Akhirnya Activision akan melancarkan kolaborasi The Boys di dalam Call of Duty (COD) Modern Warfare 2 dan Warzone 2 pada 12 Julai 2023. Mereka juga bawa beberapa kemas kini penting terhadap kedua-dua game tersebut.

Kolaborasi The Boys akan memperkenalkan operator baharu iaitu Starlight (tersedia pada 12 Julai), Homelander (tersedia pada 16 Julai) dan juga Black Noir (tersedia pada 20 Julai 2023). Sempena kolaborasi ini, mereka akan membawa Cabaran Diabolical Camo, Naik taraf The Boys “Temp V” Field dan juga Map yang bertemakan The Boys.
Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan senjata baru, operator baru dan banyak lagi sepanjang Season 4 Reloaded ini. Untuk membaca kemas kini dengan lebih lanjut, sila ke laman web rasmi Call of Duty di sini. Berikut adalah makluamt ringkas yang akan mereka bawa ke dalam Warzone dan juga Modern Warfare 2.

Di dalam Season 4 Reloaded ini juga akan menampilkan penamat kepada Special Ops Atomgrad dengan Episod Raid 04.
“Anggota Pasukan Petugas 141 telah ditangkap dan dipenjarakan oleh aset Al-Qatala Hadir,” kata Activision dalam catatan Blog PlayStation. “Dalam kesimpulan epik kepada Atomgrad ini, terpulang kepada anda dan dua Operator lain untuk keluar dan menyelesaikan perkara yang anda mulakan.”

Nampaknya, pemain boleh jadi superhero The Boys dalam Call of Duty (COD) Warzone dan juga Modern Warfare 2. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post