Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pocketpair Mengumumkan “Palworld: Palfarm,” Sebuah Farming Spin-Off Santai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2025
in Artikel, Berita, PC, Simulator, Steam
0 0
0
Pocketpair Mengumumkan “Palworld: Palfarm,” Sebuah Farming Spin-Off Santai
Share on FacebookShare on Twitter

Pocketpair, pembangun di sebalik Palworld, telah mengumumkan sebuah game baharu berlatarkan dunia yang sama: Palworld: Palfarm. Digambarkan sebagai sebuah game simulasi “kehidupan farming santai”, spin-off ini menjanjikan pengalaman serba baharu dan lebih tenang kepada para peminat. Game ini akan membuat pelancaran di PC melalui Steam, namun tarikh pelancaran yang spesifik masih belum diumumkan.

Palworld: Palfarm menjemput pemain ke sebuah pulau baharu di mana mereka boleh tinggal dan bekerja bersama makhluk-makhluk misteri yang dikenali sebagai Pal. Aspek gameplay tertumpu kepada membina ladang idaman dengan berkebun, memasak, mereka cipta, dan membina bangunan dengan kerjasama rakan-rakan Pal anda.

Menurut pengumuman, setiap Pal akan menyumbang kepada kejayaan ladang dengan menggunakan kebolehan unik mereka. Daripada menyemai benih dan menyiram sehinggalah menuai hasil, Pal akan menjadi rakan yang boleh dipercayai dalam semua aspek kehidupan perladangan.

Selain daripada kerja-kerja berkebun, game ini akan menekankan aspek pembinaan hubungan. Pemain boleh berinteraksi dengan penduduk pulau dan Pal mereka melalui perbualan harian dan pemberian hadiah. Mengeratkan ikatan ini mungkin akan membuka “kisah-kisah istimewa yang tidak dijangka,” menambahkan naratif kepada pengalaman santai ini.

Walaupun game ini tertumpu pada kehidupan yang damai, ia juga mempunyai cabaran tersendiri. Pemain kadang-kala perlu mempertahankan ladang mereka daripada “Pal jahat” yang datang untuk membuat kacau. Game ini juga akan menampilkan sebuah pasar di mana pemain boleh membeli dan menjual hasil tanaman atau barangan kraf, dan kadangkala mendapatkan barangan yang jarang ditemui.

Bagi mereka yang lebih gemar bertani bersama rakan-rakan, Palworld: Palfarm akan menyokong mod multiplayer, membolehkan pemain membina kehidupan idaman mereka bersama-sama.

Butiran lanjut dijangka akan diumumkan pada masa akan datang.

Tags: Palworld: Palfarm
ShareTweetSend
Previous Post

Gameplay 7-Minit Untuk ANANTA, Open-World RPG Dari China Tetapi Menyerupai GTA

Next Post

Kojima Productions Mendedahkan Trailer Mengerikan Untuk Game Seram Akan Datang, OD

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kojima Productions Mendedahkan Trailer Mengerikan Untuk Game Seram Akan Datang, OD

Kojima Productions Mendedahkan Trailer Mengerikan Untuk Game Seram Akan Datang, OD

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd