Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Pencipta Dedahkan Masa Depan Siri & Hero yang Sepatutnya Terbunuh

Maira by Maira
December 18, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
My Hero Academia: Pencipta Dedahkan Masa Depan Siri & Hero yang Sepatutnya Terbunuh

© 堀越耕平/集英社・僕のヒーローアカデミア製作委員会

Share on FacebookShare on Twitter

Kita telah pun mendapat maklumat lanjut mengenai tayangan musim 7 anime serta filem baharu siri My Hero Academia semasa acara Jump Festa 2024. Tetapi bukan itu sahaja yang didedahkan semasa acara tersebut. Pencipta siri, Kohei Horikoshi telah mendedahkan beberapa perkara menarik tentang masa depan siri ini dan fakta menarik mengenai peperangan antara Hero dan Villain siri. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda mengenainya.

© 堀越耕平/集英社・僕のヒーローアカデミア製作委員会

Kita telah melihat ramai hero yang telah terkorban semasa peperangan tersebut, tidak kiralah manga mahupun anime. Rupa-rupanya ada seorang hero penting yang sepatutnya terkorban sekali dalam peperangan tersebut. Melihat betapa parahnya kecederaannya, tidak sangka hero tersebut masih lagi hidup sehingga sekarang. Hero yang dimaksudkan itu adalah Endeavor, Pro Hero serta bapa kepada Shoto Todoroki.

Menurut surat yang dikongsikan semasa panel My Hero Academia semasa Jump Festa 2024, Horikoshi mendedahkan bahawa dia ingin membunuh Endeavor semasa bermulanya Paranormal Liberation War. Walaupun begitu, dia membuat keputusan minit terakhir untuk tidak melakukannya. Keputusan itu telah diubah sebaik sahaja Horikoshi mula menulis Endeavor vs High End.

© 堀越耕平/集英社・僕のヒーローアカデミア製作委員会

Selepas melihat perubahan pada Endeavor, Horikoshi merasakan ia adalah terbaik untuk arc Hero jika Endeavor kekal hidup. Sejak daripada pendedahan Dabi, kita telah melihat bagaimana watak Endeavor mula berubah kearah lebih baik.

Kalau anda ikuti pengumuman daripada Horikoshi, banyak kali juga dia memberikan mesej bahawa siri My Hero Academia akan tamat sejak 2021. Walaupun begitu, Horikoshi mendedahkan bahawa terdapat pelbagai benda yang ingin dia lukis, termasuklah selepas habisnya pertarungan yang berlaku dalam siri manga. Sempat lagi dia berjenaka bahawa mereka akan mengadakan Dogeza Festival semasa Jump Festa 2025 jika siri manga tersebut masih lagi belum tamat.

© 堀越耕平/集英社・僕のヒーローアカデミア製作委員会

“Pertempuran yang saya lukis kini sedang mencapai kemuncaknya. Masih banyak babak yang ingin saya lukis di sebalik pertempuran ini. Kami akan bekerja keras dengan Deku dan yang lain supaya anda dapat melihatnya sehingga akhir. Jika [My Hero Academia] berterusan sehingga Jump Festa tahun depan, kami akan mengadakan Festival Dogeza di atas pentas.”

© 堀越耕平/集英社・僕のヒーローアカデミア

Harap-haraplah siri ini akan tamat pada tahun depan. Rasanya peminat juga sudah tidak sabar untuk melihat kesudahan kepada pertempuran yang lama ini. Untuk mendapatkan berita lain mengenai My Hero Academia daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: My Hero Academia
ShareTweetSend
Previous Post

Yuta Okkotsu & Suguru Geto muncul sebagai Playable Character dalam Jujutsu Kaisen Cursed Clash!

Next Post

Jurassic Park: Survival – Game Single-Player Action Adventure Berdasarkan Filem

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

UNIQLO Malaysia Melancarkan Koleksi ‘One Piece UT Archive’ – Kini Tersedia!
Fesyen

UNIQLO Malaysia Melancarkan Koleksi ‘One Piece UT Archive’ – Kini Tersedia!

June 10, 2025
Netizen Kreatif Hasilkan Semula Mercu Tanda Malaysia Dalam Bentuk Minecraft
Tempatan

Netizen Kreatif Hasilkan Semula Mercu Tanda Malaysia Dalam Bentuk Minecraft

June 10, 2025
Omniscient Reader: The Prophecy Bakal Menemui Penonton Di GSC Pada Julai 2025
Filem

Omniscient Reader: The Prophecy Bakal Menemui Penonton Di GSC Pada Julai 2025

June 10, 2025
Next Post
Jurassic Park: Survival – Game Single-Player Action Adventure Berdasarkan Filem

Jurassic Park: Survival - Game Single-Player Action Adventure Berdasarkan Filem

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd