Inovatif yang Kami Cuba di Busan Indie Connect Festival! [BIC23]

3 Game Indie Unik & Inovatif yang Kami Cuba di Busan Indie Connect Festival! [BIC23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd