Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peta baru Deston akan dikeluarkan pada 13 Julai 2022 di PUBG PC & konsol

safwan by safwan
June 28, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Game Percuma, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Peta baru Deston akan dikeluarkan pada 13 Julai 2022 di PUBG PC & konsol
Share on FacebookShare on Twitter

PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS atau lebih dikenali sebagai PUBG merupakan game battle royale yang popular sejak ia dikeluarkan pada tahun 2017. Banyak mekanik dan kemas kini kandungan telah dilaksanakan oleh Krafton untuk mengekalkan pemain-pemain mereka. Oleh itu, mereka akan mengeluarkan kemas kini terbaru pada 13 Julai 2022 bersama peta baharu iaitu Deston di PUBG PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Deston merupakan peta yang ke-9 akan hadir ke dalam PUBG. Sebelum ini, mereka telah mengeluarkan map ke-8 iaitu Taego yang dikeluarkan pada tahun 2021. Sejak ia dikeluarkan banyak peta baharu telah ditambah ke dalam PUBG termasuk Have, Paramo dan Karakin.

Peta ini boleh digambarkan telah musnah dan ditinggalkan selepas taufan melanda. Sebahagian besar peta ditenggelami air dan memerlukan bot udara untuk bergerak. Lokasi termasuk bandar besar Ripton, empangan, loji turbin angin, paya, arena paintball yang kini jauh lebih hebat dan tempat konsert yang menampilkan belon ayam gergasi.

Selain itu, ini merupakan kali pertama Krafton memperkenalkan peta yang mempunyai paya di mana ia terletak pada bahagian atas peta. Di Deston, mereka memperkenalkan ciri-ciri baru yang seakan sama seperti Fortnite adalah zip line, bot udara dan ability payung terjun yang kekal.

Deston ialah peta terbesar, tertinggi dan paling padat yang pernah dilihat dalam game itu. Sepanjang perlawanan di Deston, pemain akan mengalami tetapan bandar yang padat dengan bangunan menegak yang tinggi hingga ke bukit bukau, dataran dan paya yang direka bentuk baharu.

Peta ini bertujuan untuk menggabungkan antara game yang menyeronokkan dan melibatkan pemain dalam medan pertempuran yang realistik. Deston akan mencabar pemain untuk mempelajari setiap hidupan semula jadi dalam peta bagi memahami bagaimana ia akan mencabar mereka. Pemain akan mempertimbangkan gear, kenderaan dan penutup yang berbeza untuk menuntut Chicken Dinner.

Menurut Krafton

Saya ingin mengingatkan anda bahawa peta yang dipanggil Deston ini akan dikeluarkan pada 13 Julai 2022 di PUBG PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Memandangkan PUBG adalah game battle royale percuma, tiada masalah untuk anda mencuba bermain semasa peta ini dikeluarkan nanti. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai PUBG, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DestonPlayerUnknown's Battlegroundspubg
Previous Post

Dah khatam 16 kali, pemain Elden Ring cipta “Tier List” untuk Boss Fight paling seronok

Next Post

Murder at Castle Nathria – Pengembangan terbaru Heartstone akan tiba 3 Ogos 2022!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Pameran Pop-Up “Love and Deepspace” Pertama di Asia Tenggara Bawa Sentuhan Cinta Ke Resorts World Sentosa
Acara

Pameran Pop-Up “Love and Deepspace” Pertama di Asia Tenggara Bawa Sentuhan Cinta Ke Resorts World Sentosa

July 11, 2025
SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 Tawar Diskaun Besar di Steam, Termasuk Bundle Baru “Like a Dragon!”
Promosi

SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 Tawar Diskaun Besar di Steam, Termasuk Bundle Baru “Like a Dragon!”

July 11, 2025
Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!
Berita

Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!

July 11, 2025
Next Post
Murder at Castle Nathria – Pengembangan terbaru Heartstone akan tiba 3 Ogos 2022!

Murder at Castle Nathria - Pengembangan terbaru Heartstone akan tiba 3 Ogos 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd