Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peluang menangi hadiah premium Gran Turismo 7 melalui kempen MyGTStory!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 24, 2022
in Uncategorized
0 0
0
Peluang menangi hadiah premium Gran Turismo 7 melalui kempen MyGTStory!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena dengan pelancaran “Gran Turismo® 7” di PS4 dan PS5 serta Ulang Tahun ke-25 siri Gran Turismo®, Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) telah mengadakan kempen sosial “MyGTStory” dan ingin menjemput pemain di Asia untuk berkongsi cerita dan memori mereka tentang Gran Turismo.

10 penyerahan terbaik dari Asia Tenggara (Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam) boleh mendapat peluang untuk memenangi Set Hadiah Deluxe yang termasuk game “Gran Turismo® 7” 25th Anniversary Edition yang ditandatangani oleh Kazunori Yamauchi.

Tempoh kempen: 24 Januari hingga 13 Februari 2022

Cara-cara untuk masuk:

  • Muat naik gambar/video di Facebook dan/atau Instagram tentang “makna Gran Turismo” dengan maksimum 100 perkataan dalam kapsyen untuk memperkenalkan “kisah Gran Turismo” anda.
  • Bahan berkaitan Gran Turismo mesti disertakan dalam siaran sosial (cth: salinan game, barangan rasmi, gambar/video di acara Gran Turismo, tangkapan skrin dalam game, dsb.).
  • Tambahkan hashtag rasmi kempen dalam posting: #MyGTStory dan #GT7.
  • Tag akaun PlayStation rasmi tempatan kita: @PlayStationAsia (untuk Facebook) dan @PlayStationAsia (untuk Instagram).
  • Entri/posting mesti ditetapkan kepada “Public”.
  • Peserta dibenarkan menyerahkan banyak kali tetapi setiap peserta hanya mempunyai satu peluang untuk dipilih sebagai pemenang.

Kriteria untuk menang:

Gambar/video terbaik akan dinilai oleh SIES berdasarkan kreativiti dan relevan.

Hadiah

10 pemenang dari Asia Tenggara (Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam) dengan gambar/video paling kreatif dan kapsyen terbaik akan dihadiah satu Gran Turismo® 7” Deluxe Gift Set yang terdiri daripada:

  • 1 x “Gran Turismo® 7” 25th Anniversary Edition (PS4/PS5, salinan fizikal yang ditandatangani oleh Kazunori Yamauchi – Presiden Polyphony Digital, pencipta siri Gran Turismo)
  • 1 x keychain “Gran Turismo® 7”.
  • 1 x pelapik cawan berbentuk litar “Gran Turismo® 7”.
  • 1 x lanyard “Gran Turismo® 7”.
  • 1 x set pelekat “Gran Turismo® 7”.

Tekan di SINI untuk maklumat lanjut tentang kempen di atas.

Kongsi “MyGTStory” anda dan menangi peluang untuk menang edisi premium Gran Turismo 7 yang bakal keluar pada 4 Mac 2022 di PS4 dan PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gran Turismo 7hadiahMyGTStory
Previous Post

[Khabar angin] Armored Titan akan hadir ke COD: Warzone!

Next Post

Senarai game yang boleh dimainkan di Steam Deck! Usya dulu sebelum beli!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Boruto jadi viral kerana muka menangis terlalu buruk, peminat pun tak puas hati
Uncategorized

Boruto jadi viral kerana muka menangis terlalu buruk, peminat pun tak puas hati

April 28, 2022
Trek to Yomi akan keluar pada 5 Mei 2022, gameplay dipamerkan
Uncategorized

Trek to Yomi akan keluar pada 5 Mei 2022, gameplay dipamerkan

April 6, 2022
Echoes of Mana kini tersedia untuk pradaftar di Android & iOS
Uncategorized

Echoes of Mana kini tersedia untuk pradaftar di Android & iOS

March 18, 2022
Next Post
Senarai game yang boleh dimainkan di Steam Deck! Usya dulu sebelum beli!

Senarai game yang boleh dimainkan di Steam Deck! Usya dulu sebelum beli!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd