Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nightwing & Red Hood beraksi dalam gameplay rasmi Gotham Knights

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2022 - Updated on May 24, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Nightwing & Red Hood beraksi dalam gameplay rasmi Gotham Knights
Share on FacebookShare on Twitter

Gotham Knights mempunyai treler gameplay baru selama 15 minit yang memfokuskan pada Red Hood dan Nightwing. Kami melihat mereka merentasi bumbung Gotham, memerangi jenayah kecil, dan menyusup ke markas Court of Owls sambil memandu di bandar Gotham yang sarat dengan jenayah dalam Batcycle baru, serta terbang dari satu titik ke satu titik dengan Fast-Bat.

Treler bermula dengan Nightwing sedang merenung bandar sebelum dia menggunakan glider dan tongkatnya yang digunakan untuk melayang dan terbang ke atas, seperti versi Fast-Bat yang lebih kecil. Bagi mereka yang tidak tahu, Fast-Bat adalah sebahagian daripada sistem fast travel, dan merupakan kelawar mekanikal hitam gergasi yang membawa wira kami ke lokasi dari lokasi.

Selain itu, Red Hood bergerak sini sana menggunakan tenaga rohnya sendiri yang dipanggil Mystical Leap. Ia mencipta trampolin hijau berasaskan roh yang boleh digunakan untuk melompat ke langit, tetapi dia juga menggunakan ini dalam kombinasi dengan grapple untuk merentasi bumbung. Dia mempunyai keupayaan ini kerana, seperti dalam komik, dia telah dihidupkan semula.

Walau bagaimanapun, Red Hood tidaklah kejam seperti versi komiknya. Peluru di dalam pistolnya adalah berjenis “non-lethal”, tetapi dia masih mempunyai peluru yang boleh bertembus melalui perisai/besi dan bom yang boleh diikatkan kepada musuh. Semua senjata ini digunakan dalam skil Barrage di mana dia menembak kedua-dua pistol ke arah musuh untuk memberikan damage maksimum.

Kami juga dapat melihat dua abiliti Nightwing – Elemental Shock yang mengabaikan efek perisai dan memberikan damage manakala Cryostasis membekukan musuh supaya mereka tidak bergerak, lantas memberi anda lebih banyak ruang dan masa untuk bertarung. Tetapi tidak semua musuh begitu mudah untuk ditewaskan. Dalam treler, korang dapat lihat superhuman yang dicipta oleh Court of Owls. Musuh ini lebih sukar untuk ditewaskan dan boleh hidup semula untuk terus berlawan.

Kemudian kita belajar lebih lagi tentang cara pemilihan watak. Jika bermain solo, anda boleh memutuskan siapa yang anda mahu mainkan untuk setiap misi – dalam treler, Nightwing menyusup ke markas Court of Owl, tetapi selepas itu misi yang sama dimainkan tetapi pemain menggunakan Red Hood, yang bermakna watak boleh ditukar ganti.

Akhir sekali adalah Belfry (pangkalan operasi kami) sut kosmetik, carfa-cara untuk upgrade, beberapa animasi untuk hero-takedown, Batcycle, sistem co-op, tempat upgrade senjata, Bat Computer, UI yang boleh diubahsuai dan banyak lagi. Semuanya diakhiri dengan kosmetik Batcycle bernama 233 Kustom yang boleh diperoleh dengan membuat prapesanan sebelum pelancaran pada bulan Oktober.

Selain gameplay Nightwing dan Red Hood, Warner Bros Games juga mengumumkan bahawa Gotham Knights tidak lagi dirancang untuk dikeluarkan pada PlayStation 4 dan Xbox One, dan sebaliknya hanya tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store apabila ia dilancarkan pada 25 Oktober.

Gotham Knights
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Gotham Knights adalah permainan video main peranan yang akan datang berdasarkan watak DC Comics Batman dan pemeran pendukungnya. Permainan ini sedang dikembangkan oleh WB Games Montréal dan akan diterbitkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment. Wikipedia
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gotham KnightsNightwingRed Hood
Previous Post

[Pandangan pertama] Overwatch 2 Beta – Sekuel yang dinantikan ramai peminat!

Next Post

MH Rise: Sunbreak memperkenalkan varian monster dan ciri-ciri baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MH Rise: Sunbreak memperkenalkan varian monster dan ciri-ciri baru!

MH Rise: Sunbreak memperkenalkan varian monster dan ciri-ciri baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd