Siap sedia ye peminat Pokémon dari Malaysia, yang fanatik-fanatik, yang tau Pikachu saje dengan yang suka tapi buat-buat tak suka sebab konon dan matang. Pokémon Center akan dibuka kat Changi Airport pada Mac 2019 akan datang..
Kedai Pokémon ni akan jual macam-macam la merchandise Pokémon, dari plushies, barang kemas hinggalah ke chopstick (taik Pokémon je tak jual, tapi manatau masa opening nanti datang gila orang Jepun ke..)
Banyak gila Pokémon plushies akan dijual nanti. Selain tu ada selipar, keychain, towel dan macam-macam lagi lah. Macam-macam saiz lagi. Dengar cite trading cards yang lama-lama tu pun akan dijual..
Jajan pun ada gak, gula-gula dan coklat. Semuanya bertemakan Pokémon. So kalau sebelum ni manjang beli coklat kat duty free KLIA je kan? Next time kalau pegi Singapore anak/anak buah kau dah expecting coklat Pokémon. Persoalannya ko ada bajet ke tak..
Untuk pengetahuan, Pokémon Center kat Jewel Changi ni adalah Pokémon Center pertama dibuka luar daripada Jepun. Dan mungkin diorang akan tengok sambutan camner, kalau boleh pegi; maybe bukak kat KLIA ke?? So tunggu apa lagi, kasi hangatkan sambutan untuk Pokémon Center ni dengan menghabiskan gaji bulanan dan duit simpanan korang kat sini!
Best la budak-budak dok JB..
Buat masa ni ada lebih kurang 8 Pokémon Center kat Jepun, daripada Tokyo hingga ke Osaka.
Setakat ni juga takde berita mengenai berapa besar Pokémon Center ni, tapi yang pasti mesti dia bukak kedai besar kan? Takkan kiosk je.
@gamersantaimy
Discussion about this post