Pada tahun 2013, penyelidik daripada Max Planck Institute for Human Development membuat kesimpulan bahawa main game boleh menambahkan grey matter pada kawasan yang mengawal spatial orientation, ingatan, pemikiran strategik dan motor skill.
Camne diorang kaji? Diorang panggil orang dewasa untuk main Super Mario 64 untuk 30 minit sehari selama 2 bulan. Lepas tu diorang scan otak pemain-pemain ni dengan MRI dan buat perbandingan dengan MRI scan otak orang dewasa yang tak main game ni dalam tempoh yang sama. Hasilnya adalah grey matter kat hippocampus kanan, prefrontal cortex dan sebahagian cerebellum bertambah kat otak pemain-pemain game.
Ini menunjukkan yang ada bahagian-bahagian otak yang boleh dilatih dengan video game, menurut pengarah kajian ni iaitu Simone Kühn.
Pemain Nintendo Lebih Sosial
Andrew K. Przybylski daripada University Oxford telah buat kajian psychological dimana dia kaji budak-budak umur 10 hingga 15 tahun dengan mengarahkan mereka untuk merekodkan berapa lama diorang main game hari-hari. Lepas tu disuruhnya jawab personality test. Dia simpulkan bahawa dengan main game; akan ada psychological adaptation yang tinggi.
Sebuah kajian daripada Brigham Young University pulak mencadangkan bahawa adik-beradik takkan bergaduh bila main game sama-sama. Dan penemuan yang menarik adalah bila diorang main game yang ganas sama-sama, konflik adik-beradik berkurangan.
Dalam satu kajian lain daripada university yang sama, mereka simpulkan bahawa anak perempuan yang main game macam Mario Kart atau Mario Bros dengan parents diorang akan dapat kesihatan mental yang bagus dan akan rasa lebih terhubung dengan parents diorang.
Pemain Nintendo Lebih Berjaya
Developer game Jane McGonical dalam siri Ted Talk dia mengatakan ramai gamers guna “10,000 hour rule for success”; dimana penyelidik otak mengatakan kita boleh master discipline kita kalau kita spend 10,000 jam ke atas sesuatu sebelum umur kita 21. Sebab tu dia cadangkan siapa yang awal 30an atau muda untuk main video game.
Lagi contoh mudah, Mark Zuckerberg kata dia takkan jadi programmer kalau bukan sebab dia jatuh cinta dengan video games masa dia kecik.
Ada jugak satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Communication yang mengatakan kanak-kanak yang main online game dalam masa lapang diorang akan perform dalam test “Programme for International Student Assessment”. Semuanya sebab aspek-aspek dalam game macam puzzle solving yang memerlukan pemikiran untuk diselesaikan.
Tapi, tak boleh juga kita ketepikan kajian-kajian pasal kesan negatif video game. Kata kunci disini adalah “moderation” ataupun kawalan. Apa benda yang elok pun kalau diambil berlebihan adalah memudaratkan. Capeesh?
@gamersantaimy
Discussion about this post