Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Championships 2023-24 Malaysia Video Game Bakal Berlangsung Hujung Mac Ini! Daftar Sekarang!

Maira by Maira
March 21, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Game, Kejohanan esports, Nintendo Switch
0 0
0
Pokémon Championships 2023-24 Malaysia Video Game Bakal Berlangsung Hujung Mac Ini! Daftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi kejohanan Pokemon akan berlangsung di Malaysia tidak lama lagi! Diumumkan melalui halaman rasmi Facebook, Pokémon Championships 2023-24 Malaysia untuk game video akan berlangsung bermula 29 Mac 2024! Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Kalau anda ingin tahu, Pokémon Championships 2023-24 Malaysia akan bermula dengan peringkat kelayakan, di mana peserta yang layak akan masuk ke Main Competition, kejohanan offline untuk tentukan Trainer terbaik! Untuk peringkat kelayakan, anda akan bertanding di bawah nama “2024 Global Challenge III“, pertandingan online yang akan berlangsung pada 29 Mac ini sehingga 1 April 2024.

Pendaftaran

Pendaftaran bermula sekarang, 21 Mac sehingga 29 Mac 2024. Anda perlukan mendaftarkan diri serta Battle Teaam anda apabila sertai pertandingan. Anda boleh ikuti cara-cara di bawah untuk masuk ke pertandingan.

[Poké Portal]→[Battle Stadium]→[Online Competition]→[Official Competition]→[Search for a competition]

Lokasi dan Age Division akan berdasarkan tetapan Battle Stadium dengan nama yang sama. Hanya pemain yang set Battle Location di “Malaysia” layak untuk sertai “Pokémon Championships 2023-24 Malaysia” Video Game Main Competition. Anda perlu menyelesaikan 3 match penuh untuk keputusan anda didaftarkan.

Struktur Pertandingan dan Peraturan

Setiap pertandingan sudah tentu mempunyai peraturannya tersendiri. Untuk kejohanan game video kali ini, hanya tiga game sahaja yang boleh dimainkan iaitu:

  • Pokémon Scarlet and Pokémon Violet
  • Pokémon Scarlet + The Hidden Treasure of Area Zero
  • Pokémon Violet + The Hidden Treasure of Area Zero
Sumber: The Pokémon Company

Untuk umur pula, anda akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

  • Junior Division: Lahir pada 2011 dan seterusnya
  • Senior Division: Lahir selepas 2006 dan sebelum 2011
  • Masters Division: Lahir pada 2006 dan sebelumnya

Jemputan untuk ke Main Competition akan diberikan mengikut ranking, selepas menggabungkan ranking daripada ketiga-tiga division. Tetapan “Location and Age Division” mesti sama dengan maklumat mengenai dokumen pengenalan peribadi anda. Jika didapati berbeza, anda akan hilang kelayakan. Berkenaan “Eligible Pokémon”, anda boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebagai tambahan, kemputan pertandingan akan diberikan berdasarkan ranking Junior, Senior dan Master yang telah digabungkan.

Main Competition

Setelah melayakkan diri untuk ke kejohanan utama, anda perlu ke tempat pertandingan untuk berlawan secara bersemuka. Kejohanan live ini akan berlangsung pada 23 Jun 2024 di The Starling Mall. Maklumat lanjut akan diumumkan pada masa akan datang.

Sumber: The Pokémon Company

Hadiah

Kalau anda ingin tahu, pemenang Pokémon Championships 2023-24 Malaysia berpeluang untuk mendapat jemputan ke 2024 Pokémon World Championships! Ini semestinya satu peluang yang susah untuk didapatkan. Jemputan 2024 Pokémon World Championships hanya boleh diperoleh oleh pemain terbaik di Pokémon Championships 2023-24 Malaysia. Terdapat sejumlah 8 tempat di Worlds 2024 untuk pemain dari Malaysia.

Berikut adalah senarai penuh hadiah yang tersedia:

  • Champion
    • Jemputan 2024 Pokémon World Championships & Round 1 bye
    • Travel Award
    • Trofi
    • Champion Shirt
  • Finalis
    • Jemputan 2024 Pokémon World Championships & Round 1 bye
    • Travel Award
    • Trofi
  • Top 4
    • Jemputan 2024 Pokémon World Championships
    • Trofi
  • Top 8
    • Jemputan 2024 Pokémon World Championships
Sumber: The Pokémon Company

Pemain yang menerima Travel Award akan mendapat penerbangan dan penginapan mereka untuk 2024 Pokémon World Championships yang dibayar dan diatur oleh The Pokémon Company. Tanpa sebarang keadaan istimewa, semua butiran perjalanan – termasuk tiket penerbangan pergi dan balik dan hotel – akan dipilih oleh The Pokémon Company. Ambil perhatian bahawa jika pemain yang layak memutuskan untuk mengatur sesuatu, The Pokémon Company tidak akan menanggung sebarang yuran pembatalan atau pengubahsuaian untuk tempahan yang dibuat oleh pemain.

Anda boleh dapatkan info lanjut melalui laman web rasmi. Jadi anda yang ingin sertai kejohanan ini, cepat-cepat daftarkan diri sekarang! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pokemonPokémon ScarletPokémon Scarlet & VioletPokémon Violet
ShareTweetSend
Previous Post

Shin Megami Tensei V: Vengeance Lancar Seminggu Awal! Temui Peminat Pada 14 Jun 2024!

Next Post

[Eksklusif] Team Ninja Dedahkan Sebab Rise of the Ronin Eksklusif di PS5 — Temu Ramah Bersama Pembangun!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Rise of the Ronin Review (PS5) — Mesra Pemain, Dunia Luas Penuh Aktiviti, Boleh Jaga Kucing!

Rise of the Ronin Review (PS5) -- Mesra Pemain, Dunia Luas Penuh Aktiviti, Boleh Jaga Kucing!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd