Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pakej 5G Rahmah dengan HONOR 90 Lite 5G – nilai hanya RM120!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 10, 2023
in Artikel, Berita, Promosi, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Pakej 5G Rahmah dengan HONOR 90 Lite 5G – nilai hanya RM120!
Share on FacebookShare on Twitter

Diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital – Fahmi Fadzil – Pakej 5G Rahmah merupakan inisiatif kerajaan yang menawarkan pakej pelan data mampu milik untuk rakyat Malaysia. Buat masa sekarang, Celcom, Digi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan Yes telah mengesahkan akan melancarkan Pakej 5G Rahmah. Melalui Pakej 5G Rahmah, golongan B40 boleh membeli HONOR 90 Lite 5G pada harga RM120, dan menikmati data Internet 60GB dengan bayaran bulanan RM60.

Kredit: HONOR Malaysia

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, pelan data-peranti ditawarkan dengan kelajuan 5G dan kuota 60GB, tersedia bermula 31 Ogos 2023. HONOR 90 Lite menjadi salah satu pilihan yang ditawarkan dengan pelan data, dan di sini alasan mengapa peranti ini paling sesuai sebagai pilihan anda dari segi kelajuan, kecekapan dan mampu untuk dimiliki.

Apa yang menarik tentang HONOR 90 Lite 5G?

Kredit: HONOR Malaysia

Peranti ini dikuasakan oleh cipset Dimensity 6020 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan 256GB. Rakyat Malaysia bebas untuk meningkatkan kebolehan tugasan pelbagai dengan keupayaan memori HONOR 90 Lite 5G yang besar.

Satu lagi sorotan besar ialah paparan – sebesar 6.7″, ia kini mempunyai resolusi FHD+ dan menawarkan refresh rate 90Hz. Pada masa yang sama, ia memiliki Sijil Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan TÜV Rheinland untuk perlindungan mata yang berterusan, pengguna dapat menikmati penggunaan telefon pintar tanpa masalah keletihan atau ketidakselesaan mata.

Untuk penyesuaian bagi mendapatkan pemandangan terbaik, terdapat beberapa pilihan seperti Mod Keselesaan Mata, Mod E-Buku, atau Mod Gelap untuk keselesaan yang bersesuaian.

Kredit: HONOR Malaysia
Kredit: HONOR Malaysia

Bagi kamera, modul utama di bahagian belakang mempunyai sensor 100MP dengan lensa f/1.9. Selain itu, model itu turut dilengkapi dengan kamera ultra lebar 5MP manakala bahagian depan mempunyai kamera selfie 16MP. Rakaman video terhad kepada 1080p. Walaupun saiz foto dipotong mengikut kesesuaian anda, setiap perincian kekal terang, menawarkan dimensi baharu kepada kerja kreativiti anda.

Telefon ini menukar kapasiti bateri untuk pengecasan Type-C yang lebih pantas dan dilengkapi dengan sel kuasa 4,500mAh yang boleh mencapai 55% pengecasan dalam setengah jam bersama 22.5W Honor Super Charge.

Model baharu ini lebih ringan dan lebih langsing, berukuran 179g dan 7.48mm. Peranti ini membawa kedua-dua pensijilan Hi-Res Audio dan Hi-Res Audio Wireless. Terdapat pembaca cap jari yang dipasang di sisi.

Kredit: HONOR Malaysia

Sempena itu, mari raikan Pakej 5G Rahmah dengan HONOR 90 Lite 5G! Bersama pakej khas ini, anda mampu mendapatkan peranti canggih pada harga mampu milik.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR 90 Lite 5G, sila tekan pautan ini. Baca segala berita kami tentang HONOR di sini.

Tags: HONOR 90 Lite 5GPakej 5G Rahmah
ShareTweetSend
Previous Post

MLBB: Kenali Barisan Pasukan-Pasukan Regular Season untuk MPL SG Musim 6!

Next Post

Guilty Gear: Strive umum Johnny, watak DLC pertama dalam Season 3!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Guilty Gear: Strive umum Johnny, watak DLC pertama dalam Season 3!

Guilty Gear: Strive umum Johnny, watak DLC pertama dalam Season 3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd