Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MOOSA: Dirty Fate – Game Aksi Brutal Berlatarkan Abad Paling Gelap Korea!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2026
in Action, Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
MOOSA: Dirty Fate – Game Aksi Brutal Berlatarkan Abad Paling Gelap Korea!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio IGGYMOB (pasukan yang terkenal dengan Gungrave G.O.R.E.) telah mendedahkan projek terbaru mereka: MOOSA: Dirty Fate, sebuah game dark action yang membawa pemain ke landskap Korea pada abad ke-17.

Game ini akan dilancarkan pada 2027 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam dan Microsoft Store. Ia juga akan tersedia di Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Tajuk game ini diambil daripada perkataan Korea “MOOSA,” yang menggambarkan seorang pahlawan yang telah mendedikasikan hidupnya untuk menguasai seni bela diri dan memeluk jalan pahlawan.

Sejajar dengan konsep ini, MOOSA: Dirty Fate menceritakan kisah pahlawan-pahlawan yang bertembung atas cita-cita dan kepercayaan yang berbeza, di mana setiap pilihan menumpahkan darah dan membentuk takdir.

IGGYMOB telah memilih salah satu tempoh paling suram dalam sejarah Korea sebagai latar belakang. Dinasti Joseon pada abad ke-17 bertepatan dengan “zaman ais mini,” suatu masa apabila cuaca ekstrem membawa kebuluran, penyakit, dan kematian di seluruh dunia.

Korea turut menderita bersama-sama manusia sejagat semasa era bencana ini.

Game ini membina dunianya berdasarkan sejarah ini; apabila kebuluran dan keputusasaan mendorong manusia kepada tindakan yang tidak masuk akal, apabila pihak berkuasa yang korup mengabaikan rakyat, dan apabila ketenteraman sosial runtuh di bawah bebanan penderitaan besar-besaran.

Kita bermain sebagai Gunn, seorang pahlawan yang telah kehilangan segalanya kerana dendam. Perjalanannya melibatkan pertempuran menentang iblis yang menyamar sebagai manusia dan kuasa-kuasa yang berkhidmat untuk mereka, sambil mencari kebenaran di sebalik makhluk legenda yang dipanggil IMUGI.

Dilucutkan daripada segalanya, Gunn hanya mempunyai satu matlamat: menuntut semula hidupnya. Dalam dunia yang kejam ini, dia hanya boleh mempercayai diri sendiri.

Menurut IGGYMOB, setiap wilayah mempunyai suasana tersendiri, senario combat, dan naratif yang unik. Ketika pemain maju melalui lokasi-lokasi ini, tindakan mereka menyumbang kepada pembinaan sebuah legenda.

Pemain akan menyusun kebenaran melalui perbualan dengan mangsa yang terselamat, rekod yang ditemui di medan perang, dan kata-kata terakhir musuh yang sekarat. Naratif terbentang secara beransur-ansur apabila serpihan-serpihan ini bergabung.

MOOSA: Dirty Fate memfoksukan gameplay pada dua senjata utama; pedang dan busur panah, yang digambarkan sebagai lanjutan pemain dalam combat.

Game ini menawarkan pelbagai senario combat, termasuk pertarungan berskala besar menentang bilangan musuh yang ramai, boss fight sengit melawan makhluk-makhluk gergasi yang diinspirasikan oleh mitologi dan cerita rakyat Korea, serta pertarungan satu lawan satu bergaya yang menguji kemahiran pemain.

IGGYMOB menekankan bahawa busur panah mempunyai kepentingan sejarah dalam tradisi pertahanan diri Korea, dan telah menggambarkannya semula sebagai senjata strategik yang mampu mengubah hasil pertempuran.

Tumpuan pada memanah ini bertujuan untuk membezakan MOOSA daripada action game biasa yang bergantung terutamanya pada melee combat.

Tags: MOOSA: Dirty Fate
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Champions Dipilih Sebagai Game Rasmi Malaysia Master Ball League VGC 2025-26!

Next Post

Taman Tema Digital “Capcom Town” Kini Tersedia di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Taman Tema Digital “Capcom Town” Kini Tersedia di Malaysia!

Taman Tema Digital "Capcom Town" Kini Tersedia di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd