Siapa yang tak suka benda percuma kan? Selain daripada Civilization VI yang kini percuma di Epic Games Store, Steam pun turut serta menghadiahkan permainan percuma! 10 Second Ninja X oleh pemaju Four Circle Interactive dan penerbit Curve Digital boleh ditebus secara percuma bermula sekarang hingga 28 Mei 1PM. Gamers Malaysia boleh menghabiskan masa bermain game comel ini semasa kuarantin, jadi lebih baik anda semua manfaatkan peluang ini.
https://www.youtube.com/watch?v=3VjEU_d762k&feature=youtu.be
10 Second Ninja X adalah game puzzle platformer di mana anda bermain sebagai seorang ninja yang harus memusnahkan robot dalam jangka masa 10 saat. Anda mempunyai banyak jenis serangan, termasuk projektil yang mempunyai kapasiti terhad. Setiap tahap akan selesai apabila pemain memusnahkan semua sasaran. Pendek kata, lagi cepat anda setelkan robot, lagi banyak ganjaran anda dapat. Berikut adalah rumusan rasmi:
10 Second Ninja X ialah game action/puzzle yang sangat pantas. Dalam sekuel yang pasti membuat jari anda lenguh, si jahat Captain Greatbeard telah menculik anda dan mengurung rakan-rakan hutan di dalam robotnya. Greatbeard tidak menganggap anda sebagai ninja yang pantas – dia SALAH. Hancurkan semua robot Greatbeard pada setiap peringkat dalam sepuluh saat atau kurang. Bertarung melalui 100 peringkat, terokai kapal terbang Greatbeard, bongkarkan semua rahsia, panjat leaderboard dan tunjukkan kepada semua makna sebenar untuk menjadi HERO YANG PALING CEPAT DAN BERGAYA.
10 Second Ninja X boleh didapati secara percuma di STEAM. Guna pautan di bawah untuk tebus game ini sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post