Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Musim terakhir Food Wars!: Shokugeki no Soma ditunda pada Julai 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Musim terakhir Food Wars!: Shokugeki no Soma ditunda pada Julai 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim keempat Food Wars!: Shokugeki no Soma menerima sambutan meriah pada awal tahun ini, tetapi dukacita, anime tidak akan kembali sehingga Julai 2020. Ternyata pandemik yang sedang berlangsung telah menimbulkan gangguan pada jadual produksi di seluruh industri, dan Food Wars!: Shokugeki no Soma tidak terkecuali. Oleh itu, pihak produksi memberi tahu peminat semalam bahawa musim ke-5 telah ditunda lagi.

Menurut laporan, Food Wars!: Shokugeki no Soma: The Fifth Plate mengesahkan episod ke-3 tidak akan ditayangkan sehingga bulan Julai. Pengumuman di bawah mengesahkan bahawa tayangan akan bersambung pada bulan Julai atau selanjutnya jika lebih banyak masa diperlukan. Sekiranya Jepun meneruskan keadaan daruratnya, peminat harus menjangka bahawa pengeluaran anime Food Wars!: Shokugeki no Soma akan melihat sedikit perubahan dan memerlukan lebih banyak masa untuk diselesaikan.

【Important Announcement】
Due to the effect of the spread of COVID-19, further broadcast of the fifth plate will be postponed till July 2020.
Further information will be announced as soon as the new date is fixed.
We apologize for the inconvenience.#shokugeki_anime https://t.co/xUDpHfyGRt

— 『食戟のソーマ』TVアニメ公式 (@shokugeki_anime) May 12, 2020

Notis penundaan ini adalah berita paling baru yang diterima oleh peminat. Pada pertengahan April, rancangan itu mengesahkan bahawa ia akan ditangguhkan kerana COVID-19. Dengan Jepun dalam keadaan darurat, pekerjaan studio telah dikurangkan lalu memberi kesan buruk kepada sektor animasi. Dengan produksi terhenti, anime seperti Food Wars!: Shokugeki no Soma terpaksa diberhentikan buat sememtara waktu.

Food Wars!: Shokugeki no Soma berjaya mengeluarkan dua episod untuk musim ke-5 sebelum ia berhenti. Saya harap anda semua masih menantikan sambungannya! Lagipun, anime semakin hampir dengan penamat, jadi janganlah terlepas musim terakhir ini. Penangguhan ini memang tidak ideal, tetapi Soma pasti kembali lebih hebat apabila produksi sambung semula.

Untuk baca tentang anime lain yang ditangguhkan, sila baca senarai ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDitangguhFood Wars!: Shokugeki no SomaShokugeki no Soma
Previous Post

Jadi yang pertama mencuba ‘Smash Legends’, pendaftaran CGT kini dibuka!

Next Post

2K mengumumkan Mafia: Trilogy untuk PS4, XB1 & PC! Teaser penuh rahsia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Next Post
2K mengumumkan Mafia: Trilogy untuk PS4, XB1 & PC! Teaser penuh rahsia!

2K mengumumkan Mafia: Trilogy untuk PS4, XB1 & PC! Teaser penuh rahsia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd