Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[PENDAPAT GS] All Might harus mati agar Deku boleh jadi HERO TERBAIK!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
[PENDAPAT GS] All Might harus mati agar Deku boleh jadi HERO TERBAIK!
Share on FacebookShare on Twitter

My Hero Academia menceritakan kisah Izuku Midoriya (Deku) untuk menjadi superhero terhebat dalam sejarah sama seperti idolanya, All Might, hero nombor 1 di dunia. Sejak dipilih oleh All Might untuk menjadi pewaris kuasanya, One For All, Deku dan All Might telah menjadi pasangan yang tidak dapat dipisahkan, ketika hero unggul ini menjadi mentor kepada bakal penggantinya. Walau bagaimanapun, jalan cerita manga dan anime telah banyak berubah sejak My Hero Academia bermula dan akan memberi tragedi yang tidak disangka kepada peminat. Memang tidak boleh dielakkan: All Might harus mati, agar Deku boleh menjadi hero terhebat.

Idea bahawa All Might harus mati bukanlah pendapat semata-mata dan sebenarnya sesuatu yang sudah diterapkan ke dalam mitos My Hero Academia. Kuasa One For All mempunyai sejarah yang sangat tragis. Anime telah menyentuh isu ini beberapa kali, dan story arc manga yang paling terkini telah mendalami perkara ini. Tanpa mendedahkan apa-apa spoiler besar, kita sekarang tahu bahawa tradisi pengguna-pengguna One For All adalah untuk mati secara tragis di tangan antagonis, All For One, yang bertentangan dengan One For All. Malah, salah satu penemuan terbesar Deku dan All Might capai ialah fungsi kuasa ditentukan oleh cara bekas-bekas pengguna:

  1. Ramai bekas pengguna One For All menerima kuasa daripada seorang hero yang hampir mati, dan mewariskannya kepada individu yang terdekat. Pengguna tersebut tidak boleh mengakses kuasa penuh One For All.
  2. Beberapa pengguna (seperti All Might and Deku) secara peribadi dipilih untuk menerima kuasa ini kerana perwatakan mereka, dan mendapat akses kepada kuasa penuh.

Malah apabila kuasa One For All secara sukarela dihantar ke “orang yang dipilih,” mereka akan akhirnya dibunuh oleh All For One – seperti mentor All Might, Nana Shimura. Latar belakang rumit ini membentuk corak yang sangat jelas dan sukar untuk dielakkan.

Baiklah, beberapa peminat My Hero Academia mungkin berpendapat bahawa Deku berjaya memecahkan kitaran tragis ini dengan menyelamatkan All Might dan mengalahkan All For One. Ini adalah hujah yang adil dan akan diteroka secara terperinci tidak lama lagi. Di sini, saya ada beberapa bantahan jelas kepada idea tersebut:

  1. Toshinori Yagi (All Might) sedang perlahan-lahan mati sejak siri ini bermula. Kemenangan besar pertama All Might ke atas All For One mengakibatkan tubuhnya cedera dengan teruk dan tidak boleh disembuh.
  2. My Hero Academia telah melihat kehilangan tragis seperti Mirio yang kehilangan kuasa dan kematian Sir Nighteye.

Dengan sebuah peperangan besar yang sedang berlaku di manga My Hero Academia, nampaknya kisah Deku hanya akan bertambah rumit. Untuk Deku, pelajar-pelajar di U.A., dan Hero-Hero lain, mereka akan menghadapi peperangan paling besar dalam hidup mereka dengan gabungan League of Villains dan Meta Liberation Front. Semestinya peperangan ini akan berakhir dengan satu kehilangan besar. Adakah kita akan lihat kematian All Might di sini? Peminat hanya mampu menunggu babak seterusnya..

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: All MightanimeBoku no Hero AcademiaDekuheromangaMy Hero Academia
Previous Post

[Review] Nioh 2? RPG yang penuh dengan aksi membuatkan anda teruja lah!

Next Post

Server MEGA MAN x DiVE dibuka jam 12PM ini dan dah boleh dimuat turun di Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Server MEGA MAN x DiVE dibuka jam 12PM ini dan dah boleh dimuat turun di Mobile!

Server MEGA MAN x DiVE dibuka jam 12PM ini dan dah boleh dimuat turun di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd