Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mushoku Tensei Season 2 akan tiba Julai 2023, sambung kisah Rudeus!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Mushoku Tensei Season 2 akan tiba Julai 2023, sambung kisah Rudeus!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa mula-mula membuat debut, ramai menganggap Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation sebagai salah satu anime paling hebat kerana kembali mempopularkan genre Isekai. Disebabkan Season 1 meraih sambutan yang bagus, tidak menghairankan Mushoku Tensei Season 2 juga dalam produksi.

Namun, berita tentang Season 2 sudah lama didedahkan (sejak tahun lepas lagi) dan setelah hampir setahun menunggu, kita akhirnya dapat maklumat lanjut di acara AnimeJapan 2023. Menurut pihak bertanggungjawab, Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Season 2 secara rasmi akan ditayangkan pada Julai 2023.

Sempena itu, mereka turut mengeluarkan trailer baharu yang untuk tontonan orang ramai:

Kakitangan baharu turut disahkan akan menyertai projek itu. Hiroki Hirano akan menjadi pengarah, Toshiya Ono akan menguruskan komposisi siri dan Sanae Shimada akan menghasilkan reka bentuk bagi watak. Masakazu Miyake turut kembali dalam peranan pengarah seni bagi musim kedua, bersama Yoshiaki Fujisawa yang mengendalikan muzik. Sama seperti musim pertama, Studio Bind masih akan mengendalikan produksi animasi.

Bagi mereka yang tidak tahu, Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation merupakan siri novel ringan oleh Rifujin na Magonote dan diilustrasikan oleh Shirotaka. Asalnya diterbitkan di laman web novel web internet Shōsetsuka ni Narō pada November 2012, setahun kemudian siri ini akan diterbitkan oleh Media Factory dengan ilustrasi oleh Shirotaka.

Adaptasi anime pun menyusul di mana Mushoku Tensei Season 1 dipecahkan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama pada Januari 2021 manakala bahagian kedua ditayangkan pada Oktober 2021, dengan jumlah 24 episod (23 episod + 1 OVA).

“Meskipun dibuli, dihina, dan ditindas sepanjang hidupnya, seorang lelaki berusia 34 tahun masih bernekad untuk mencuba sesuatu yang gagah. Malangnya, ia berakhir dengan kemalangan tragis. Secara tidak sangka, dia hidup semula di dunia lain sebagai Rudeus Greyrat, dan memulakan hidup baru sebagai bayi yang dilahirkan oleh dua ibu bapa yang penyayang.

Bersama memori dan pengetahuan dari kehidupan sebelum, Rudeus dengan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Dengan pemikiran orang dewasa, dia mula menunjukkan bakat yang menakjubkan, lalu mengasah kemahirannya dengan bantuan seorang ahli sihir bernama Roxy Migurdia. Rudeus belajar seni pertempuran pedang dari ayahnya, Paul, dan bertemu Sylphiette, seorang gadis yang kemudian menjadi kawan karibnya.

Diberi kehidupan kedua, Rudeus cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk melupakan masa lalunya yang tragis.. dan mungkin suatu hari, akan menemui satu perkara yang tidak pernah ditemuinya iaitu cinta.”

Sinopsis

Untuk membaca segala liputan kami tentang Mushoku Tensei, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeMushoku TenseiSeason 2
Previous Post

Black Clover – Siapa tentera paladin Lucius? Jom kenali siapa mereka!

Next Post

Elegan & canggih, ‘vivo V27’ kini tersedia di Malaysia – harga bermula RM1,799!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!
Mobile

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

July 10, 2025
Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!
Peluang Kerjaya

Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!

July 10, 2025
Gamer Santai Mencari Penulis Baharu! – Minat game? Sertai Kami Sekarang!
Peluang Kerjaya

Gamer Santai Mencari Penulis Baharu! – Minat game? Sertai Kami Sekarang!

July 10, 2025
Next Post
Elegan & canggih, ‘vivo V27’ kini tersedia di Malaysia – harga bermula RM1,799!

Elegan & canggih, 'vivo V27' kini tersedia di Malaysia - harga bermula RM1,799!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd