Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naughty Dog Umum “Intergalactic: The Heretic Prophet” – Pengembaraan Sci-Fi Baru Untuk PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Naughty Dog Umum “Intergalactic: The Heretic Prophet” – Pengembaraan Sci-Fi Baru Untuk PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan pembangun Naughty Dog secara rasmi telah memperkenalkan Intergalactic: The Heretic Prophet, sebuah francais baharu yang sedang dibangunkan untuk PlayStation 5.

Projek yang bercita-cita tinggi ini telah dalam pembangunan sejak 2020 dan diketuai oleh Neil Druckmann, individu di sebalik kejayaan The Last of Us dan Uncharted.

Berlatarbelakangkan ribuan tahun di masa hadapan, Intergalactic: The Heretic Prophet membawa pemain ke dunia yang jauh dan berbahaya. Game ini mengikuti kisah Jordan A. Mun, seorang pemburu upahan yang cekap dan pintar, yang terkandas di planet misteri bernama Sempiria.

Dahulu sebuah hab yang berkembang pesat, Sempiria kini telah terputus dari alam semesta selama lebih 600 tahun. Misi Jordan untuk melarikan diri dari orbit planet ini akan menguji kebolehannya hingga ke tahap maksimum, ketika dia menghadapi bahaya tersembunyi dan membongkar sejarah planet tersebut.

Kredit: Naughty Dog

Jordan A. Mun dihidupkan oleh Tati Gabrielle, yang terkenal melalui The Chilling Adventures of Sabrina dan You. Naughty Dog telah mengusik tentang barisan pelakon lain, tetapi lebih banyak info akan diumumkan dalam bulan-bulan akan datang.

Dalam pengumuman tersebut, Naughty Dog menggambarkan Intergalactic: The Heretic Prophet sebagai cerita mereka yang “paling liar dan paling kreatif setakat ini.”

Game ini dijanjikan untuk mengekalkan legasi studio dalam mencipta naratif yang beremosi dan berpusatkan watak sambil menyampaikan gameplay mereka yang paling bercita-cita tinggi sehingga kini.

Kredit: Naughty Dog

Intergalactic: The Heretic Prophet akan menolak batasan reka bentuk gameplay Naughty Dog, menggabungkan pembelajaran daripada kejayaan francais dahulu dan memperkenalkan inovasi yang melampaui apa yang pernah mereka cuba sebelum ini.

Pemain boleh menjangkakan mekanik yang canggih, persekitaran kompleks, dan pengalaman menyeluruh campuran naratif dan interaktiviti.

Kredit: Naughty Dog

Walaupun tarikh pelancaran belum diumumkan, pengumuman ini mencadangkan bahawa projek terbaru Naughty Dog ini bakal menjadi satu lagi tajuk ikonik untuk PlayStation.

Tags: Intergalactic: The Heretic ProphetNaughty Dog
ShareTweetSend
Previous Post

The Last of Us Part II Remastered Versi PC Akan Hadir Pada 3 April 2025!

Next Post

Capcom Umumkan “Okami Sequel”, Penantian Selepas 18 Tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Capcom Umumkan “Okami Sequel”, Penantian Selepas 18 Tahun!

Capcom Umumkan "Okami Sequel", Penantian Selepas 18 Tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd