Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections akan tiba 16 November! Boleh pre-order sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections akan tiba 16 November! Boleh pre-order sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan bahawa “Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections” rasmi akan dilancarkan pada 16 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch. Malangnya, tarikh keluaran untuk PC (Steam) akan diumumkan pada hari kemudian.

Kepada sesiapa yang berminat, game ini kini tersedia untuk pre-order di PlayStation dan Xbox secara digital, dan pada semua platform secara fizikal kecuali PC. Bersama tarikh keluaran, tiga watak baharu telah diumumkan yang memfokuskan kepada organisasi Kara iaitu: Boro, Delta dan Koji Kashin. Berikut adalah trailer rasmi:

Bagi mereka yang tidak tahu, Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections membolehkan pemain mengalami semula kisah Naruto dan Sasuke melalui setiap pertarungan epik yang berlaku sepanjang cerita Naruto. Daripada pembentukan “Pasukan 7 dan Peperiksaan Chunin” hingga ke “Persidangan Lima Kage dan Perang Dunia Shinobi ke-4”, Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS menunjukkan apa yang berlaku dalam hidup Naruto.

Pada masa yang sama, game ini juga menampilkan senarai watak terbesar dalam mana-mana game Naruto dengan lebih 130 watak untuk dipilih. Bersama pertarungan jenis sinematik dan visual autentik anime, peminat boleh mengasyikkan diri dalam pertempuran berasaskan pasukan sehingga 3v3 menggunakan watak kegemaran. Selain itu, Ultimate Ninja Storm Connections juga menampilkan jalan cerita tambahan unik di mana Boruto (anak Naruto) harus menghentikan ancaman Perang Dunia Shinobi ke-5 daripada berlaku.

Kredit: BNE Asia

Berikut adalah isi kandungan untuk pre-order dan setiap edisi yang ditawarkan:

Pakej Bonus Pembelian Awal & Bonus Pra-Pesan Digital

Kredit: BNE Asia
  • 3 Kostum
    • Naruto Uzumaki (The Final Battle) 
    • Naruto Uzumaki (TV Anime 20th Anniversary Costume) 
    • Sasuke Uchiha (TV Anime 20th Anniversary Costume) 

Edisi Standard

  • Game utama: Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections 

Edisi Deluxe

Kredit: BNE Asia
  • Game utama: Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections 
  • Season Pass yang mengandungi 5 watak tambahan yang akan diumumkan kemudian 
  • Bonus Season Pass – 1 kostum (Naruto Uzumaki (Great Ninja War: End)
  • Bonus Deluxe – 1 kostum (Kakashi Hatake: Maskless)

Edisi Sound Ultimate

Kredit: BNE Asia
  • Mengandungi kandungan yang sama seperti edisi Deluxe
  • Bonus Ultimate – 5 kostum dan 2 aksesori
  • Nostalgia Anime Song & Item Pack – 5 lagu anime dan 3 item dalam permainan

Edisi Premium Collector

Kredit: BNE Asia
  • Game utama: Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections 
  • 2 figura eksklusif sempena ulang tahun ke-20 anime
  • Steelbook 
  • Special Reversible Inlay 
  • 6 Collectible Card
  • 1 Skrol rasmi bersama seni oleh Studio Pierrot 
  • Season Pass yang mengandungi 5 watak tambahan yang akan diumumkan kemudian 
  • Bonus Season Pass – 1 kostum (Naruto Uzumaki (Great Ninja War: End)
  • Bonus Deluxe – 1 kostum (Kakashi Hatake: Maskless)
  • Bonus Ultimate – 5 kostum dan 2 aksesori

Nostalgic Anime Song & Item Pack (tersedia pada hari pelancaran)

Kredit: BNE Asia

Dengan pek ini, anda dapat menukar muzik dalam game semasa perlawanan dan mendengar lagu Naruto yang nostalgia. Pek ini disertakan dengan 5 lagu ikonik daripada anime Naruto dan 3 item dalam permainan.

Lagu anime Naruto: 

  • Haruka Kanata / ASIAN KUNG-FU GENERATION 
  • GO!!! / FLOW 
  • Blue Bird / Ikimonogakari 
  • Silhouette / KANA-BOON 
  • Kaze / Yamazaru 

Item in-game: 

  • Substitution Item: Microphone 
  • Substitution Item: Orange Headphones 
  • Ninja Info Card Skin: Nostalgic Anime Song Skin

Sekali lagi saya ingatkan, Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections akan dilancarkan pada 16 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch. Peminat boleh pre-order sekarang di platform pilihan di SINI.

Untuk membaca segala liputan kami tentang game, anime, dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Tags: narutoNaruto X Boruto Ultimate Ninja Storm ConnectionsPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

viv:ID CRUISE hololive Meet Asia Tour Akan Singgah Malaysia! Berlangsung di Comic Fiesta 2023!

Next Post

Filem The Flash akan Tersedia di HBO GO pada 25 Ogos Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Filem The Flash akan Tersedia di HBO GO pada 25 Ogos Ini!

Filem The Flash akan Tersedia di HBO GO pada 25 Ogos Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd