Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Di KLCC – Sambutan PokéXciting!, Pokémon Center, & Nintendo Store Di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Produk, Tempatan
0 0
0
Pokémon Di KLCC – Sambutan PokéXciting!, Pokémon Center, & Nintendo Store Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sekian lama, warga Malaysia perlu terbang ke Tokyo atau menyeberang ke Singapura semata-mata untuk menjejakkan kaki ke Pokémon Center mahupun Nintendo Store rasmi. Sekarang, detik yang sekian lama dinantikan telah tiba.

Bersempena ulang tahun ke-30 francais Pokémon, kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) telah diubah suai menjadi taman tema impian buat peminat.

Sambutan berskala mega ini menampilkan gandingan dua tarikan utama iaitu kemunculan pertama pop-up store rasmi di dalam pusat beli-belah sehingga hujung tahun, serta festival luar yang meriah dan percuma selama dua hari di sekitar Taman KLCC.

Pokémon Center dan Nintendo Store Pertama di Malaysia

Bagi komuniti gamer tempatan, kehadiran Pokémon Center POP-UP Store dan Nintendo Store mencatat sejarah tersendiri dalam negara. Terletak di Ombak KLCC, Tingkat 3, kedua-dua premis beroperasi setiap hari bermula 12 September sehingga 31 Disember.

Pembukaan cawangan khusus ini membolehkan orang ramai memperoleh koleksi merchandise tulen tanpa perlu melancong ke luar negara atau menanggung kos pos antarabangsa yang tinggi.

Menjengah ke dalam Pokémon Center POP-UP Store, ruang pamerannya penuh dengan himpunan produk kegemaran ramai daripada anak patung plushie dan alat tulis sehinggalah ke barangan koleksi bernilai tinggi.

Daya penarik yang paling mencuri pandangan ialah PokéXciting Pikachu turquoise edisi terhad Malaysia yang tampil comel dengan gaya rambut afro. Pengumpul tegar turut berpeluang memiliki plush Pikachu bersaiz asal 1:1 (life-size), patung Pikachu Emas sambutan ulang tahun ke-30, serta pelbagai cenderamata unik lain.

Memandangkan sambutan dijangka amat sibuk pada peringkat awal, mereka yang berkunjung pada hujung minggu pembukaan (12 hingga 14 September) perlu beratur bagi mendapatkan tiket fizikal berjadual.

Bermula 15 September ke atas, orang ramai bebas masuk secara walk-in, tertakluk kepada aliran pengunjung di pintu masuk semasa waktu sibuk.

Tepat di seberang laluan, Nintendo Pop-Up Store pula membariskan aneka produk tulen daripada dunia gaming terkemuka seperti Super Mario, The Legend of Zelda, Animal Crossing, Pikmin, dan Splatoon.

Identiti tempatan turut diberi penghormatan menerusi baju-T Mario eksklusif Malaysia yang memaparkan ilustrasi berinspirasikan Menara Berkembar Petronas. Jadi sudah tentu lah, kedai ini pun menjadi destinasi idaman bagi sesiapa yang mencari cenderahati keluaran Nintendo yang lazimnya susah ditemui di kedai hobi tempatan.

Memandangkan Pokémon Center dan Nintendo Pop-Up Store akan terus beroperasi sehingga 31 Disember, warga tempatan mempunyai ruang waktu yang cukup luas untuk mengutip satu atau dua cenderahati.

Festival Luar PokéXciting! di Taman KLCC

Melengkapi kehadiran kedua-dua kedai tersebut tersebut, festival PokéXciting! turut berlangsung pada 12 dan 13 September. Acara ini meraikan perjalanan tiga dekad francais tersebut… bermula daripada 151 makhluk poket di konsol Game Boy pada tahun 1996 sehingga berkembang melepasi angka 1,000 spesies masa kini.

Menariknya, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi pembuka tirai bagi jelajah lima bandar raya Asia, sebelum bertandang ke Taipei (Xiangti Boulevard), Singapura (Lapangan Terbang Changi dan Jewel), Manila (SM Mall of Asia), dan akhirnya Bangkok.

Lebih menggembirakan, pesta luar ini boleh diakses secara percuma tanpa sebarang tiket masuk.

Pihak penganjur memanfaatkan ruang dengan menaburkan arca watak skala penuh serta pemasangan bertema di merata-rata sudut Taman KLCC dan bukannya memusatkan segalanya di satu zon semata-mata.

Pendekatan ini mengubah aktiviti jalan-jalan menjadi satu ekspedisi pencarian yang menyeronokkan, di mana khalayak ramai boleh mencari sudut bergambar POKÉGENIC yang tersembunyi.

Kehadiran pelbagai watak comel di celah rimbunan pokok, batas tanaman, mahupun celah laluan pejalan kaki membuka peluang selfie yang cukup menarik untuk dikongsi ke media sosial.

Jika berhasrat untuk datang, hadir seawal mungkin merupakan langkah bijak kerana cenderamata alu-aluan diedarkan kepada pengunjung terawal selagi bekalan harian masih belum habis.

Harap maklum bahawa atur cara pentas luar boleh ditunda atau dihentikan sementara sekiranya cuaca buruk seperti hujan lebat atau angin ribut melanda; perkembangan terkini akan dipaparkan di skrin tapak acara dan akaun media sosial rasmi Pokémon.

Di samping itu, jurukamera rasmi akan berlegar di lokasi bagi menangkap gambar dan video dokumentasi acara.

Pentas utama taman sentiasa hidup dengan jadual persembahan yang padat, didahulukan oleh Pikachu Dance Show. Aksi tarian ini berlangsung sebanyak tiga pusingan sehari, di mana Pikachu beraksi mengikut genre muzik berbeza; daripada EDM moden dan lagu ceria Pokémon Kids TV hinggalah ke muzik rock bertenaga.

Pada waktu malam, suasana bertukar menjadi sesi konsert dengan limpahan lampu berirama, tarian rancak, dan kemunculan PokéXciting Pikachu di atas pentas.

Selain acara pentas, pengunjung berpeluang menyapa barisan maskot di perarakan khas yang mengelilingi taman dua kali sehari. Perarakan santai ini menampilkan PokéXciting Pikachu bersama Pikachu klasik dan Eevee, serta memberi ruang kepada orang ramai untuk berinteraksi, melambai, dan mengambil foto kenang-kenangan.

Kemuncak sebenar festival ini berlangsung tepat jam 9:00 malam melalui persembahan dron pertama Pokémon di Malaysia. Ratusan dron berterbangan tinggi di udara, melakar formasi watak Pokémon 3D berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas.

Pemandangan ini bukan sahaja memukau di langit malam ibu kota, malah menjadi penutup indah yang mewajibkan kehadiran anda sehingga ke hujung acara.

Keistimewaan In-Game untuk Pemain Pokémon GO

Bagi para trainer Pokémon GO, pastikan bekalan bateri telefon pintar dan power bank telah dicas penuh. Lokasi acara dilengkapi dengan PokéStop khas untuk membolehkan pemain mendaftar masuk , memutar, serta mengumpul setem acara.

Melalui interaksi di sekitar KLCC ini juga, pemain berpeluang menangkap PokéXciting Pikachu edisi terhad terus dalam game. Ini pula merupakan cenderamata digital yang tiada ganti selain gambar kenangan anda.

Tags: Nintendo StorePokémon CenterPokéXciting!
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo POP-UP STORE Pertama Malaysia Dibuka Di Ombak KLCC – Panduan Masuk & Senarai Harga Merch

Next Post

Netflix Sedang Bangunkan Siri Animasi ‘Diablo’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Netflix Sedang Bangunkan Siri Animasi ‘Diablo’

Netflix Sedang Bangunkan Siri Animasi ‘Diablo’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd