Pengganti PUBG, iaitu Game For Peace telah menggantikan permainan asal itu selepas syarikat gergasi tersebut tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan China untuk monetise permainan tersebut di negara itu. Namun, ianya bukanlah masalah untuk mereka kerana gelaran baru itu membawa pulang US $14 juta (RM58.28 juta) dalam masa 72 jam! Permainan ini juga hadir dalam versi iOS, yang mendapat kedudukan teratas sebagai permainan percuma yang dimuat turun paling banyak di Apple China App Store pada 10 Mei lepas, mengikut data dari Sensor Tower.

Kelewatan kelulusan dan tindakan keras kerajaan China terhadap kandungan telah menyekat Tencent daripada menjana pendapatan dari versi mudah alih PUBG, jadi ia menghentikan permainan terkenal itu minggu lalu dan melancarkan Game For Peace, yang mempunyai permainan serupa sepertinya dan membolehkan pengguna untuk memindahkan data mereka dari PUBG secara automatik. Tencent menerima kelulusan untuk menjana pendapatan daripada tajuk baru ini bulan lepas, yang bermaksud pengguna boleh membeli barang-barang, skin dan lain-lain dalam permainan dengan serta-merta.
Tencent bagaimanapun masih mengikut kempen kerajaan untuk melindungi kesihatan kanak-kanak dan menghalang ketagihan permainan, jadi Game for Peace hanya tersedia untuk pemain berumur 16 tahun ke atas, dan akan membatasi masa bermain bagi mereka yang berumur 16 hingga 18 tahun pada hanya dua jam sehari. Nampaknya, klon PUBG ini masih mendapat sambutan menggalakkan daripada pemain dan rakyat di sana!
Sumber: Sensor Tower
@gamersantaimy
Discussion about this post