Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Need For Speed terbaru akan dikeluarkan untuk PS5 dan Xbox Series X|S pada hujung tahun ini. Menurut VGC, game ini mungkin tidak akan dikeluarkan di PC.
Pada awalnya, mereka ingin mengeluarkan game terbaru bagi francais Need for Speed pada tahun 2021 tetapi ditangguhkan kepada 2022 selepas Criterion Games diminta untuk memastikan Battlefield 2042 dikeluarkan pada tahun itu. Syarikat ini telah mengambil alih pembangunan Need for Speed daripada Ghost Games selepas studio itu dibubarkan berikutan kegagalan yang berlaku pada Need for Speed: Heat.
Criterion Games sebelum ini mengusahakan siri Need for Speed untuk Hot Pursuit pada 2010 dan Most Wanted pada 2012, dengan memberikan bantuan dalam membangunkan Need for Speed: Rivals pada 2013. EA sebelum ini telah mengumumkan bahawa game Need for Speed seterusnya akan dikeluarkan untuk konsol yang terdahulu dengan ciri crossplay, tetapi perkara ini masih tidak dapat dijelaskan.
Walau bagaimanapun, Dead Space Remake yang akan datang juga dijadualkan untuk PS5, Xbox Series X|S, dan PC. Ini membuktikan bahawa yang EA bersedia untuk mengeluarkan lebih banyak game untuk next-gen konsol pada masa akan datang.
Selain itu, terdapat berita yang mengatakan bahawa Skate 4 telah memasuki ujian main dalaman dan mungkin akan diumumkan tidak lama lagi. Berita ini berlaku selepas bertahun-tahun tiada kemas kini untuk mengesahkan bahawa Skate 4 masih dalam pembangunan. Bukan setakat itu sahaja, EA juga telah membatalkan pameran tahunannya iaitu EA Play Live pada tahun ini.
Apa pendapat korang tentang info terbaru untuk Need for Speed yang akan datang? Kongsi pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita tentang Need for Speed, sila klik pautan ini.
Sumber: VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post