Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Studios Malaysia Training Program – Khas Untuk Bakat Muda Game Dev!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2024
in Artikel, Berita, Industri, Tempatan
0 0
0
PlayStation Studios Malaysia Training Program – Khas Untuk Bakat Muda Game Dev!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersedia untuk tingkatkan kemahiran pembangunan game anda dengan PlayStation Studios Malaysia Training Program! Ini adalah peluang yang hebat untuk belajar teknik pembangunan game AAA terus daripada pakar industri. Program ini menawarkan dua kursus asas – satu dalam Animasi CG dan satu lagi dalam Penciptaan Aset Permainan Video (Game Asset).

🎉 Big news for aspiring game devs in Malaysia!

We’re thrilled to launch the PlayStation Studios Malaysia Training Program – your chance to learn AAA game dev skills directly from industry pros!

Jump in for:
CG Animation Foundation (30 Nov)
Game Asset Creation (7-8 Dec) pic.twitter.com/sxNNJWQE3f

— Hasnul Lego Tenakth (@mistahasnul) November 15, 2024

Diketuai oleh Cha Shyh Lei, seorang Senior Production Trainer, program ini direka untuk memberikan asas kukuh dalam animasi dan seni yang relevan dengan industri kepada para pemula. Sesi latihan ini sesuai untuk pelajar yang bercita-cita tinggi, graduan baru, dan profesional muda yang ingin meneroka kerjaya dalam industri gaming.

CG Professional Foundation (Animation) Beginner

Kredit: PlayStation Studios Malaysia

Tarikh: 30 November 2024 (Sabtu)
Masa: 10 pagi – 5 petang
Tempat: Online

Dalam modul ini, peserta akan meneroka dunia animasi motion capture, dengan fokus kepada teknik penting menggunakan Time Editor dalam Maya. Kursus ini akan merangkumi asas bekerja dengan data motion capture, daripada mencampur dan menyunting klip kepada mengemaskan animasi akhir. Pada akhir sesi, pelajar akan mampu:

  • Memanipulasi dan mencampur klip motion capture
  • Membersih dan menyunting data motion capture
  • Menyepadukan klip kepada rig watak dan mengubah prestasi
  • Mencipta adegan terperinci yang menghidupkan watak

Kursus ini disusun kepada tiga sesi fokus:

  • Topik 1: Pengenalan kepada Time Editor, mencampur klip, dan penciptaan adegan.
  • Topik 2: Teknik membersih motion capture dan penyesuaian prestasi.
  • Topik 3: Polish dan mengemaskan animasi untuk produk akhir.

CG Professional Foundation (Art) Beginner

Kredit: PlayStation Studios Malaysia

Tarikh: 7 & 8 Disember 2024 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10 pagi – 5 petang
Tempat: Online

Modul dua hari ini menawarkan pengenalan mendalam kepada penciptaan game asset, di mana peserta akan belajar cara mencipta aset prop yang memenuhi piawaian game AAA. Direka untuk pemula, kursus ini akan mengajar pelajar:

  • Cara membina model low-poly dalam had kiraan poligon
  • Teknik untuk UV mapping dan menetapkan smoothing group
  • Cara menggunakan Substance Painter untuk tekstur realistik
  • Tips untuk mencipta shader dan material dalam Unreal Engine

Kursus ini dibahagikan kepada empat topik, merangkumi setiap peringkat proses penciptaan aset:

  • Topik 1: Membina model low-poly dan menganalisis mesh high-poly.
  • Topik 2: UV mapping dan texture baking dengan Substance Painter.
  • Topik 3: Tekstur menggunakan stencil, alpha, dan smart mask dalam Substance 3D Painter.
  • Topik 4: Menyediakan shader dalam Unreal Engine dan rendering portfolio.

Kenapa Anda Patut Sertai

Kedua-dua kursus Training Program ini menyediakan peluang yang jarang untuk belajar terus daripada profesional berpengalaman di PlayStation Studios Malaysia.

Sesi-sesi ini direka khas untuk membantu pemula memahami elemen penting dalam pembangunan game, dengan pembelajaran hands-on yang mencerminkan amalan sebenar dalam industri. Dan ya, selepas tamat, peserta akan menerima sijil untuk mengesahkan kemahiran baru mereka!

Jangan lepaskan peluang untuk memulakan kerjaya pembangunan game anda dengan kemahiran asas dalam animasi dan penciptaan aset ini. Slot adalah terhad, jadi pastikan anda mendaftar segera di SINI!

Tags: Game DevPlayStation Studios MalaysiaPlayStation Studios Malaysia Training Program
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix Malaysia Menaikkan Harga Langganan di Semua Pelan

Next Post

Reviu Gladiator II: Membalas Dendam Demi Rom! (SPOILER)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Reviu Gladiator II: Membalas Dendam Demi Rom! (SPOILER)

Reviu Gladiator II: Membalas Dendam Demi Rom! (SPOILER)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd