Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 5: The Phantom X Bersedia Untuk Pelancaran Global Pada 26 Jun 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
Persona 5: The Phantom X Bersedia Untuk Pelancaran Global Pada 26 Jun 2025
Share on FacebookShare on Twitter

ATLUS dan Black Wings Game Studio telah mengesahkan bahawa game yang dinanti-nantikan, Persona 5: The Phantom X, akan dilancarkan di seluruh dunia pada 26 Jun 2025.

Pemain boleh memuat turun game ini di PC melalui Steam, iOS melalui App Store, dan Android melalui Google Play. Selepas pelancaran awalnya di China pada 12 April 2024, serta di Taiwan dan Korea Selatan pada 18 April 2024, kini pemain di seluruh dunia akan berpeluang menikmati pengalaman ikonik Persona 5.

Persona 5: The Phantom X, juga dikenali sebagai Persona 5 X atau P5X, adalah free-to-play RPG percuma dengan sistem gacha. Dibangunkan oleh Black Wings Game Studio dan diterbitkan oleh Perfect World Games, ia berada di bawah pengawasan ketat ATLUS dan SEGA.

Sebagai spin-off daripada Persona 5 yang terkenal, game ini membawa pemain ke alam selari Tokyo moden, mengekalkan gaya visual, muzik, dan elemen gameplay ikonik dari siri original, tetapi dioptimumkan untuk platform mobile dan PC.

Kredit: ATLUS

Game ini mengisahkan seorang protagonis baharu, seorang pelajar tahun kedua di Kokatsu Academy yang dikenali sebagai “Wonder.” Wonder adalah remaja yang hilang arah dalam hidup, tetapi pertemuan dengan makhluk misteri menyerupai burung hantu membawanya untuk membangkitkan Persona-nya, Jánošík.

Bersama sekumpulan watak baharu, Wonder menjadi Phantom Thief, menjelajah Metaverse untuk melawan individu korup dan keinginan mereka yang menyimpang.

Kredit: ATLUS

Dari segi gameplay, Persona 5: The Phantom X mengekalkan pertempuran turn-based klasik siri ini, lengkap dengan ciri popular seperti One More, Baton Pass, dan All-Out Attacks. Namun, beberapa mekanik diubah suai untuk pengalaman mobile — contohnya, Baton Pass kini mencetuskan serangan segera dan bukan memberikan giliran penuh.

Serangan baharu bernama “Highlight,” yang mirip dengan gerakan Showtime dalam Persona 5 Royal, menambah dimensi baharu kepada pertempuran dengan menghasilkan serangan solo yang kuat.

Kredit: ATLUS

Selain pertempuran, game ini juga mengekalkan aspek simulasi sosial yang menjadi tanda dagang siri ini. Pemain akan mengurus kehidupan Wonder, mengimbangi masa antara sekolah, kerja sambilan, dan hubungan untuk meningkatkan statistik sosial seperti Knowledge dan Courage.

Sistem stamina menggantikan kalendar tradisional, di mana tenaga untuk aktiviti akan terisi semula dari masa ke masa atau melalui mata wang dalam game.

Kredit: ATLUS

Sistem gacha dikendalikan oleh Igor di Velvet Room untuk Persona dan Munehisa Iwai untuk senjata, membolehkan pemain memanggil watak baharu serta versi kognitif Phantom Thieves original yang dikenali sebagai “Phantom Idols.”

Kredit: ATLUS

Dari segi lokasi, Persona 5: The Phantom X mengembalikan pemain ke kawasan ikonik seperti Shibuya dan Yongen-Jaya, sambil menambah kawasan baharu seperti Kokatsu Academy dan sebuah kafe di Kichijoji yang menggantikan Café Leblanc.

Watak baharu seperti Motoha Arai, Shun Kanou, dan Riko Tanemura menyertai kumpulan Phantom Thieves, bersama burung hantu sama yang bertindak sebagai panduan pasukan dan boleh berubah menjadi kenderaan dalam Metaverse.

Kredit: ATLUS

Peminat juga akan bertemu watak Persona 5 original, seperti Tae Takemi dan Munehisa Iwai, serta Phantom Thieves asal dalam bentuk “Phantom Idols” yang boleh dipanggil melalui Velvet Room.

Untuk maklumat terkini, lawati laman web rasmi Persona 5: The Phantom X.

Tags: Persona 5: The Phantom X
ShareTweetSend
Previous Post

Revolusi Indie Game Jepun – Interviu Bersama Penganjur BitSummit, Masahiko Murakami

Next Post

ASUS Umum Vivobook S14/S16 Di Malaysia, Harga Bermula RM3,199!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
ASUS Umum Vivobook S14/S16 Di Malaysia, Harga Bermula RM3,199!

ASUS Umum Vivobook S14/S16 Di Malaysia, Harga Bermula RM3,199!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd