Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MYDCF 2023 umum senarai acara & aktiviti penuh, keseronokan bermula 27 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 30, 2023
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Komik, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
MYDCF 2023 umum senarai acara & aktiviti penuh, keseronokan bermula 27 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah mengumumkan Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF) yang akan diadakan dari 27 September 2023 hingga 1 Oktober 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Sebagai elemen penting untuk acara MDX 2023 anjuran MDEC akan datang, MYDCF menggabungkan acara-acara utama iaitu LEVEL UP KL, Kre8tif, dan IMMERSE KL. Festival yang sangat dinanti-nantikan ini menjanjikan pengalaman tiada tandingan untuk meraikan pameran gaming, kejohanan, tayangan animasi, pameran, paparan komik digital, bengkel dan demonstrasi teknologi yang mengasyikkan.

Barisan Acara dan Aktiviti MYDCF

  • Persidangan B2B (27 – 29 September 2023): Disesuaikan secara eksklusif untuk industri profesional, persidangan itu menawarkan platform untuk sesi networking, pendapat daripada pakar, dan meneroka potensi kolaborasi.
  • Pesta Hujung Minggu (29 September – 1 Oktober 2023): Boleh diakses oleh semua, dan
    percuma.. Aktiviti terdiri daripada:
    • Bushiroad Expo Asia 2023: Saksikan 500 pemain bersaing dalam pelbagai
      permainan kad popular.
    • Kejohanan Beyblade X: Pemain terbaik di rantau ini dipilih dalam Kejohanan Asia.
    • Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Junior Cup: Menyambut pelajar sekolah untuk bersaing dalam kejohanan MLBB bagi tahun ke-3 berturut-turut.
    • Pameran Game oleh Soft Source Publishing: Mendedahkan judul akan datang seperti Harvest Moon: The Winds of Anthos, Grime, Dread Out 2, dan
      banyak lagi.
    • Pameran Animasi: Paparan menarik yang menampilkan karya seperti Boboiboy, Mechamato, Ejen Ali, Omar dan Hana, dan ramai lagi.
    • Sony Malaysia: Demo PlayStation 5 dan PlayStation VR2, bersama setup gaming Gran Turismo.
  • SEA Game Awards dan SEA Kre8tif Awards (28 – 29 September 2023): Mengiktiraf kecemerlangan dalam game dan filem animasi di seluruh ASEAN, untuk meraikan kreativiti dan inovasi dalam kandungan landskap digital Asia Tenggara.
  • XR Asia Summit (27 – 29 September 2023): Dengan kerjasama Broadcast Elements, pakar dan peminat berkumpul untuk meneroka kemajuan terkini dalam domain Maya, Augmented dan XR.
  • NoizuCon (29 September – 1 Oktober 2023): Selami alam gaming dan budaya pop yang luas di konvensyen ini.
  • Bengkel (Setiap Hujung Minggu September): Dengan kerjasama Xsolla KL, beberapa bengkel yang dikendalikan oleh profesional industri bertujuan untuk memperkasakan pencipta dengan cerapan dan kemahiran industri. Entiti seperti PlayStation Studios Malaysia, Virtuos, Anima Vitae, Epic Games dan CIRCLE Studios menyumbang kepada usaha pendidikan ini.

Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC berkata:

“MYDCF 2023 mempersembahkan gabungan unik kreativiti, inovasi dan kepakaran industri. Sejajar dengan inisiatif strategik nasional Malaysia Digital (MD) dan program PEMANGKIN, acara ini menyediakan platform yang luar biasa untuk kerjasama dan inspirasi.”


Sertai MYDCF 2023 untuk menerokai penumpuan kreativiti, teknologi dan inovasi dalam industri kandungan digital. Sila layari www.mydcf.my/ untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat tentang MDX 2023, sila layari sini: https://mdec.my/mdx.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MYDCF 2023 umum senarai acara & aktiviti penuh
ShareTweetSend
Previous Post

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang September 2023!

Next Post

DLC Humankind: Cultures of Oceania tersedia untuk Pre-Order sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
DLC Humankind: Cultures of Oceania tersedia untuk Pre-Order sekarang!

DLC Humankind: Cultures of Oceania tersedia untuk Pre-Order sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd